" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Wednesday, December 15, 2010

Masih Bodohkah Kita ?

Oleh : WFAUZDIN NS

BAYANGKAN di dalam kepala otak kita gaji Pengerusi Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS), Tan Sri Rozali Ismail adalah mencecah RM 425,000 sebulan iaitu menghampiri setengah juta sebulan. Setahun pendapatannya mencecah RM 5.1 Juta (sumber: Harakah). Bukan kita merasa dengki atau iri hati, bahkan kita berbangga kerana beliau adalah anak Melayu berugama Islam.

Tetapi mengapa ketika beliau sudah menjadi sekaya ini, syarikatnya masih mahu `menghisap darah' rakyat Selangor dengan cadangan kenaikan kadar takrif air? Mengapa sekarang setelah Kerajaan Negeri Selangor bertindak mahu mengambil alih bekalan air di Selangor,?

maka SYABAS baru sibuk untuk mewujudkan `Tabung Budi' kununnya untuk membela rakyat Selangor? Kenapa dahulu tidak wujudnya tabung ini dan rakyat dibiarkan menderita menanggung bil air yang tinggi?

Usaha Kerajaan Selangor untuk menuntut pengurusan air yang sekarang dikendalikan oleh SYABAS diserahkan semula kepada Kerajaan Negeri adalah satu usaha atau pengorbanan yang tinggi dilakukan oleh Kerajaan PR Selangor demi untuk rakyat.

Walaupun usaha ini mendapat tekanan dan halangan dari Kerajaan Pusat, namun keberanian MB Selangor bersama sokongan rakyat Selangor bangkit pada perhimpunan `Selamatkan Air Kita' memang wajar diberi pujian dan penghargaan.

Memorandum yang diserahkan oleh MB Selangor kepada Istana Negara mahukan agar pengurusan air diserahkan kepada Kerajaan Negeri Selangor agar dapat menjamin pengurusan yang lebih efisyen di samping rakyat dapat terus menikmati 20 meter padu pertama air percuma.

SYABAS pastinya bimbang jika usaha Kerajaan Negeri ini berjaya kerana mereka tidak biasa mengalami kesulitan atau kepayahan. Selama ini mereka mewah kerana kehidupan mereka ditanggung oleh rakyat, manakala air dicurahkan dari langit oleh Allah SWT.

Jika Pengerusi SYABAS ini adalah orang Melayu, dan beliau kini menjadi kaya raya sedemikian rupa, apakah ini hasil dari ketuanan Melayu? Siapa pula yang mempertahankan syarikat ini kalau bukan Kerajaan Pusat yang ditunjangi oleh parti yang kununnya membela nasib Melayu?

Siapakah yang banyak menderita di bawah sana menanggung kos bil air yang tinggi tambahan pula dengan kenaikan harga minyak, gas dan gula serta barangan lain jika tidak orang Melayu juga? Inikah hasilnya dari ketuanan Melayu?

Ayuhlah, sedarlah diri masing-masing agar tidak selama-lamanya diperbodohkan. Setelah diumumkan kenaikan harga minyak Ron 97, kemudiannya Ron 95 serentak dengan kenaikan harga gas dan gula,

maka semalam Najib bersetuju agar kadar takrif letrik juga perlu dikaji untuk dinaikkan. Alasannya, kos sudah semakin tinggi akibat kenaikan harga petrol. Persoalannya, siapakah yang menaikkan harga petrol? Masih bodohkah kita?

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111