Oleh Zawawi Hassan
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) memohon penjelasan daripada kerajaan negeri bila mana Kuil Hindu telah mula mendapat peruntukan bernilai RM372,000 bagi kerja-kerja pengubahsuaian dan aktiviti keagamaan kaum India di negeri ini kepada 27 Kuil Hindu dan masih menanti bilakah peruntukan akan diberikan terutama Masjid dan Surau dhaif yang amat memerlukan bantuan segera.
DPPN Pk memohon keperihatinan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan sudah tentu kepada Penasihat Hal Ehwal Agama kepada Menteri Besar Negeri Perak Dato' Kapten (Bersara) Mohd Najmuddin Haji Alias dilihat langsung tidak menunjukkan gerak kerja untuk membantu penyelesaian masalah tersebut. DPPN Pk berharap tindakan segera dilakukan bagi mengatasi masalah kedhaifan Masjid dan Surau di seluruh Negeri Perak.
DPPN Pk juga berharap perlaksanaan bagi memperbaiki dan mengubahsuai Masjid dan Surau dhaif dapat dilaksanakan pada tahun ini juga. DPPN Pk juga mengharapkan peruntukan tambahan juga dapat diberikan untuk pembentangan Bajet 2011 bagi tujuan tersebut dan juga memperkemaskan Masjid dan Surau yang sedia ada. Perlaksanaan aktiviti dan juga program-program yang sesuai bagi mengimarahkan Masjid dan Surau sudah tentu memerlukan satu peruntukan yang besar.
DPPN Pk yakin jawapan kepada persoalan tersebut dapat membongkar perkara yang sebenar disebabkan tiada langkah yang telah diambil oleh pihak kerajaan bagi memperjelaskan persoalan ini. Sudah tentu rakyat yang beragama Islam inginkan satu jawapan yang konkrit kerana tiada perkembangan peruntukan khas untuk Masjid dan Surau di Perak ini.

ZAWAWI HASSAN
Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.
No comments:
Post a Comment