" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Wednesday, October 20, 2010

Dua dekad Kelantan menerajui perubahan

Oleh: wanibrah

"Sesungguhnya, berkat usaha gigih dan komitmen tinggi pemimpin PAS dan Tok Guru Nik Aziz sepanjang berhadapan kekalahan sejak 1978 telah membuahkan hasil.

Rakyat mula memberi perhatian kepada apa yang disampaikan oleh PAS. Sebahagian timbul kesedaran untuk bersama perjuangan Islam yang dibawa PAS.

Tok Guru Nik Aziz dan beberapa ulama’ serta pemimpin PAS sering diundang menyampai kuliah dan ceramah ke segenap Dun dan Parlimen di Kelantan. Sehinggalah PAS mendapat sokongan padu golongan rakyat semasa pilihan raya umum 1990. PAS mencapai kemenangan mutlak bersama-sama dengan Angkatan Perpaduan Ummah. Mandat daripada kemenangan mutlak itu, menjadi kekuatan bagi parti PAS menerapkan dasar peruangannya di dalam pentadbiran negeri. Justeru dasar Membangun Bersama Islam dijadikan pakaian rasmi di dalam mentadbir kerajaan negeri. Inti pati kepada dasar pentadbiran ini adalah amal maaruf nahi mungkar yang berpaksikan ketakwaan kepada Allah. Oleh itu, rekod kemenangan PAS dan kejayaan memerintah Negeri Kelantan penuh berliku, dan liku-liku itulah yang telah mencorak senario politik rakyat Kelantan sehingga dua dekad ini rakyat kekal memberi mandat kepada PAS.

Dua dekad Membangun Bersama Islam: 1990–2010

Pada 21 Oktober PAS setelah dua dekad di bawah kepemimpinan ulama’ didapati Kelantan yang dipacu oleh asas-asas keagamaan terus maju ke hadapan. Sejak 20 tahun lalu, perubahan ketara boleh dilihat, biar pun Umno masih mendakwa Negeri Kelantan dalam kemunduran, miskin dan tidak membangun. Namun, mata memandang sedia menjadi saksi bila mana susuk pembangunan berlaku di setiap pelosok negeri. Malah penyaksian itu turut merakamkan selama dua dekad ini, Negeri Kelantan menerajui perubahan dan mendahului di dalam beberapa aspek pembangunan.

Kerajaan BN tinggal hutang

Namun, di sebalik liku-liku itu ramai yang tidak tahu hakikat kemenangan dan perjalanan pentadbiran kerajaan negeri. Misalnya, tatkala kemenangan berlaku kerajaan PAS yang mengambil alih tampuk pentadbiran turut mewarisi hutang yang ditinggalkan oleh kerajaan BN terdahulu berjumlah RM760 juta. Hutang tersebut menjadi beban kepada rakyat dan kerajaan negeri untuk dilunaskan. Sehingga 2006 hutang tersebut mengecil kepada RM635 juta. Sehingga kini, beban hutang itu terus dibayar.

Apa pun, berkat pentadbiran negeri yang berteraskan Islam, keberkatan dan rezeki itu tetap disanadarkan kepada ketentuan Allah SWT. Meskipun beban hutang tertunggak sebanyak itu, ia tidak mematikan ikhtiar untuk menambahkan punca hasil baru. Sejak Dato’ Abdul Halim Abdul Rahman (semasa menjawat Timbalan Menteri Besar) dan kini ahli Exco, Dato’ Husam Musa sebagai perancang kewangan, ia dilihat berjaya menguruskan kewangan negeri bersama-sama Pegawai Kewangan telah melaksanakan tadbir urus terbaik. Tunggakan cukai dan kutipan hasil dapat dipertingkatkan, di samping seni pengurusan kewangan yang berhemat terus dihayati. Hasilnya upaya kewangan negeri mampu membiayai semua peningkatan kos pentadbiran ekoran kenaikan harga minyak. Malah setiap kali pihak Kerajaan Pusat mengumumkan pembayaran bonus, maka tiadalah ketinggalan pihak Menteri Besar, Tok Guru Nik Aziz turut mengumumkan pembayaran bonus kepada semua pegawai dan kakitangan awam negeri.

Berdasarkan realiti kewangan sedemikian, ia telah dibuktikan oleh kajian Abd. Rahim Anuar dan Azizah Mohd Yusof dari Universiti Utara Malaysia (2001) bahawa kesan pelaksanaan Membangun Bersama Islam terhadap hasil Negeri didapati telah memberikan kesan positif kepada hasil Negeri––hasil Negeri meningkat.

