" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Friday, January 28, 2011

Tenang, ular dan darah sumpahan

Oleh: Shirzad Lifeboat

Seorang pensyarah anak kelahiran Tenang, Labis, juga peminat setia dan penyokong tegar UMNO melahirkan harapan bukan sahaja BN dapat kembali menguasai Dun tersebut tetapi turut membisikan hasrat hati agar pucuk pimpinan parti berkenaan menamakan anak tempatan bagi menggalas cabaran Pilihanraya Kecil Dun Tenang.

Dalam sebuah rencana yang disiarkan oleh sebuah akhbar arus perdana milik UMNO, pensyarah berkenaan menyebut bahawa sebagai anak jati Tenang, yang sudah lama melalui pelbagai pahit maungnya, dia tidak mahu melihat DUN Tenang ini terlepas ketenangannya kepada pembangkang.

Baginya, sekiranya Dun Tenang terlepas ke tangan parti lain maka ia adalah, “suatu hakikat yang boleh memalukan orang Melayu di Johor kerana darah UMNO sudah mengalir dan sebati dengan jasad orang Melayu di negeri ini.”

Tentulah sukar bagi membuat sesuatu pengelasan terhadap pensyarah yang membuat kenyataan umum sedemikian. Berdasar dari apa yang dikatakan itu, maka tidak keterlaluan jika dikatakan betapa, sebagaimana juga penganut tegar UMNO-BN lain, kenyataan umum seperti itu dibuat atas dasar syok sendiri.

Hakikat Johor diperintah oleh UMNO-BN sejak Merdeka tidak semesti boleh dijadikan bukti kononnya darah UMNO mengalir dan sebati dengan jasad orang Melayu Johor. Apa yang berlaku sebenarnya hanyalah UMNO-BN cuma bernasib baik di negeri Darul Takzim itu kerana parti oposisi utama seperti PAS tidak memberikan fokus jitu kepada negeri tersebut.

Andai kata PAS telah bertapak di Johor sejak Pilihanraya Umum Pertama lagi, tidak mustahil negeri itu kini sudah pernah dikuasai oleh PAS atau setidak-tidaknya menyaksikan ramai Ahli YB PAS dalam Dun Johor.

Namun sebagai sebuah parti yang menjunjung Islam, PAS tidak tamak kuasa nak bertanding di setiap kawasan Dun dan Parlimen di setiap negeri sebagaimana yang dilakukan oleh UMNO. Memadailah PAS bertanding di sebelah utara Semenanjung dan UMNO menguasai di kawasan tengah dan selatan tanah air.

Hari ini prinsip sama masih digunakan oleh PAS. Bezanya cuma kini PAS bertanding di kawasan bukan-tradisional parti disebabkan tidak sanggup melihat rakyat terabai. Dalam kata-kata pensyarah berkenaan itu sendiri, kalau 30 tahun dulu penduduk Felda (termasuk ayah pensyarah sendiri) terpaksa menunggang kapcai hantu untuk segala urusan dan ekonomi penduduk dalaman Labis, seperti penduduk Tenang membekalkan pengaliran ekonomi untuk kemakmuran dan keselesaan seluruh kawasan Parlimen Labis, maka keadaannya tidak banyak berubah pada alaf baru ini.

Maka ini bermakna, di sebalik mensebatikan darah UMNO ke dalam jasad orang Melayu, tidak banyak yang dilakukan oleh UMNO selaku kerajaan bagi memajukan baik penduduk Melayu ataupun bukan-Melayu di persekitaran Tenang mahupun lain-lain tempat di kawasan Parlimen Labis.

Justeru hanya satu sahaja yang dapat disimpulkan mengenai pemerhatian pensyarah ini – bahawa sesungguhnya setiap wakil rakyat, Ahli Dun dan Ahli Parlimen kawasan Parlimen Labis ini cukup sebati dengan perangai lama yang bertradisikan budaya UMNO-BN – bekerja keras dan bertunggu-bertangga di sesuatu tempat pada musim kempen pilihanraya tetapi batang hidung pun tak nampak selepas diberikan mandat oleh pengundi.

Hari ini hasrat pensyarah yang mungkin mewakili saki-baki segelintir penganut tegar UMNO-BN Johor tercapai apabila pucuk pimpinan parti kesayangannya menamakan seorang anak tempatan untuk menggalas cabaran pilihanraya kecil ini. Tapi apakah jaminan masyarakat Tenang akan menyaksikan satu anjakan baru dalam kehidupan mereka?

Kalau berdasarkan aksi Santa Claus pemimpin tertinggi UMNO-BN dalam secara tiba-tiba mengumumkan projek itu dan ini dan tidak semena-mena menjadi mesra penduduk dan bermurah hati dengan pelbagai ganjaran, maka permainan ini sudah terlalu kerap dan terlalu lama dimainkan.

Adakalanya permainan strategi kotor seperti ini membuahkan hasil untuk UMNO-BN. Tapi bagi pengundi terbabit ia ibarat terpaksa menggadaikan body akibat termakan budi. Apapun nak buat macam mana apabila body atau jasad sipengundi telah dipaliti darah UMNO-BN yang dikatakan telah begitu sebati itu.

Justeru akhirnya wal hasil balik asal. Anak tempatan atau anak luar daerah yang mewakili pengundi terus gagal membawa sebarang pembaharuan.

Kepada pensyarah yang cuba memainkan sentiman orang Melayu dan pengundi di Tenang menerusi tulisannya di akhbar berkenaan, sepatutnya beliau menyebatikan jiwa Islam ke dalam sanubarinya dan bukannya jiwa UMNO.

Jiwa Islam bererti mempraktikan semangat hijrah. Kalau dah tahu UMNO-BN gagal membawa kemajuan nyata kepada penduduk Tenang dan seolah-olah mempergunakan penduduk Dun tersebut untuk kesejahteraan ekonomi kawasan Parlimen Labis dan hal ini pula telah berlaku sejak azali, maka berhijrahlah sahaja kepada parti lain.

Apakah yang dapat dikatakan kepada manusia yang membiarkan diri mereka dibelit oleh ular yang sama setiap masa? Apakah kerana perkataan ‘serik’ tidak ada dalam kamus kesedaran politik mereka? Atau apakah ia akibat sumpahan darah UMNO-BN yang terus mengalir sebati dalam diri sehingga jika dipatuk sekalipun setelah dibelit mereka tetap memberikan sokongan?

Ingatlah bahawa Tuhan tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri mengorak langkah untuk mengubahnya. Suka atau tidak kehidupan kita banyak dipengaruhi oleh orang politik.

Untuk sekian lamanya pengundi Tenang telah memberikan peluang kepada UMNO-BN untuk membantu mengubah nasib mereka tapi tak banyak yang berubah. Maka sudah tiba masanya mengorak langkah melakukan perubahan dengan memilih dan memberikan kepercayaan kepada PAS-Pakatan Rakyat.

Benar, jika PAS menang tak mungkin banyak perubahan dapat dilakukan dengan serta merta di sebuah kawasan Parlimen UMNO-BN. Tetapi itu hanyalah untuk sementara waktu. Namun setidak-tidaknya satu usaha ke arah penghijrahan telah dilakukan dan ia pasti mengorak langkah baru bagi rakyat Johor yang dianggap telah tersumpah berdarahkan UMNO.

Akan tiba masanya apabila Darul Takzim juga akan berjaya dikuasai PAS-Pakatan Rakyat. Masa tersebut mungkin tidak lama lagi.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111