" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Sunday, October 9, 2011

Dr. Zambry 'eee' Kadir memang CELAKA ni...

Malaysiakini melaporkan:
Vale, syarikat perlombongan kedua terbesar di dunia, yang menyedari mengenai pentingnya usaha memulihara alam sekitar, telah mengambil langkah-langkah ketat dalam pembangunan pusat pengedarannya di Teluk Rubiah, di Seri Manjung, kata Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Zambry memberi jaminan bahawa pojek itu tidak akan menjejaskan alam sekitar memandangkan syarikat itu akan mematuhi prosedur Impak Penilaian Alam Sekitar (EIA) yang ketat.

"Mereka (Vale) menyedari sepenuhnya syarat itu. Saya telah berulang kali memaklumkan kepada mereka bahawa kerajaan negeri tidak akan bertoleransi (sebarang kesan negatif ke atas alam sekitar). Dasar itu jelas," katanya pada sidang media selepas melakukan upacara pecah tanah pusat pengedaran bijih besi Vale di Seri Manjung semalam.

Vale Malaysia Manufacturing Sdn Bhd (Vale Malaysia) juga menyedari mengenai usaha untuk melindungi alam sekitar dengan memmanfaatkan teknologi hijau, katanya.

Vale membuat pelaburan awal sebanyak US$1.37 bilion atau RM4.07 bilion bagi membangunkan fasa pertama kompleks berkenaan dengan kapasiti untuk menampung kapal dan mengendalikan sehingga 30 juta tan bijih besi setahun mulai separuh pertama 2014.
 
Zambry berkata pematuhan terhadap prosedur EIA adalah antara syarat yang ditetapkan oleh kerajaan negeri terhadap Vale International untuk beroperasi di Teluk Rubiah yang merupakan kawasan pelancongan yang popular. - Mkini.
Memang senang-senang Dr. Zambry 'eee' Kadir bagi jaminan macam tu. Masalahnya, Dr. Zambry sendiri pun aku langsung tak percaya macamana nak percaya dengan jaminan dia.

Mana mungkin projek sebesar tu tak memusnahkan alam sekitar, tambah-tambah lagi kalau dah terpaksa mengorbankan kawasan hutan bakau, elemen terpenting ekosistem persisir pantai. Tambah-tambah pulak kawasan sekitar tu adalah kawasan eko-pelancongan dan juga antara kawasan utama perikanan untuk negeri Perak.

Projek ni tentu akan mencelakakan nasib industri eko-pelancongan dan perikanan di Teluk Rubiah, Teluk Batik, Pangkor dan kawasan sekitarnya.

Aku tak mau komen banyak berkenaan isu ni. Pasainya aku takdak banyak maklumat.

Kalau nak banyak maklumat berkenaan kesan projek Teluk Rubiah ni boleh jengok blok Otai Manjung ni. Elok kalau boleh ikuti sendiri rakaman sidang media oleh Sahabat Alam Malaysia di blog Otai Manjung.

Juga boleh jenguk Facebook Selamatkan Teluk Rubiah Manjung dr kerakusan manusia.

Tak mustahil Dr. Zambry akan kalah di Dun Pangkor akibat projek ni. Tapi kalau takdak undi pos memang confirm punya Dr. Zambry akan kalah PRU13 nanti malah PRU12 dulu pun dia dah kalah kalau takdak undi pos.
Teliti pada bahagian 'emmission'.

3 comments:

  1. salam.kita jangan asyik memandang serong pada seseorang tentang kewibawaan pucuk pimpinan bagi memerintah diri sendiri.keluarga.dan memimpin sesebuah organisasi.serta pucuk pimpinan pemerintahan..bagi sesebuah kerajaan atau negara.kita janganlah asyik mewarwarkan kejahatan.keburukan serta kebaikan seseorang itu.dan kita haruslah bertanya pada diri kita sendiri adakah kita ini terbaik ataupun tidak?sebelum kita mencerminkan diri orang lain kita haruslah mencerminkan diri kita dahulu sebelum kita boleh menilai seseorang itu.....janganlah kita asyik merasakan diri kita ini betul..ingatlah kita ini manusia biasa tidak akan lari dari sebarang kesilapan?sebab itulah allah menjadikan syurga dan neraka....saya rasa kalau arwah tok ayah saya tak buka pekan sitiawan ini dahulu entah dimana kita semua duduknya...saya bukanlah ahli politik saya tidak pernah mendaftar di sprm ataupun mana-mana parti politik.bagi saya semua parti politik ini hidup ibarat daun lalang.......mahu tak m,ahu kita kena bekerja juga siang dan malam untuk mencari rezeki yang halal...tetapi nak mencari rezeki yang haram tu senang ajaaaa.....semua umat di muka bumi ini membuat dosa yang nampak ataupun tidak...walaupun seseorang itu baik budi pekertinyaa...kerana kita ini hanya manusia biasa bukannya para nabi serta rasul mahupun malaikat.....jadi tepuk dada tanyalah seleraaaaaa......

