Oleh IZMAS
TARIKH 10-10-10 seperti yang diharapkan ramai rakyat di negara ini sebagai tarik
h keramat yang menggembirkan dan ceria rupanya tidak dirasai oleh semua pihak.
Bagi kebanyakan mereka tarikh itu diharap boleh meninggalkan kenangan manis yang tidak mudah dilupakan kerana angka yang dipilih sungguh unik dan istimewa. Tidak hairanlah ramai selebrati negara memilih tarikh itu untuk mengadakan acara istimewa seperti majlis perkahwinan untuk menyambut tarikh istimewa dan jarang berulang dalam kelendar sejarah itu.
Bagi angkasawan pertama negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha tarikh itu sengaja dipilih untuk melangsungkan perkahwinan dengan Dr Halina Mohd Yunus dalam majlis gemilang gemilang yang dihadiri ramai pemimpin dan pembesar negara. Tidak ketinggalan 65 angkasawan luar negara bersama pasangan hadir di majlis persandingan yang mendapat liputan luas media elektronik dan media arus perdana negara dalam berbagai bahasa.
Pada tarikh itu juga Pengarah Urusan Bas Ekspress Sani United, Datuk Sani Salleh, bekas anggota kumpulan Impression selamat diijab kabul dengan pasangannya, Fatimah Dalilah Omar yang dilangsungkan meriah di Masjid Kristal Terengganu. Majlis pernikahan pelakun drama dan filem Aqasha juga berlaku pada hari sama bagi mengambil sempena tarikh yang dianggap keramat dan unik itu.
Namun, disebalik cerita dan berita gembira yang berlangsung pada pagi dan tengah hari tarikh keramat itu, tanpa disedari pada sebelah petangnya kira-kira jam 6.50 petang berlaku tragedi kemalangan ngeri meragut 12 nyawa dan 40 lagi cedera yang berlaku di kilometer 223, Lebiuh Raya Utara-Selatan, berdekatan Plaza Simpang Ampat, Alor Gajah, Melaka.
Nahas berlaku apabila bas ekspress Delima yang dipercayai dipandu laju dari Melaka ke Kuala Lumpur terbabas dan melanggar pembahagi lebuh raya. Bas kemudian melambung ke laluan bertentangan dan melanggar sebuah van sebelum menghempap dua kereta. Puluhan ribu kenderaan terperangkap dalam kesesakan laulintas sehingga lewat tengah malam. Difahamkan, mangsa yang maut adalah pemandu bas dan penumpang serta penumpang dua buah kereta terhimpit dihempap bas tersebut. Kemalangan maut ngeri yang berlaku pada tarikh istimewa itu memberi gambaran jalan raya dan lebuh raya di negara ini masih menjadi sungai berdarah yang perlu ditakuti pada setiap waktu dan detik. Kemalangan boleh berlaku bukan saja pada waktu sesak seperti h
ari perayaan tertentu, tetapi juga boleh berlaku pada hari biasa yang tidak banyak kenderaan. Menurut rekod polis, pemandu dan bas terbabit tidak mempunyai rekod saman tertunggak. Pemandu dikatakan cukup berpengalaman dan tiada rekod kemalangan maut. Menurut cerita mulut ke mulut, pemandu bas nampak lembaga ghaib muncul di hadapan bas yang menghalang penglihatannya sekaligus beliau hilang kawalan yang menyebabkan berlakunya kemalangan maut yang ngeri itu.
Apapun, andaian dan cerita pelik dibangkitkan berikutan kemalangan itu dan di sebalik semua kempen, peringatan dan nasihat berulangkali yang sudah diberikan kerajaan dan agensinya, kemalangan maut masih berlaku dilebiuhraya kita. Pemandu kenderaan dikatakan masih tidak memperduli nasihat supaya memandu pada kelajuan had yang dibenarkan dan mengikut nafsu sendiri.
