" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Thursday, October 28, 2010

Kenapa sokong Najib yang hina hukum Islam?

Oleh Penarik Beca

Kain rentang kata, "Kenapa PAS masih menyokong DAP (harbi)?" Kain rentang juga menyiarkan keratan laporan akhbar tentang kenyataan yang dibuat oleh Karpal Singh lebih 10 tahun lalu yang bertajuk "Mahu wujudkan negara Islam langkah mayat kami dulu - Karpal Singh".

Amat menarik apabila kain rentang itu bercakap dengan bahasa yang sama yang dicakapkan oleh Umno sejak selepas pilihan raya umum 2008

Keputusan pilihan raya umum 2008 hakikatnya adalah hasil pengkhianatan Umno ke atas orang-orang Melayu Islam melalui persempadanan semula kawasan pilihan raya 2003.

"Kenapa PAS masih menyokong DAP (harbi)?" Fine.

Saya juga ingin bertanya, kenapa berkawan dan sokong MCA yang membantah hukum hudud? MCA tidak harbi?

Lebih dari itu, kenapa junjung dan ampu sakan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai pemimpin? Bukankah dalam kenyataannya kepada wartawan pada 20 April 1983, Najib kata "negara akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan"?

Bukankah dalam kenyataannya kepada wartawan pada 20 April 1992 Najib juga kata "Kerajaan Kelantan harus dipertanggungjawabkan jika berlaku huru-hara, ketidakstabilan politik, perpecahan di kalangan umat Islam dan kegelisahan rakyat apabila hukum hudud dilaksanakan di negeri itu. Rakyat harus menyoal perlaksanaan hukum itu menguntungkan atau menyebabkan perpecahan, pertentangan dan ketidakstabilan politik. Tidak semua negara Islam mengamalkan hukum hudud bahkan ada negara Islam lebih makmur tanpa hukum itu"?

Kenapa sokong Umno sedangkan Perdana Menteri dari Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad memberi amaran pada 14 Ogos 1994 bahawa "kita (kerajaan pusat) akan ambil tindakan jika Kelantan meneruskan usaha melaksanakan hudud"? Amaran itu masih belum ditarik balik oleh kerajaan Umno hingga sekarang.

Saya tak marah MCA membantah hudud. Mereka bukan orang Islam. Tetapi, mengapa yang mengaku Islam menolak hudud? Kalau tak nak hudud PAS, mana hudud Umno?

PAS cakap saja nak buat hudud, tapi tak buat pun? Kurang-kurang pun PAS tak hina hukum Islam seperti Najib, si Presiden Umno.
http://penarikbeca.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111