" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Thursday, December 23, 2010

Kerja jahat Johan, Termuizi di DBP belum dibersihkan!

Oleh Fadillahtul Ghafari

Pada hari penyampaian Hadiah Sastera Perdana (HSP) Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada 30 November 2010, Tan Sri Mahyuddin Yassin, Menteri Pelajaran Malaysia merangkap Timbalan Perdana Menteri Malaysia, menyarankan supaya sastera diperkasakan. Cantik sungguh saranan Mahyuddin tersebut kerana beliau menyedari bahawa genre sastera ialah salah satu hasil kesenian rakyat dan kesenian adalah cabang kebudayaan. Bercakap persoalan kebudayaan, secara outomatik kita merujuk kepada warna-warna kehidupan (desing of living) masyarakat.

Dari aspek kemajuan duniawi apapun, sastera tetap berperanan dalam penyuarakan tentang struktur sosial masyarakat yang didalamnya terlibat unsur politik, ekonomi, bahasa, pendidikan, syasiah diri, psikologi, kesejarahan dan sebagainya.

Menyedari akan hakikat tersebut, maka Mahyuddin menyuarakan supaya sastera Melayu diperkukuh, diperteguh dan didaulatkan bukan dimusnahkan. Tetapi, Mahyuddin mungkin tidak menyedari atau ditipu oleh Termuzi Abd. Aziz, Ketua Pengarah DBP dan balacinya yang menyediakan teks ucapan untuk beliau sampaikan pada HSP dengan retorik yang muluk-muluk. Sedangkan kenyataan yang berlaku terjadi keterbalikan, sastera bukan dikembang dan diperluaskan, malah dimusnahkan.

Kini di DBP, kedudukan, fungsi dan peranan sastera Melayu sesudah Pengstrukturan Semula Struktur Organisasi (PSSO) DBP 2010 ibarat kaca terhempas ke batu. Jabatan Sastera sudah dihancurlumat dan ditalqinkan.

PSSO DBP 2010 yang dilaksanakan oleh Termuzi Abd. Aziz, yang tua renta bersama balacinya yang mendapat “desakan” Johan Jaaffar, mantan Pengerusi Lembaga Pengelola DBP, bukan sahaja bercanggah dengan Akta 930 DBP yang meletakkan fungsi teras DBP iaitu bahasa, sastera dan penerbitan, malah bercanggah dengan matlamat kedua DBP (semakan tahun 1978 pindaan dan peluasan tahun 1995) berkaitan dengan perkembangan sastera kebangsaan.

Pengabaian fungsi, peranan dan kedudukan sastera kebangsaan dalam PSSO DBP 2010 itu jelas dan nyata, apabila Jabatan Sastera yang di bawahnya terdiri daripada dua cabang besar iaitu Penyelidikan Sastera : Bahagian Sastera Moden, Bahagian Sastera Tradisional, Bahagian Teori dan Kritikan Sastera serta Bahagian Sastera Bandingan ; dan Pengembangan Sastera: Bahagian Sastera Kebangsaan yang di dalamnya terkandung pengiktirafan dan hadiah, Anugerah Sasterawan Negara, Sastera dan Budaya dalam PLKN, Sea Write Award dan sebagainya, tidak wujud lagi di alam nyata.

Dengan pelaksanaan PSSO DBP 2010, jambatan dan bangunan Jabatan Sastera DBP diruntuh dan dilenyapkan. Malah Dr. Fuad Sarkasi, Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia ditipu secara terang-terangan oleh Ketua Pengarah DBP sewaktu beliau menjawab soalan Kamaruddin Jaaffar, Ahli Parlimen Pas, di Parlimen baru-baru ini berkaitan dengan kedudukan Jabatan Sastera DBP yang diruntuh dan dirobohkan.

Dr. Fuad menjawab (jawapan yang disediakan oleh balaci Ketua Pengarah DBP) bahawa Jabatan Sastera bukan dimusnahkan tetapi dikembang dan diperluaskan. Untuk pengetahuan Dr. Fuad, yang sebenar-benarnya Jabatan Sastera DBP bukan dikembang dan diperbesarkan, tetapi sudah dihancurlumatkan menjadi bubur tanpa nama.

Di bawah Jabatan Pengembangan Bahasa dan Sastera, tidak wujudpun nama sastera. Yang wujud sedikit nama sastera di bawah Jabatan Dasar dan Penyelidikan. Di situ, tertumpanglah nama Bahagian Dasar dan Penyelidikan Sastera yang didalamnya terkandung segala jenis sastera bersama sampah-sarat yang tidak memiliki hala dan tujunya yang jelas.

Dengan yang demikian, terbuktilah bahawa niat dan kejahatan Johan Jaaffar, Termuzi bersama balacinya di DBP, untuk menghancurlumatkan Jabatan Sastera yang dianggap olehnya bahawa individu di Jabatan Sasteralah yang menentang dasar kemunafikan dan kejahatannya, telah berhasil dilaksanakan.

