Dah masuk lima tahun sejak pertama kali melawat Palestin. Dan bila saya sampai di sana untuk bekerja bersama-sama badan-badan kebajikan di Gaza dan Tebing Barat, saya bawa bersama sifat sombong dan tinggi diri yang biasa tersemat dalam jiwa setiap wanita kulit putih kelas menengah terhadap golongan wanita Islam yang miskin, wanita yang saya anggap lebih sedikit sahaja dari jubah-hitam yang hodoh, dan bersikap pendiam. Sebagai seorang wanita barat dengan segala kebebasan, saya bercadang untuk berurusan secara professional dengan lelaki sahaja. Lagi pun, bukankah itu yang dikatakan dunia Islam?
Heboh di kalangan teman-teman kolumnis kerana tidak bersetuju dengan tindakan saya memeluk Islam, membuktikan yang pandangan stereotaip terhadap berjuta wanita yang mengamalkan Islam masih wujud.
Dalam perjalanan pertama saya ke Ramallah, dan diikuti dengan lawatan seterusnya ke Palestin, Mesir, Jordan dan Lubnan, saya memang berurusan dengan lelaki-lelaki yang berkuasa. Malah satu atau dua orang dari mereka mempunyai jambang menakutkan seperti yang kita lihat dalam buletin berita yang berada di tempat yang kita musnahkan dengan bom jarak jauh. Yang mengejutkan (bagi saya), saya juga mula berurusan dengan ramai wanita dari berbagai peringkat umur, yang memakai tudung dengan berbagai cara, dan mempunyai kuasa dalam jawatan mereka. Percaya atau tidak, wanita Islam boleh belajar, bekerja berjam-jam lamanya macam kita, malah menjadi bos kepada suaminya di pejabat.
Dah cukupkah memperkecilkan mereka? Saya harap begitulah, kerana tindakan saya memeluk Islam telah dijadikan alasan oleh pengulas-pengulas untuk melemparkan segala macam tuduhan ke atas wanita Islam di seluruh dunia. Sehinggakan dalam perjalanan saya untuk mesyuarat tentang tajuk Islamofobia dalam media minggu ini, saya terfikir untuk membeli besi cangkuk dan berposing seperti Abu Hamza al Masri (gambar). Lagi pun, melihat kepada reaksi ramai kolumnis wanita, saya pada pandangan mereka seperti tidak diperlukan lagi dalam memperjuangkan hak-hak wanita.
Jadi mari kita semua tarik nafas dalam-dalam dan saya akan beri sedikit imbasan tentang dunia Islam dalam abad ke-21. Sudah tentu, kita juga perlu mengambil kira tentang wanita yang tidak dilayan dengan baik di kebanyakan tempat dan budaya, kedua-duanya di dalam dan di luar populasi Muslim. Wanita sebenarnya dipergunakan secara salah oleh kaum lelaki, bukannya Tuhan.
Banyak amalan dan undang-undang dalam negara-negara “Islam” telah menyimpang dari (atau tidak berkaitan dengan) ajaran Islam yang asal. Sebaliknya amalan-amalan tersebut hanya berdasarkan kepada adat budaya dan tradisi yang telah ditanam dalam masyarakat. Di Arab Saudi, contohnya, undang-undang tidak membenarkan wanita memandu. Peraturan seperti ini adalah ciptaan sistem monarki Saudi, iaitu sekutu rapat kerajaan kita dalam perdagangan senjata dan minyak. Malangnya, perjuangan hak-hak wanita terpaksa diselaraskan dengan keperluan kerajaan kita sendiri.
No comments:
Post a Comment