" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Wednesday, March 9, 2011

Satu petang bersama MB Selangor

Oleh ROZAID A. RAHMAN

PADA 28 Februari lalu, penulis bersama ramai lagi editor atau pengarang akhbar, blog serta organ rasmi parti telah menerima jemputan untuk minum petang bersama Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim di sebuah hotel di Subang Jaya.

Waktunya jam 4 petang tetapi penulis keluar awal dari pejabat untuk elak kesesakan trafik. Penulis membuat keputusan yang betul kerana nampaknya ada yang terlewat tiba kerana kesesakan lalu lintas di lebuh raya persekutuan termasuklah MB sendiri.

Namun begitu, kelewatan tersebut boleh dimaafkan kerana pertemuan dan majlis yang berlangsung dalam suasana ‘tertutup’ itu telah memberi manfaat yang berguna bukan sahaja kepada MB dan pejabatnya untuk memahami dan mengeratkan lagi hubungan dengan para editor media tetapi juga kerana pada kebanyakan masa kami semua terhibur oleh sikap beliau yang bersahaja dan berterus terang dalam menjawab pelbagai soalan yang kami ajukan.

Soalan dan persoalan yang dibangkitkan itu termasuklah yang bersifat keras, diplomatik, langsung, tidak langsung dan berterus terang. Malah beliau turut ‘diasak’ oleh pertanyaan yang sukar untuk dijawab daripada wakil organ rasmi sebuah parti gabungan Pakatan Rakyat sendiri. Kepada pertanyaan tersebut, Tan Sri Khalid tidak cuba berselindung sebaliknya cuba menjawabnya secara terbuka dan berterus terang.

Cuma apa yang menyedihkan sedikit ialah, terdapat kerusi kosong di tempat yang disediakan untuk Harakah dan Suara Keadilan. Kenapa dua organ rasmi parti ini tidak menghantarkan wakil bukanlah urusan penulis untuk mengoreknya tetapi hakikat bahawa kerusi mereka telah pun dilabelkan dengan tanda nama organisasi menunjukkan mereka memberikan jawapan rasmi untuk hadir. Ini kerana semua jemputan diminta pengesahan kehadiran bagi urusan susunan tempat duduk.

Selain mStar yang diletakkan untuk duduk bersebelahan dengan MB, lain-lain organisasi media dan blog yang turut hadir pada majlis minum petang itu ialah dari Berita Harian, The Sun, Malaysiakini, Nanyang Siang Pau, Oriental Daily, TV Selangor, Selangorkini, blog Free Malaysia Today, Selangor Times, Sinar Harian, The Rocket iaitu organ rasmi DAP dan beberapa media lain lagi. Penulis tidak nampak wakil dari Utusan Malaysia.

Majlis tersebut bermula dengan Setiausaha Akhbar MB, Arfa’eza Aziz memperkenalkan setiap seorang daripada wakil media kepada MB. Kemudian beliau mempersilakan Tan Sri Khalid untuk berucap. Pada sepuluh minit yang pertama beliau kelihatan agak formal tetapi itu dapat difahami kerana sebahagian besar wajah yang hadir di hadapan beliau adalah wajah-wajah yang asing melainkan dua tiga orang editor yang pernah beliau kenali sejak dari era PNB lagi.

Kemudian beliau semakin selesa dan relaks. Beliau banyak menyentuh tentang agenda Selangor Untuk Rakyat atau ringkasnya ARUS yang merupakan pelan tindakan tiga tahun bermula dari 2011 hingga 2013. Sebahagian besar daripada kandungan ARUS adalah embargo (tidak boleh disiarkan) sehingga pelancaran rasminya yang dijadualkan pada 25 Mac nanti.

Namun begitu, rasanya tidak salah jika beberapa perkara dan isu yang dibincangkan, yang ditanyakan, yang dipersoalkan dan dibentangkan pada sesi minum petang bersama MB itu ditulis untuk makluman dan pengetahuan ramai. Misalnya orang tidak tahu, dalam seminggu MB perlu menandatangani antara 600-900 fail untuk kelulusan.

Tentang pilihan raya umum...

