" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Saturday, December 4, 2010

Saman Ekor, kenapa kerajaan tak nak dengar keluhan rakyat

Oleh: amkns

"KEMPEN BANTAH SAMAN EKOR ONLIE KAJI SEMULA SAMAN EKOR.

Utusan Malaysia 4 Dis 2010 - SAYA memeriksa saman melalui SMS dan saya dapati saya hanya ada empat saman tetapi apabila disemak di balai polis, saman saya menjadi sembilan kesemuanya termasuk saman dari tahun 1999.

Mereka yang ingin menyokong Kempen Membantah Saman Ekor sila ke http://www.petitiononline.com/saman

Apabila saya minta dari pihak polis penyata terperinci saman, saya telah diarahkan mendapatkannya di mana tempat/negeri saya di saman. Masalahnya saya tak pernah pun pergi ke Johor semasa salah satu daripada saman itu di keluarkan.

Saya bekerja di Alor Setar. Bayangkan kos yang terpaksa saya tanggung untuk ke Johor, Kelantan dan Pahang bagi mendapatkan penyata itu. Pastinya, perbelanjaan melebihi jumlah saman yang perlu dibayar. Memandangkan kemudahan Internet terdapat di mana-mana sahaja, saya yakin saman terhadap kereta saya telah digunakan oleh penjenayah ataupun pesalah trafik lain. Apakah saya yang perlu membayar kesalahan tersebut.

Oleh kerana, masa untuk menjelaskan saman hampir tamat dan pada masa yang sama ibu bapa perlu menyediakan persiapan persekolahan anak-anak, maka saya syorkan supaya saman ekor ini dikaji semula. Ia kerana banyak penganiayaan berlaku kepada mereka yang tidak bersalah apabila terpaksa menanggung kesalahan yang dilakukan oleh pihak lain.

Bulan Madu

Alor Setar

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1204&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_02.htm

SAMAN EKOR MENYUSAHKAN

Utusan Malaysia 4 Dis 2010

ISU ‘saman ekor’ yang senyap seketika kini berkumandang semula. Ini kerana tarikh akhir penarikan balik langkah penangguhan menyenaraihitam kenderaan pesalah-pesalah trafik semakin hampir iaitu pada Februari 2011.

Saya yang merupakan salah seorang ‘mangsa’ saman ekor mahu pihak berkaitan terutama Kementerian Dalam Negeri memberi kata putus yang jelas dalam perkara ini kerana sehingga hari ini, masih banyak perkara yang belum jelas seperti selepas Februari 2011, berapakah tempoh yang sesuai untuk pesalah trafik menjelaskan notis saman ekor, berapakah jumlah kompaun yang tidak boleh dikurangkan, selain dakwaan sesetengah pihak yang merasakan diri mereka teraniaya kerana tidak memandu kereta yang disaman itu masih belum dijawab oleh pihak berkenaan.

Saya sendiri merupakan salah seorang mangsa kerana menerima hampir 10 saman ekor yang mana kesalahannya bukan saya lakukan. Saya mengaku saya cuai apabila menjual kereta kepada seorang rakan tanpa menukar nama pada geran kereta tersebut.

Kawan saya itu pula hilang entah ke mana dan selain terpaksa menanggung hutang bank bagi pembiayaan kereta tersebut, saya juga terpaksa berhadapan banyak saman ekor melibatkan kereta tersebut. Saya berharap berilah sedikit keadilan kepada orang seperti saya.

Sudahlah ketika ini saya terpaksa menanggung banyak masalah berkaitan kereta tersebut, ditambah pula dengan masalah saman ekor yang datang bertali arus. Harap pihak yang berkaitan dapat membantu saya.

Teraniaya

Kampung Cheras Baru

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1204&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_01.htm

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111