" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Friday, January 28, 2011

Toleransi agama, MCA jahil kerana Umno bangang

Oleh: Mat Zain Mat Isa

Para pemimpin Umno sekali lagi membuat pertimbangan yang tidak kena dengan tuntutan agama. Ia cuba mengalih perhatian daripada isu sebenar yang membelenggu parti itu apabila cuba menggambarkan kononnya PAS “menjual beli” agama demi meraih sokongan politik.

Selaku rakan kongsi MCA dalam komponen Barisan Nasional (BN), Umno sepatutnya mengutamakan usaha meredakan kemarahan masyarakat terbanyak terhadap kebiadaban para pemimpin parti kaum Cina itu yang nampaknya berterusan membangkitkan isu-isu sensitif berkaitan Islam.

Dalam keadaan pemimpin MCA semakin sukar menunjukkan sikap bertoleransi, terutama terhadap ajaran dan amalan peribadatan masyarakat Islam kebelakangan ini, Umno selayaknya mengambil tindakan lebih bertanggungjawab mengajar rakannya itu.

Justeru, ini bukan masa terbaik untuk parti Melayu itu terus membuai perasaan rakyat dengan sentimen kepolitikan. Amat tidak kena dalam kehangatan isu sedemikian, tiba-tiba Umno buat-buat terlepas pandang ke arah tindak-tanduk tidak sopan oleh rakannya itu.

Umno juga tidak sayugia masih selesa melontarkan serangan terhadap PAS selaku parti yang diketahui sentiasa berjuang mempertahankan kesucian Islam.

Namun itulah yang jelas tergambar dari kenyataan dan tindakan mereka, terutama dalam keghairahan menjayakan kempen Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Tenang yang sedang rancak berlangsung kini.

“Bila datang saja pilihan raya ia menjadi satu medan untuk orang menabur fitnah dan membangkitkan isu sensitif agama,” media pada Isnin (24 Januari) memetik kata Dato’ Seri Jamil Khir Baharom.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu dilaporkan menyeru semua parti terlibat dalam kempen pilihanraya kecil itu agar menghindarkan daripada “memperdagangkan agama Islam” dengan menimbulkan isu-isu sensitif yang boleh memecah belahkan rakyat.

Tidak sukar dimengertikan bahawa komen itu secara khusus ditujukan kepada PAS, selaku parti yang secara rasmi mewakili Pakatan Rakyat mencabar BN-Umno di Tenang. Walau pun menteri berkenaan membayangkannya sebagai teguran kepada semua parti, mana mungkin seorang pemimpin Umno berani menerjah partinya sendiri?

Itulah yang mendukacitakan kita. Selaku menteri bertanggungjawab terhadap hal ehwal agama Islam, Jamil Khir sepatutnya tidak cuba menutup isu sebenar berkaitan sensitiviti agama. Apatah lagi pihak yang nampaknya paling sukar menghayati toleransi beragama kebelakangan ini bukannya PAS, tetapi parti-parti rakan Umno sendiri, khususnya MCA.

Sedari awal bermulanya kempen di Tenang, kita dikejutkan antara lainnya dengan isu salam. Calon PAS, Cikgu Normala Sudirman, disifatkan tidak mesra rakyat apabila enggan menyambut salam kaum lelaki Cina sewaktu berkempen.

Isu itu sememangnya menyentuh sensitiviti agama. Apatah lagi ia dicetuskan pemimpin utama BN disertai ungkapan berbaur sentimen keagamaan.

Memang itu pun penilaian paling tepat terhadap kenyataan Presiden MCA, Dato’ Seri Chua Soi Lek. Beliau bukan sahaja cuba merendahkan perwatakan calon PAS, tetapi turut mencabar sensitiviti hukum-hakam dan pantang larang Islam.

Apatah lagi sekiranya serangan terbaru pemimpin yang terpalit dengan isu moral itu tidak dilihat secara terpisah dengan beberapa kenyataan biadabnya sebelum ini. Bagaikan dirasuk sentimen kebencian yang sukar dikawal terhadap PAS, Soi Lek minggu lalu secara terbuka cuba menakut-nakutkan masyarakat Cina dengan berbagai gambaran negatif mengenai cita-cita PAS menubuhkan negara Islam. .

Di atas sentimen negatif itu juga, beliau sebelum ini pernah meluahkan kekecewaan terhadap Umno yang disifatkannya terikut-ikut dengan perjuangan PAS. Beliau mendedahkan amat tidak senang apabila Umno terpaksa mempamerkan sikap bersungguh memartabatkan Islam semata-mata demi berdepan PAS meraih sokongan orang Melayu.

Jangan lupa pemimpin MCA itu juga bukan membataskan kebenciannya hanya terhadap PAS. Dirasuk sentimen itu, beliau ada kalanya terlajak sampai menyentuh sensitiviti Islam. Bukankah Soi Lek juga pernah mengaitkan kemunduran negara-negara majoriti umat Islam dengan ajaran agama anutan mereka?

Malangnya sehingga kini kita tidak didedahkan dengan sebarang bantahan atau pun teguran lantang oleh mana-mana pemimpin Umno. Barangkali mereka sekali lagi terlepas pandang keceluparan teman serumah mereka dalam BN itu.

Boleh jadi juga mereka mengambil pendirian menegur secara rahsia, sepertimana prinsip dipegang para ulama muda Umno baru-baru ini. Kononnya itulah uslub dicontohi daripada tindakan para sahabat di zaman pemerintahan Saidina Othman Affan dulu.

Apakah ciri-ciri pemerintahan kini layak disamakan dengan Khulafa ur-Rasyidin? Penilaian bangang kalangan agama Umno itu sebenarnya turut menjadi penyumbang utama mengapa parti-parti bukan Islam BN masih gagal memahami Islam.

Kejahilan mereka turut terserlah dalam isu laungan azan di ibu negara baru-baru ini. Amat tidak logik bukan, bagaimana seorang Cina Malaysia tidak dapat membezakan antara seruan azan dengan ceramah agama?

Ya, lebih tidak logik ialah bagaimana para pemimpin MCA sebegitu dangkal pengetahuan tentang Islam, walau pun sudah lebih separuh abad berkongsi parti dengan Umno. Tidak syak lagi, Umno perlu bertanggungjawab atas kebiadaban MCA!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111