" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Wednesday, August 11, 2010

Tak sokong Che Det, tapi sokong BN tumbang

Projek Dana PAS Pangkor... Jom infaq !

Che Det bilang, kalau tak puas hati-tukar jer si Najib tu(baca:turunkan dari tahta). Bro Udin plak cakap, Najib okay..tak der hal, hubungannya mantap. Tak perlu kecoh-kecoh, gandingan 1Malaysia yg disukai ramai. Malah ada yg gila buleh jilat jari(bukan hisap jari yaa..) Drama beb..drama !

Yang sebetulnya, kerajaan BN semakin bermasalah, tukar jer kerajaan yang ada ini kepada Pakatan, itu yang aula' dan paling disukai rakyat. Rakyat jarang berbohong, tetapi kerajaan BN? Lu pikir ler sendiri. Tak cukup bohong, siap kencing rakyat lagi..Ptuihhh..!!

“Anda boleh menukar kerajaan jika anda mahu, atau jika anda tidak mahu menukar kerajaan, anda boleh menukar orangnya. Tetapi dengan memberitahu saya (masalahnya), kepada bekas perdana menteri, ia tidak mempunyai erti. Anda mesti memberitahu perdana menteri (masa ini),”
Dr Mahathir, yang menyampaikan ceramah mengenai kesan teknologi ke atas pendidikan tinggi, memberi respon terhadap kempen yang dijalankan oleh ibubapa yang mahu sistem pengajaran Sains dan Mathematik dalam Bahasa Inggeris diperkenalkan semula.

Kerajaan Najib telah membatalkan dasar ini, yang diilhamkan oleh Dr Mahathir, berikutan tekanan dari beberapa pihak yang melihat perkara ini sebagai percubaan untuk memansuhkannya di sekolah-sekolah vernakular.

Najib tiada kekuatan politik
Bagaimanapun, Dr Mahathir berkata penguasaan bahasa Inggeris tidak diberi penekanan yang sewajarnya oleh kerajaan sekarang dan menyalahkan perkara ini kepada tidak adanya kekuatan politik daripada pucuk pimpinan.

“Jika saya perdana menteri, saya tentu saya akan melakukannya……kerajaan perlu merubah minda,” katanya.Beliau juga mengkritik pentadbiran sekarang menghadapi konflik mengenai inovasi, yang sepatutnya menjadi tema utama Model Baru Ekonomi yang diperkenalkan oleh Najib.(M-Today)

Sumber : al-banjari

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111