" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Wednesday, October 20, 2010

JANGAN DIKHIANATI RUANG DAKWAH DALAM PR [2]


[1]

Dalam artikle lepas, dinyatakan bahawa Nabi SAW memilih hijrah ke madinah berbanding Habsyah berfaktorkan ruang dakwah. Walau kerajaan Habsyah mempunyai raja yang baik dan adil bernama An-Najasyi, tetapi rakyatnya tidak mempunyai keterbukaan [aka open minded] sepertimana rakyat madinah. Faktor pengaruh pemikiran rakyat yang terdiri dari kepelbagaan agama dan bangsa, merupakan faktor terpenting rakyat madinah mempunyai keterbukaan tersebut.

Fahamnya, ruang dakwah adalah perkara yang sangat penting. Sebarang tindakan yang mampu membuka ruang dakwah, maka ia adalah perlu dilakukan. Dan sebarang tindakan yang boleh menutup ruang dakwah, seperti tindakan yang melahirkan persepsi non Muslim untuk menjauhi dari islam dan sebagainya, maka ia wajib dihindari.

Jika disebabkan terus memerintah, maka terus undang-undang dilaksanakan, sudah pasti nabi SAW memilih Habsyah. Namun, nabi SAW tidak memilih negara yang mempunyai raja yang adil, tetapi Nabi SAW memilih negara yang mempunyai rakyat yang mempunyai keterbukaan, kerana ia merupakan ruang yang paling kukuh untuk perlaksanaan islam di masa akan datang, disamping perlaksanaan Islam itu bersifat kekal.

Jika berjaya memerintah dan mempunyai kuasa, lalu terus melaksanakan undang-undang islam, kemudian mendapat pemberontakan sehingga undang-undang islam itu diruntuhkan, maka sudah pasti tindakan itu adalah tindakan yang tidak bijak. Lantaran, perkara utama yang perlu dilakukan adalah, memberi kefahaman kepada rakyat tentang islam, sehingga rakyat secara majoriti mahu undang-undang islam terlaksana.

[2]

Atas asas ruang dakwah, PAS bersedia bergabung dengan PKR dan DAP [PR]. Kesediaan bergabung ini, kejayaan awalnya adalah PAS sudah berjaya dihapuskan persepsi sebagai parti orang melayu, sebaliknya berganti kepada ‘PAS for All’.

Dengan kejayaan terhapuskan persepsi PAS adalah parti melayu, ia menjadi penyebab bahawa non Muslim yang sebelum ini takut dan bimbang dengan Islam, semakin hari semakin hampir mereka dengan orang Islam, semakin hari semakin mereka mempelajari Islam, semakin hari semakin mereka mencari-cari hujjah politik menerusi Islam dan sebagainya. Keadaan ini merupakan kejayaan yang cukup gemilang bagi peringkat awalnya, dan tidak mustahil jika keadaan ini terus berlaku, Islam menjadi agama memerintah akan berjaya terlaksana di Malaysia.

[3]

PAS tidak bersama-sama dengan DAP dan PKR akan memberi ruang kepada UMNO/BN yang zalim kekal memerintah. Apabila kekal memerintah, maka banyak kezaliman kekal bertapak dalam negara.

Apabila keadaan ini berlaku, tugas sebagai sesebuah gerakan Islam adalah menghapuskan kezaliman tersebut. Di Malaysia, cara yang terbaik adalah jatuhkan UMNO. Namun, menjatuhkan UMNO/BN dari tapak pemerintahan negara amat sukar tanpa gabungan antara parti-parti pembangkang [PKR, DAP dan PAS]. Dengan makna, gabungan antara parti-parti merupakan faktor terpenting bagi menjatuhkan pemerintahan zalim bernama UMNO/BN.

Tidak dinafikan, PR tidak menjaminkan tertubuhnya negara yang melaksanakan seratus peratus undang-undang islam yang dicita-citakan oleh PAS. tetapi, perlu diingatkan bahawa ketika PAS tidak bersama PR pun, undang-undang islam tidak dapat dilaksanakan [seperti yang dicita-citakan oleh PAS].

Apabila keadaan ini berlaku, PAS perlu melihat kepada dua kemudharatan, iaitu kemudharatan tidak dapat laksanakan islam ketika tidak bersama PR, tetapi dalam masa yang sama, kezaliman-kezaliman yang diamalkan oleh UMNO/BN turun temurun terus diamalkan, ataupun kemudharatan tidak dapat laksanakan islam ketika bersama dengan PR, tetapi kezaliman-kezaliman UMNO/BN yang disepakati oleh PR untuk menghapuskannya terus berluas-luasa. Apabila keadaan ini berlaku, sudah pasti tindakan yang paling tepat adalah, bersama PR, kerana ia mengandungi maksud, melakukan mudharat yang kecil demi mengelak dari berlaku mudharat yang lebih besar.

Itu yang pertama. Adapun yang kedua, dari sudut yang lain, PR menjanjikan kebebasan media dan wacana. Apabila keadaan ini wujud, ia merupakan ruang dakwah yang cukup luas dalam memberi kefahaman kepada rakyat terhadap islam. Jika ini berjaya dilaksanakan, tidak mustahil bahawa rakyat malaysia akan mengenal islam dan undang-undangnya, dan tidak mustahil mereka akan mendesak kerajaan melaksanakan undang-undang islam, sekiranya PAS berjaya memanfaatkan segala ruang yang ada dalam memberi penerangan islam kepada rakyat.

[4]

Dari asas berfikir ini, menyebabkan lahir beberapa istilah pergabungan politik. Antaranya adalah, “Tahaluf siyasi”, dan “musyarakah ma’a Ghair Al-Muslimin”. Secara asas, kedua-dua istilah ini berpunca dari kaedah ‘melakukan mudharat kecil demi mengelak dari melakukan mudharat yang lebih besar’.

Tentang gabungan politik, ia didasari atas kaedah ini. Lantaran, jika PAS mahu mengambil sikap mahu menyendiri, iaitu mahu keluar dari PR, sekiranya dengan tindakan PAS keluar dari PR, melahirkan kekuatan UMNO dan seterusnya kezaliman UMNO terus berleluasa, sudah pasti tindakan keluar dari PR adalah tindakan yang tidak boleh diterima akal, malahan tidak boleh diterima syarak.

Namun, ada orang berkata, “DAP itu kafir, takkan kita nak minta tolong dari orang kafir kot hendak hapuskan kezaliman?”

Aku beranalogi, “kalau anta naik kereta satu keluarga untuk balik ke kampung, lalu dalam perjalanan didapati jalan jem disebabkan sebatang pokok yang tumbang melintangi jalan. Agak-agaklah, apakah satu tindakan cerdik, jika anta berdiri di atas pokok itu, anta berkata, wahai orang-orang islam sahaja, mari kita angkat pokok yang tumbang ini, agar kita semua dapat sambung perjalanan kita.

“lalu, apabila ada orang bukan Islam datang mahu membantu, anta pun melarang orang bukan islam itu membantu. Apakah tindakan itu cerdik?”

Mungkin jawapan dari soalan aku itu, merupakan jawapan terhadap soalan yang dikemukakan di atas dalam usaha hendak menghapuskan kezaliman yang diamalkan oleh UMNO/BN sejak sekian lama.


Sekian

Wallahu ‘Alam

Al-Bakistani

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111