Setengah pemandu dikatakan memandu dalam keadaan khayal, tidak cukup rehat dan mengantuk yang menyebabkan nyawa orang tidak berdosa yang dibawa dalam bas mereka melayang akibat sikap buruk mereka. Syarikat pengusaha bas ekspress juga turut dipersalahkan kerana kurang menjaga kebajikan pemandu dan kurangnya pemeliharaan (maintenance) keadaan bas dari segala sudut dengan secukupnya sehingga berlaku kekurangan di sana sini seperti berek yang tidak berkesan dan sebagainya.
Seruan pihak berkuasa supaya syarikat pengendali bas menjaga baik keadaan kenderaan mereka nampaknya berlaku ketika agensi penguatkuasa menjalankan operasi. Selepas itu mereka kembali kepada sikap lama sambil lewa dan tidak serius dikatakan cuba untuk mengelak mengeluarkan perbelanjaan syarikat yang banyak. Sikap sambil lewa mereka ini di samping faktur pemandu yang lemah - tidak cukup rehat , terlibat dengan dadah dan minuman keras - masih menjadi faktur utama kemalangan masih berterusan berlaku di negara ini.
Sebelum kejadian ‘tragedi Oktober’ ini pada tarikh 10-10-10 - di hari yang dianggap istimewa itu - sudah banyak kemalangan maut berlaku pada awal dan pertengahan tahun ini yang meragut banyak nyawa akibat kemalangan bas ekspress seperti yang berlaku di Ipoh dan utara tanah air sebelum ini. Punca kejadian di katakan sama; kelemahan faktur manusia dan kurangnya penjagaan dan pemeliharaan keadaan kenderaan yang secukupnya.
Seperti diketahui umum, kemalangan maut yang berlaku di negara ini adalah antara yang tertinggi di dunia dan banyak faktur lain menyumbang kepada berlakunya kemalangan yang melibatkan pemandu kenderaan lain seperti motosikal dan kereta.
Selain faktur memandu dengan kelajuan yang berlebihan, faktur tiada pengalaman juga dikenalpasti boleh dikaitkan terutama di kalangan pemandu muda dan baru mendapat lesen (dan setengahnya tiada lesen asli). Kebanyakan pemandu dan penunggang muda suka memecut di lebuh raya untuk menguji kepandian dan kehandalan mereka tanpa menyedari perbuatan boleh mendatangkan kemalangan jika tiba-tiba berhadapan dengan situasi sukar atau menghadapi kenderaan di hadapan yang datang menerpa tanpa disedari.
Banyak kemalangan motosikal dicatatkan di negara ini melibatkan kelajuan atau mengekori kenderaan lain yang terlalu hampir di samping faktur kenderaan berat seperti lori dan bas yang membuli di jalanraya. Dikatakan pemandu lori dan bas kurang bertimbangrasa dengan penunggang motosikal terutama di bandar-bandar besar dengan tidak memberi laluan sepatutnya kepada kenderaan kecil.
Mereka ini ada tugas sendiri dikatakan untuk mengejar ‘trip’ bagi mengaut pendapat lebih tanpa memperduli soal keselamatan jalan raya dan kenderaan kecil lain. Bagi mereka kepentingan diri mereka lebih utama dari keselamatan dan kepentingan orang lain.
Setengah penunggang motosikal pula mengambil jalan mudah tanpa memakai helmet termasuk murid sekolah ketika menunggang khususnya di pekan dan bandar-bandar kecil tanpa menyedari tindakan mereka mengundang kemalangan ngeri yang parah jika dirempuh kenderaan berat atau kereta yang bergerak laju.
Arahan pihak berkuasa supaya mematuhi peraturan jalanraya sepatutnya dipatuhi sepenuhnya kerana ia terbukti membawa keselamatan kepada semua bukan degil mengikut hati sendiri yang akhirnya membawa parah diri sendiri, keluarga dan orang yang tidak berdosa.
Tanggungjawab keselamatan di jalanraya sebenarnya bukan tanggungjawab pihak berkuasa saja. Mereka boleh mencipta berbagai peraturan, peringatan dan kempen yang berterusan. Namun akhirnya, menuntut kesedaran dan keinsafan diri pemandu, penunggang dan pengguna jalanraya sendiri ketika berada di jalanraya bagi memastikan mereka selamat dan tidak terlibat dalam sebarang kemalangan.
sila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274


No comments:
Post a Comment