Apabila ditanya pendiriannya apakah Kerajaan Negeri Selangor akan turut membubarkan Dewan Undangan Negeri serentak dengan pembubaran Parlimen sepertimana amalan-amalan terdahulu, MB secara terbuka berkata, jika ia berlaku sebelum Mac 2012, Selangor tidak akan ikut serta. Sebaliknya jika parlimen dibubarkan selepas Mac 2012, ya, Selangor akan turut membubarkan Dewan Undangan Negeri. Prinsipnya ialah, penggal ini mesti sekurang-kurangnya melepasi tempoh empat tahun dari tarikh pilihan raya yang lalu iaitu pada Mac 2008.

Tentang peluang mempertahankan...

Khalid telah menyatakan pandangannya secara terus terang tanpa berselindung atau memberi jawapan politik. Malah beliau menyebut berapa peratuskah kemampuan kerajaan PR Selangor mempertahankan kerajaan negeri. Kerana menghormati sikapnya yang terbuka dan berlaku jujur itu biarlah ia menjadi rahsia antara kami dan beliau sahaja.

Namun beliau tidak menafikan masyarakat Melayu dan India telah kembali ke pangkuan Barisan Nasional (BN) dan faktor ini merupakan satu cabaran berat yang harus diatasi dan didepani oleh pentadbirannya dan juga gabungan parti-parti di bawah bendera PR. Mungkin katanya Pakatan perlu memberi fokus kepada pengundi Melayu yang berkecuali dan berdiri di atas pagar.

Tentang lambat membuat keputusan...

“Jika ada yang merungut demikian, minta mereka datang bertemu saya. Dalam banyak kes, pemaju atau usahawan yang merungut demikian adalah mereka yang tidak mematuhi pra syarat yang diberikan oleh kerajaan negeri. “Misalnya saya pernah menyekat satu projek kerana pemaju itu sangat liat atau enggan mengutamakan pembinaan rumah kos rendah. Saya kata, awak lunaskan janji awak untuk buat rumah kos rendah dahulu, lepas itu saya akan lepaskan projek awak.”Lain-lain urusan yang melibatkan kepentingan awam, kata Khalid, biar lambat asalkan wang rakyat selamat. Ini katanya, adalah sebahagian daripada budaya. Budaya memerlukan masa untuk diterapkan. Akhirnya rakyat akan faham, jelas beliau.

Tentang melahirkan rakyat yang berdikari...

Beliau bercakap dengan penuh semangat tentang apa yang beliau istilahkan “owner operator” iaitu melahir dan membina usahawan yang membuat sendiri kontrak atau kerja yang dianugerahkan kepada mereka.

“Misalnya kita mahu mereka menghabiskan masa 35-40 jam seminggu di tempat projek atau ke atas projek yang mereka usahakan. Kita mahu mereka sendiri usahakan supaya mereka menjadi operator dalam ertikata yang sebenarnya.

“Jika mereka bersungguh-sungguh mereka boleh memperolehi keuntungan bersih RM3,500 sebulan. Ini akan mewujudkan pekerjaan, peluang dan peningkatan diri,” kata MB.

Tentang reformasi tanah...

Menurut Khalid, seluruh data bank tanah di Pejabat Tanah negeri akan melalui proses transformasi digital menjelang Jun ini. Menjelang hujung tahun seluruh daerah akan melalui proses yang sama. Dengan itu akses untuk memperolehi maklumat mengenai hak milik tanah akan menjadi lebih mudah, cepat dan teratur.

Tentang hubungannya dengan anggota Exco...

“Saya pernah mengurus tidak kurang 35,000 pekerja pada satu-satu masa ketika di dalam dunia korporat dahulu. Semua anggota Exco adalah kawan-kawan saya. Tetapi sebagai pengurus, apabila sesuatu perkara itu tidak boleh buat saya cakap tidak bolehlah. Saya tak tau main politik tetapi lain-lain hadapi kesukaran kerana mereka adalah ahli politik...” katanya sambil ketawa.

Jelas Khalid, bukan semua exco ada pengalaman mentadbir tapi pada masa yang sama mereka semua mempunyai latar belakang yang bagus.

“Saya terpaksa belajar untuk hidup bersama-sama mereka (ahli-ahli politik ini),” kata Khalid dalam nada suaranya yang kadang kala bergetar-getar. Ya kami faham apa maksud YAB...M/Star

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111