" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Monday, January 3, 2011

Sibuk banteras gay tapi biarkan penyebaran bahan lucah seks bebas remaja!

Oleh A.A.

Akhbar Utusan Malaysia mulakan isu tahun baru dengan banteras gay bermula laporan khas pada Ahad dalam Mingguan Malaysia kemudiannya disambung lagi dalam keluaran hari Isnin.

Naik meluat tengok. Hal itu memanglah jijik tapi daripada satu segi Utusan Malaysia juga macam beri publisiti dan promosi pula atau satu taktik mahu tarik minat orang ramai untuk membeli akhbar mereka!

Banteras isu gay katanya. Itulah gegak-gempita akhbar itu. Seolah-olah satu helah dan propaganda sahaja mahu kaitkan dengan isu Anwar Ibrahim!

Padahal, penyebaran video lucah anak-anak Melayu bersepah-sepah tidak pula dikecohkan. Agaknya mereka termasuk Umno dan kawang-kawannya pun layan juga seks bebas! Itu yang mereka biarkan di sebalik laungan “ketuanan Melayu” dan agenda muluknya kononnya mahu “memperkasa bangsa”

Sedangkan, maruah anak bangsanya sedang binasa dibiarkan. Lihat sahaja sambutan tahun baru lepas. Ramai berkelakuan tidak senonoh di ambang tahun baru. Belum lagi ratusan kes ditangkap khalwat, positif dadah dan minum arak di seluruh negara.

Persoalannya, gejala gay yang Utusan Malaysia dan puak-puak kerajaan sibukkan itu adalah sebahagian kecil gejala seks bebas remaja Melayu!

Mengapa tidak berkempen banteras seks bebas bukan sekadar banteras gejala gay saja?

Tengok negara luar. Baru-baru ini Republik Rakyat China dengan tegas telah menutup 60,000 laman sesawang lucah dan menahan 5,000 suspek manakala 58 orang telah dipenjara kerana terlibat dlm penyebaran bahan lucah di internet dan telefon bimbit.

Rosak bangsa dan punah negara jika gejala seks mania di kalangan anak-anak Malaysia bermula daripada peringkat dewasa, belia dan remaja belasan tahun terutamanya anak-anak Melayu terus dibiarkan!

Dan anak-anak kita yang kita sibuk hantar mereka ke sekolah hari ini akan terus jadi “pewaris” kebobrokan abang dan kakaknya sebelum ini yang mudah akses dan ketagih bahan lucah. Bila dah gian macam-macam hal terjadi selepas itu! B utakah kerajaan untuk membanteras segala bahan lucah seperti yang negara China dah lakukan?!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111