Oleh: Shirzad Lifeboat
Andai kata pembunuh bersiri London, Jack The Ripper hidup di zaman ini, dia sudah tentu tidak sempat membunuh mangsa kedua (dari anggaran 11 pelacur kesemuanya) yang bergiat di kawasan Whitechapel. ‘Surat Dari Neraka’ yang dikirimkannya kepada seorang kontraktor bangunan dan sebuah jawatankuasa rukun tetangga kawasan tersebut berserta sebahagian daripada hati mangsa di mana antara lain Jack mengatakan ‘betapa sedapnya hati mangsa yang telah digorengnya.’
Begitupun di sebalik petunjuk jelas serupa itu, Jack The Ripper tidak berjaya dikesan dan sehingga hari ini identiti sebenar pembunuh bersiri itu menjadi misteri.
Namun, bukan sahaja kerana hakikat pembunuhan tidak bermotif dan didorongi semata-mata masalah psikologi sipembunuh sukar untuk dikesan tetapi ketika, sekitar 1888, bidang kriminalogi belum lagi berkembang dan sains forensik penyiasatan belum lagi didengari oleh sesiapapun
Andai kata pembunuh bersiri London, Jack The Ripper hidup di zaman ini, dia sudah tentu tidak sempat membunuh mangsa kedua (dari anggaran 11 pelacur kesemuanya) yang bergiat di kawasan Whitechapel. ‘Surat Dari Neraka’ yang dikirimkannya kepada seorang kontraktor bangunan dan sebuah jawatankuasa rukun tetangga kawasan tersebut berserta sebahagian daripada hati mangsa di mana antara lain Jack mengatakan ‘betapa sedapnya hati mangsa yang telah digorengnya.’
Begitupun di sebalik petunjuk jelas serupa itu, Jack The Ripper tidak berjaya dikesan dan sehingga hari ini identiti sebenar pembunuh bersiri itu menjadi misteri. Namun, bukan sahaja kerana hakikat pembunuhan tidak bermotif dan didorongi semata-mata masalah psikologi sipembunuh sukar untuk dikesan tetapi ketika, sekitar 1888, bidang kriminalogi belum lagi berkembang dan sains forensik penyiasatan belum lagi didengari oleh sesiapapun.
Kegagalan memberkas pembunuh bersiri itu tidak bererti kerajaan, Scotland Yard, masyarakat umum serta penggiat sastera tidak melakukan sesuatu bagi melakukan apa sahaja usaha bagi mengekang apa juga jenis jenayah dari akhirnya tidak dapat dikawal dan menular menjadi semacam satu wabak di kalangan manusia tertentu.
Scotland Yard mengumpulkan segala maklumat yang diperolehi dan menjadikannya sebagai asas bidang sains kriminologi. Kerajaan Britain menerusi kementerian yang bertanggungjawab terhadap pendidikan univeristi memperkenalkan bidang kriminologi sebagai satu kursus khusus. Di peringkat masyarakat pula pelbagai institut persendirian dan persatuan bersabit krimologi ditubuhkan. Begitu juga dalam bidang sastera di mana lahirnya penulis seperti Arthur Conan Doyle yang mencipta watak detektif Sherlock Holmes.
Hasil daripada keseriusan dan kesedaran jitu dari semua pihak, hari ini, sebagaimana yang ditunjukkan oleh perangkaan satu dekad terakhir, kadar homisid bagi United Kingdom bagi setiap 100,000 penduduk adalah pada purata 1.6 adalah antara terendah di dunia (jumlah penduduk UK adalah 62 juta).
Secara kebetulan atau tidak, kadar homisid ini mungkin berkaitan dengan kemajuan sesebuah negara. Maknanya apabila sesebuah negara itu maju maka kadar homisidnya semakin berkurangan apatah lagi sekiranya pasukan polis sesebuah negara itu telah diasaskan oleh British sendiri yang pernah mentadbir negara berkenaan.
Singapura, negara termaju di dunia misalnya mencatatkan kadar homisid yang tidak melebihi 0.5 bagi setiap seratus penduduk.
Bagi Malaysia, yang pemimpinnya lebih banyak bercakap tentang mahu menjadi negara maju berbanding usaha yang amat sedikit ke arah pencapaian sedemikian, kadar homisidnya tertinggi bagi dekad lalu ialah 2.36. Dalam lain perkataan bagi setiap 100,000 penduduk 2.36 mati dibunuh. Begitulah angka yang dicatatkan dari kajian yang dijalankan oleh Geneva Declaration on Armed Violence and Development.
Tidak mustahil sekiranya kadar ini mungkin lebih tinggi atau kian meningkat walaupun setiap masa kita disogokkan dengan berita kadar jenayah di negara ini telah menurun.
Selain dari jenayah kolar putih melibatkan bilion ringgit dan di mana belum ada tangkapan di buat atau kesnya belum lagi di dengar di mahkamah walaupun terdapatnya bukti yang cukup, jenayah kecil tetapi melibatkan nyawa mangsa seperti jenayah ragut masih berleluasa dengan jumlah tangkapan yang terlalu kecil berbanding dengan jumlah kes.
Setakat ini jenayah seperti ini hanya sampai ke peringkat laporan sahaja dan tidak ada usaha-usaha bersungguh-sungguh untuk memberkas siperagut atau membasmikan jenayah ini sama sekali. Pernah dicadangkan agar perangkap dalam bentuk anggota polis wanita diletakkan berlegar di kawasan tempat yang terkenal dengan kes-kes seperti ini. Tetapi cadangan ini mendapat reaksi marah dan defensif dari pihak atasan. Oleh itu, umum sudah tentu tertanya apakah modus operandi pihak penguatkuasa undang-undang dalam menghapuskan jenayah yang sudah menjadi semacam satu penyakit ini? Atau apakah sebenarnya ada usaha sedemikian?
Kes pembunuhan Sosilawati yang masih diikuti oleh seluruh dunia menerusi internet dan akhbar harian utama negara masing-masing membuka mata kita bagaimana banyak kes-kes pembunuhan di negara ini (sebagaimana pembunuhan sembilan orang peguam sejak lebih sedekad lalu seperti yang dilaporkan oleh media tempatan) masih lagi belum selesai ataupun kesnya ditutup sementara waktu kerana tidak ada petunjuk atau lead.
Nampaknya, sekiranya penyiasatan hanya boleh dibuat berasaskan petunjuk atau lead ketara, maka cara ini hanya akan memperhaluskan lagi modus operandi pembunuh serta juga penjenayah lain dalam usaha mereka menghapuskan bukti. Maka tidak hairanlah sekiranya ramai lagi penjenayah homisid yang masih bebas di luar sana kerana kita dengan mudah menutup fail kes apabila tidak ada petunjuk.
Homisid adalah satu jenayah serius, sebagaimana jenayah ragut, samun, rompak, penipuan yang boleh sahaja membabitkan homisid. Oleh itu, daripada kita membazirkan sumber dana dan tenaga manusia menggangu penceramah parti pembangkang yang berceramah, mengganggu perarakan yang dilakukan secara aman dan sebagainya, lebih baik sahaja kita menggunakan sumber berkenaan untuk memberi fokus kepada pembasmian jenayah.
Hari ini seorang peguam hampir-hampir menjadi Jack The Ripper. Tapi tidak mustahil ada Jack The Ripper lain yang masih belum dapat dikesan dan diberkas.
No comments:
Post a Comment