" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Wednesday, October 20, 2010

Tambang ETS Kuala Lumpur - Ipoh Terlalu Mahal

Oleh: Juragan

"ETSKenyataan Media DPP Perak

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) membantah pengumuman kerajaan berkaitan kadar tambang perkhidmatan Electric Train Set (ETS) Kuala Lumpur – Ipoh sebanyak RM45.40 sebagai mahal dan tidak munasabah langsung serta membebankan rakyat.

Persoalannya mengapa perlu dibandingkan dengan perkhidmatan-perkhidmatan lain dalam menentukan harga tambang untuk ETS. Mengapa tambang ETS terlalu berbeza dengan kaedah pengangkutan yang sama jenis dengannya sehingga lebih 100% lebih tinggi.

Sepatutnya kajian menyeluruh perlu di ambil kira serta faktor kesesakan di Bandaraya Kuala Lumpur dengan menjadikan perkhidmatan ETS ini sebagi alternatif bagi mengurangkan kesesakan tersebut. Sudah tentu perkhidmatan ETS ini sebagai keperluan utama bagi tujuan rakyat ke Bandaraya Kuala Lumpur. DPPN Pk meminta agar kerajaan mengkaji semula kadar tambang perkhidmatan ETS tersebut sejajar dengan keperluan yang dinanti-nantikan oleh rakyat sebagai kemudahan yang akan memberikan manfaat kepada rakyat seluruhnya.

Pertimbangan kerajaan tersebut adalah tuntutan rakyat agar kemudahan perkhidmatan pengangkutan yang perlu diberikan perhatian sebenarnya. Inilah akibatnya jika penswastaan projek untuk kebajikan rakyat tidak dikawal.

SALMAN HAJI SALEH
Naib Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

http://pemudapasperak.com/v1/
Kenyataan Media DPP Perak
14 Oktober 2010

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111