Kerajaan Pusat kontra federalisme

Konsep federalisme membelah kerajaan di Malaysia kepada dua entiti kuasa iaitu kerajaan pusat dan kerajaan negeri. Pembahagian itu ditentukan berasaskan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948. Apa pun dalam konteks amalan serta kesannya kepada keutuhan Kerajaan Negeri Kelantan, didapati Kerajaan Pusat sedia melaksanakan tindakan-tindakan kontra dengan hukum federalsime yang terkandung di dalam Perlembagaan Persekutuan. Paling ketara tindakan itu adalah ketidakpatuhan amalan kewangan dan menafikan kuasa-kuasa Kerajaan Negeri mengurus projek yang disalurkan oleh kementerian di bawah Kerajaan Pusat. Ia menyimpang daripada amalan good governance dalam prinsip birokrasi yang demokratik!

Berpandukan perlembagaan tersebut Kerajaan Negeri diberi kuasa berkaitan hal ehwal agama, tanah di samping pertanian dan perhutanan. Kuasa pusat pula lebih dominan merangkumi hubungan luar, pertahanan, keselamatan, pentadbiran, keadilan, kewangan, perdagangan, perhubungan, pengangkutan dan banyak lagi. Manakala bagi perkara-perkara yang tidak dinyatakan dalam senarai di atas diletak di bawah Senarai Bersama. Kuasanya meliputi kebajikan masyarakat, biasiswa, perlindungan hidupan liar, kebudayaan, sukan, perumahan dan perlembagaan persekutuan.

Bagaimanapun dalam amalan rule of law (berperlembagaan) kerajaan pusat melakukan tindakan over rule. Contohnya kewujudan Putrajaya di Prang Besar, Selangor tanpa mendapat kelulusan Majlis Raja-Raja dan Dewan Undangan Negeri Selangor. Prof Madya Dr Mohamad Agus Yusof (1995) menyifatkan tindakan tersebut sebagai quasi-federal, iaitu tidak menepati kehendak federalisme.

Sebenarnya bukan sekadar kes Prang Besar yang mencerminkan tindakan over rule kerajaan Barisan Nasional (BN) terhadap negeri, malah banyak lagi kes lain. Antaranya turut melibatkan hubungan Pusat dengan Kelantan. Contoh yang berada di hadapan kita sekarang iaitu pencabulan perjanjian penyerahan hak cari gali petroleum Kelantan kepada Petronas pada 1975 yang jelas tidak mematuhi Akta Pembangunan Petroleum. Kerajaan Pusat telah mengkhianati perjanjian setelah tidak membayar bayaran wang tunai (royalti) hasil cari gali itu kepada kerajaan Kelantan.

Lihat afidavit Tun Abdul Rahman Yakub dalam kes kerajaan Terengganu lawan Petronas dan kerajaan Malaysia pada 2001. Kerajaan Pusat secara terang-terangan telah melakukan over rule.

Namun, anehnya beberapa pemimpin Pusat dari Kelantan (pemimpin parti Umno) seperti Dato’ Seri Mustapa Mohamed dan Dato’ Dr Awang Adek Hussin menafi berkali-kali perairan negeri Kelantan ada menghasilkan minyak. Mereka menegak hujah seumpama menegak benang basah, dengan menukar hak royalti kepada wang ihsan. Lalu mendakwa wang ihsan diberi atas nasihat Peguam Negara.

Biar pun banyak kemucup politik melekat di kaki, Kelantan tetap melangkah jauh ke hadapan. Malangnya ketika langkah semakin deras, masih ada lagi pemimpin Umno menganggap PAS gagal mentadbir Kelantan sepanjang 20 tahun ini.

Imbas sejenak tahun 1990

Menjelang pilihan raya umum ke-8, Angkatan Perpaduan Ummah (Angkatan) berjaya dibentuk. Kemudian PAS telah menjalin kerjasama dengan Angkatan. Angkatan pula mengandungi kerjasama tiga parti, iaitu Semangat 46, Berjasa dan Hamim. Semuanya adalah akibat pergolakan dalaman Umno pada 1987 menjadi detik permulaan sehingga lahirnya Semangat 46. Pertembungan antara Dr Mahathir dan Tengku Razaleigh merebut jawatan presiden Umno ketika itu membawa Umno yang ditubuh pada 1946 diharamkan Mahkamah Tinggi. Dr Mahathir kemudiannya menghidupkan Umno Baru, manakala Tengku Razaleigh menubuh Semangat 46. Ini bermakna Umno yang ditubuh Dato’ Onn Jaffar pada 1946 sudah tidak wujud lagi. Umno yang ada hari ini ialah Umno Baru dipelopori Dr Mahathir.

Hasil kerjasama erat PAS bersama Angkatan, menyaksikan pilihan raya umum 21 Oktober 1990, kekalahan teruk BN dan terpaksa meninggalkan pejabat pentadbiran yang dirampas melalui MAGERAN pada 1978. Ketika itu PAS bertanding di 24 Dun dan enam parlimen, Semangat 46 bertanding 13 Dun serta tujuh kerusi parlimen. Manakala Berjasa dan Hamim masing-masing bertanding di satu kerusi Dun.