Sikap dan sifat kemunafikan Johan Jaaffar berserta balacinya seperti firman Allah swt. dalam Surah Al-Baqarah, Ayat 10 bermaksud “Dalam hati mereka ada penyakit (syak wasangka), lalu ditambah Allah swt. penyakit itu; dan untuk mereka itu siksa yang pedih kerana mereka berdusta”.

Untuk merealisasikan niat jahatnya, Johan Jaaffar, Temuzi dan para balacinya, telah memusnahkan Jabatan Sastera DBP dan sekali gus cuba mematikan “semangat perjuangan” penentang-penentang kemunafikannya.

Namun, Johan Jaaffar, Termuzi dan para balacinya lupa bahawa tubuh badan seseorang penulis boleh di penjara, tetapi fikiran penulis menjalar dan merentasi ke serwajagat samudera, menembusi jiwa manusia, memasuki alam duniawi dan ukrawi serta tidak ada kekuatan apapun yang boleh menghalangnya kecuali maut.

DBP kini sudah mulai cerah apabila Johan Jaaffar sudah dinyahkan, dan DBP akan kembali terang benderang, apabila si tua bangka yang tidak sedar diri dah kubur panggil mari masih bercongkol di DBP di halau pergi tidak beberapa lama lagi.

Termuzi (barua Johan Jaaffar) yang buta, tuli, bisu dan pekak dengan fungsi dan peranan DBP masih bercita-cita untuk meminta Mahyuddin Yassin menyambung kontrak haramnya untuk tempoh dua tahun lagi. Dia lupa usianya yang tua renta (66 + 67tahun) akan memasuki alam kenyanyukan dua tahun lagi (69 tahun), ternyata masih ada hati untuk menyambung kontrak dan mungkin sekali gus berniat untuk berkahwin dengan janda berhias, bagi menyambung tali hayatnya yang sudah lelah dan tercunggak-cunggak.

Penulis berseru kepada Termuzi, lebih baik memenuhi kesementaraan waktu yang tinggal sedikit itu dengan amal ibadah, dan bertaubatlah di atas segala kezaliman serta kejahatan yang dilakukan terhadap kaki tangan DBP (demi memenuhi hasrat Johan Jaaffar) daripada berharap-harap dapat sambung setahun dua lagi.

Penulis mendapat tahu bahawa semenjak Johan Jaaffar di lantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengelola DBP pada tahun 2005, Termuzi Abd. Aziz dilantik secara tidak sah sebagai Ketua Pengarah DBP pada tahun 2007 seperti juga pelantikan Timbalan Ketua Pengarah DBP kini, mereka telah membentuk suatu komplot dengan dibantu oleh beberapa orang pilihannya sebagai balaci, dengan tujuan untuk menguasai dan melaksanakan tujuan-tujuan atau nawaitu tersembunyi Johan Jaaffar serta orang-orangnya.

Namun, mereka boleh merancang apa sahaja, tetapi Allah swt. mempunyai perancanganNya sendiri. Peracangan Johan Jaaffar seperti “Kota Buku” gagal dilaksanakan, penggunaan kereta sendiri, drebar dan service dibiayai oleh DBP gagal direalisasikan serta masih banyak perancangannya belum terurai dan pasti akan dibongkarkan suatu hari nanti.

Yang berjaya dilaksanakan iaitu mewujudkan Bahagian Pelbagai Kaum yang dahulunya sebagai aktiviti di Bahagian Sastera Kebangsaan, melumpuhkan Jabatan Sastera, melantik Timbalan Ketua Pengarah DBP tidak mengikut prosedur, menutup Bahagian Agama dan Tamaddun Islam, menamatkan penerbitan majalah Dewan Agama dan Falsafat dan melantik beberapa orangnya ke jawatan yang lebih tinggi tanpa mengikuti aturan yang dilembagakan.

Maka tidak hairanlah, jika terdapat berpuluh tulisan dalam media-massa mengenai keruntuhan wibawa DBP sebagai benteng terakhir orang Melayu.

Tulisan-tulisan tersebut tentu ada benarnya apabila penulis berkunjung ke DBP, didapati DBP tidak seramah dahulu, malah DBP semakin malap dan gelap. Peta keintelektualan yang dibangunkan di zaman Datuk Hassan Ahmad dan beberapa Ketua Pengarah DBP selepasnya, kini menjadi abu dan debu.

Yang tampak di DBP hanya keluar masuk kaki tangannya sahaja yang tidak lagi memiliki keghairahan bekerja, mereka datang pagi dan balik tepat waktunya.

Budaya keredupan dan kegelapan di DBP kini boleh di atasi sekiranya Mahyuddin Yassin selaku Menteri Pelajaran Malaysia mengambil sikap proaktif, iaitu menamatkan starting point kejahiliahan di DBP dengan seberapa segera menamatkan perkhidmatan Ketua Pengarah DBP yang sudah tua bangka dan tidak berdaya maju itu, dengan melantik Ketua Pengarah baru yang matang, berilmu, menguasahi pentadbiran dan memahami fungsi teras DBP.

Natijahnya DBP kini memerlukan seorang tokoh yang berwibawa serta dapat menghayati peta budaya serta mengubah paradigma peradaban di DBP dari dunia kejahiliahan ke dunia pembaharuan.

http://warta-utara.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111