    ReplyDelete
  2. salam kepada semua warga manjung...disini saya ingin memberi komen tentang artikel safe the teluk rubiah....adakah dalam agama kita menghalalkan tentang propaganda menjatuhkan sesama kita????dengan mengatakan tentang keburukan orang lain..dimata umum???dan cuba kita fikirkan sejenak tentang sejarah islam kita yang dibawa oleh nabi junjungan besar kita nabi muhammad saw...tentang keperibadian serta pengertian tentang agama islam...serta banyak hadis-hadis dan tafsir al quran sebagai rujukan..buat umatnya yang akhir zaman....yang tidak akan sedarkan diri tentang perbuatan kita....setiap hari..sabda rasullulah mengatakan janganlah kita menderhaka kepada pemimipin akan buruk jadinya....jika pemimpin itu tidak memudaratkan sekalian umat manusia yang dipimpinnya....adakah kita ini seorang insan yang terbaik seperti mana yang kita sangkakan....sipalah kita ini selagi kita digelar manusia kita tidak lari dari membuat kesilapan kerana kita ini manusia biasa dan bukannya para nabi para rasul serta malaikat atupun wali allah...dan dari situlah allah menciptakan syurga dan neraka.....dosa dan pahala...dan siapalah kita ini untuk menghukum seseorang itu kerana kita juga manusia biasa..yang berhak adalah allah yang maha kuasa...yang menjaga tujuh petala langit dan tujuh petala bumi....dan menciptakan sekalian alam semesta baik yang terdahulu dari kita dan selepas kita.....ini adalah rahsianya...hanya diatas kalimah asyhaduallah illah hailalah waasyhadu anna muhammadun rasullulah...dan janganlah kita mengagong agongkan diri kita serta pemimpin dan parti politik mana yang kita pilih...saya langsung tidak pernah mendaftar sebagai pengundi dan mana-mana parti politik kerana ianya ibarat daun lalang...mahu atau tidak mahu kita tetap akan bekerja siang dan malam untuk mencari rezeki yang halal...dan rezeki yang haram pun kena bekerja juga...oleh itu cerminkanlah diri kita ini sebelum kita menilaikan diri orang lain..merdekakan lah hati..jiwa..perasaan kita sendiri sebelum kita memerdekakan orang lain..pimpinlah diri kita terdahulu sebelum kita memimpin diri orang lain...kenalilah asal usul kejadian kita dialam ini sebelum kita mengkaji serta mengkritik diri orang lain...apakah tujuan kita dilahirkan di dunia yang fana ini?untuk apa dan sebagai apa?kenalilah sifat-sifat para-para nabi serta rasul kita terutamanya nabi junjungan kita nabi muhammad saw...tentang perilaku beliau terhadap umatnya yang dipimpin bersama para-para sahabatnya...

    ReplyDelete
  3. barulah kita boleh bergelar sebagai seorang pemimpin...ketahuilah wahai umat manusia..sebelum nabi adam as iaitu datok kepada semua umat di muka bumi ini dicipatakan...akan tetapi menagapakah nur muhammad serta namanya telah allah saw ciptakan dan meletakkan di atas kerusinya....carialh makna tentang penghidupan kita seluryh pelusuk umat dunia ini di dalam surah alfatihah...kerana didalamnya terkandung 1001 cerita serta makna bagi setiap sepotong ayat yang terkandung di dalam surah itu...apa yang saya kesal kenapakah kita orang melayu berugama islam tidak mahu bersatu bagi meminpin umat islam ke jalan yang benar dan jitu..dan mengapakah kita masih mengata diantara sesama bangsa dan agama kita sendiri...apakah akan jadi perjalanan hidup serta keturunan kita 20 tahun akan datang sekiranya kita tidak bersatu...memang tidak akan melayu hilang di dunia tatapi melayu akan merempat di bumi melayu..dimanakah hak-hak orang melayuu..dimanakah orang melayu kita yang sanggup menyuarakan tentang ketuhanan melayuuuuuu......................tidak ada siapa pun yang menyuarakannya...kerana bangsa melayu kita adalah bangsa yang tidak sedarkan diri...masih tidur..di buai mimpi...masih bermain dengan angan-angan kita sendiri duduk di kedai kopi bercerita pasal politik yang kiota tidak tahu dimana hujung dan dimana pangkalnya...bangunlah wahai melayu bersatu hatialah bangsa melayu demi...agama..bangsa..tanah air...dan janganlah kita tersedar bahawa bangsa melayu akan terpinggir suatu hari nantii...bagi bangsa-bangsa melayu yang kaya raya bangunlah celiklah mata membantu masyarakat melayu yang ingin bermula bertapak..bantulah jangan kita menyesal suatu hari nanti tentang bangsa melayu kita ini.....yang makin pupus tata serta susila...kerana bangsa melayu kita zaman ini boleh dibeli dengan wang dan ringgit....apa ada pada pangkat serta darjat...itu hanyalah gelaran semata-mata di dunia ini..di dalam kubur pun nanti malaikat tidak menyebut pangkat serta darjat dan keturunan apa yang dia tahu mengira amalan kita di dunia ini..tak betul terimalah balasan dan azab darinya..pada masa itu tiada suapan ataupun rasuah..hanya buku amalan kita sahaja yang akan di hisab....janaganlah kita terlampau mengagong agong akan seseorang itu lebih daripada menagong agongkan para-para nabi serta rasul terutamanya nabi muhammad penghulu segala nabi..kerana kita ini manusia biasa..tidak lari dari membuat kesilapan perbuatan tingkah laku kita...dan kita tiada hak untuk menghukum seseorang itu hanya allah saw sahaja yang berhak menghukum seseorang itu di atas setiap perbuatan yang dilakukan sama ada nampak atupun tidak...oleh itu selamatkanlah agama bangsa tanah air kita.......salam dan jangan tersinggung di atas teguran ini kerana ianya adalah umum kepada semuja uamt manusia yang beragama islam termasuklah diri saya sendiri...amin..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111