Maka pada tanggal 21 Oktober 1990 mencatatkan sejarah baru di Malaysia, apabila Umno gagal memenangi sebarang kerusi di Kelantan. Ia suatu sejarah yang tidak pernah berlaku dalam sejarah politik negara. Angka keramat dengan agregat 39-0 (Dun) dan 13-0 (parlimen) menjadi saksi penerimaan terhadap PAS dan penolakan Umno oleh rakyat ketika itu. Bermula dari detik 1990 itu, kerajaan BN bertunjangkan parti Umno yang selama 12 tahun 7 bulan berkuasa di Kelantan akhirnya roboh.

Dua hari selepas 21 Oktober, majlis angkat sumpah pembentukan kerajaan Angkatan diadakan. Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat (Dun Semut Api) sebagai Menteri Besar, Ustaz Abdul Halim Abdul Rahman (Dun Banggol) dilantik sebagai Timbalan Menteri Besar I dan Rozali Isohak (Dun Dabong) dari parti Semangat 46 sebagai Timbalan Menteri Besar II. Di ikuti dengan saf ahli majlis mesyuarat kerajaan (Exco), iaitu tiga Adun dari PAS––Ustaz Yahya Othman (Dun Banggol Judah), Ustaz Idris Ahmad (Dun Tawang) dan Dato’ Halim Mohamad (Dun Bunut Payong), dari parti Semangat 46 pula Zianon Abdin Ali (Dun Panglima Bayu) dan Daud Jaafar (Dun Jelawat) dan Dato’ Wan Hashim Wan Ahmad (Dun Padang Garong) dari parti Berjasa turut dilantik sebagai Exco.

Adun Semangat 46 keluar parti

Biar pun rumah tangga Angkatan utuh, namun cabaran dan mehnah politik dan pentadbiran tidak dapat dielak. Semangat 46 mulai dilanda masalah dalaman apabila dua Adunnya, Nordin Salleh (Sungai Pinang) dan Wan Mohamad Najib Wan Mohamad (Limbongan) melompat parti. Kedua-dua Adun terbabit mendapat sokongan Setiausaha Perhubungan Semangat 46, Kassim Mohamad dan Ketua Penerangan, Yaakub Mohamad bagi menentang kepemimpinan Tengku Razaleigh.

Ekoran tindakan mereka, persidangan Dun pada 25 April 1991 telah meluluskan pindaan Undang-Undang Tubuh Negeri bagi menggugurkan mana-mana Adun yang melompat parti.

Pada 3 Julai 1991 Speaker Dun mengisytiharkan kedua-dua kerusi terbabit kosong kerana melanggar perlembagaan negeri. Ekoran itu pada 24 Ogos 1991 pilihan raya kecil diadakan di Sungai Pinang dan Limbongan. Keputusan pilihan raya kecil berpihak kepada calon Semangat 46. Sungai Pinang diwakili Mahmud Yaakub dan Limbongan pula Samat Mamat.

Bagaimanapun Umno telah mencabar pindaan perlembagaan negeri ke Mahkamah Tinggi. Pada 8 November 1991 Mahkamah Tinggi memutuskan pindaan tersebut sebagai tidak sah. Kemudian pada 22 Januari 1992 Mahkamah Tinggi juga memutuskan pengisytiharan kekosongan kerusi Dun Sungai Pinang dan Limbongan sebagai tidak sah.

Kes tersebut akhirnya dibawa Mahkamah Agung. Pada persidangan mahkamah tertinggi terbabit tanggal 3 April 1992 telah memihak kepada Umno. Nordin dan Wan Najib mendapat semula kedudukan sebagai Adun. Keputusan mahkamah tersebut menyebabkan rakyat Kelantan menggelarkan mereka sebagai wakil mahkamah dan bukannya wakil dipilih rakyat.

Kerajaan Negeri sekali lagi berdepan dengan ujian pilihan raya kecil berikutan kematian Adun PAS di kawasan Dun Lundang, Ustaz Mawardi Ahmad. Pilihan raya kecil yang diadakan pada 29 Mac 1994. PAS diwakili Ustaz Mohamad Daud Iraqi. Keputusannya berpihak kepada calon PAS dan sekali gus membuktikan sokongan rakyat terhadap dasar-dasar Kerajaan Negeri tetap utuh.

Apa yang menariknya pada pilihan raya kecil Lundang itu, tok Guru Nik Aziz bertindakan secara berstrategi dengan mengungkap kata-kata ‘tak dok sebab demo nak lawe kawe’ di samping melancarkan perang psikologi melalui ungkapan ‘beri kain pakai, beri gula kacau, bila undi, undi bule’ sehingga menyebabkan jentera kempen BN terperangkap dan gagal melaksanakan pendekatan kempen kebendaan.

Oleh:

Wan Nik Wan Yussof dan Mazlan Jusoh

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111