" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Friday, April 15, 2011

10 artis terkenal mahu ikut Bob Lokman

Oleh Aziz Muda

Kira-kira 10 lagi artis terkenal kini turut tertarik dan ingin mengikuti jejak langkah pelakon dan penulis lirik Bob Lokman menjalani hidup yang lebih baik dan menyokong perjuangan Islam dan politik yang dibawa PAS.

Artis-artis tersebut termasuk lelaki dan wanita dan termasuk yang terkenal dalam genre nyanyian, lawak, lahir dari Akademi Fantasia dan dari kategori pengarah.

Pelakon Bob Lokman ketika mendedahkan perkara itu menegaskan, mereka sekarang sememangnya sudah bersedia untuk mengikuti jejak langkahnya dan sedang berusaha memperdalami ajaran Islam menerusi kelas pengajian Islam yang diusahakan bersama rakan-rakannnya.

Menurut beliau, selain mengikuti kelas-kelas agama, artis-artis itu juga kini sudah seringkali mengikuti pengajian agama daripada tokoh-tokoh agama tanah air di beberapa buah masjid.

Katanya, selain mahu turut berubah kepada kehidupan lebih Islamik, artis-artis itu juga mahu turut berminat untuk terlibat dengan perjuangan Islam yang dibawa PAS.

"Bagaimanapun, mereka masih belum bersedia untuk mendedahkannya kepada masyarakat buat masa ini kerana mahu menunggu masa yang sesuai untuk berbuat demikian.

"Mereka mahu mengikuti jejak langkah saya kerana tertarik dengan perjalanan hidup saya sekarang. Hasrat mereka itu telah dinyatakan sendiri oleh mereka kepada saya baru-baru ini secara jujur," katanya ketika menyampaikan tazkirah di pejabat Harakah, di sini, hari ini.

Di samping mengakui tertarik dengan perjalanan hidup beliau sekarang, artis-artis itu juga turut berminat untuk mendapatkan kekuatan jiwa.

Sambil menyebut satu persatu nama-nama artis tersebut, beliau menegaskan, untuk membolehkan seseorang artis itu meninggalkan dunia glamour seperti yang dilakukan oleh beliau sekarang bukanlah sesuatu yang mudah.

"Selain memerlukan pengetahuan agama yang mendalam dari sudut fekah, seseorang itu juga amat perlu mengamalkan tarikat yang muktabar bagi mendapatkan kekuatan jiwa agar tidak mudah goyah apabila ditimpa pelbagai ujian," katanya.

Beliau juga secara jujur mengakui, rezekinya sekarang tidak pernah berkurangan sejak meninggalkan dunia glamour, malah makin bertambah apabila sering menerima pelbagai undangan dari pelbagai pihak untuk mengadakan ceramah.

Malah, dalam masa terdekat, walaupun telah meninggalkan dunia glamournya, beliau juga masih menerima tawaran berlakon dari beberapa buah syarikat dengan bayaran puluhan ribu ringgit.

Sebahagiannya terpaksa ditolak kerana ia tidak selari dengan perjalanan hidupnya sekarang yang bukan lagi menjalani hidup untuk keseronokan, tetapi untuk mengabdikan diri kepada Allah dalam erti kata yang sebenarnya.

"Jangan takut untuk berubah menjalani kehidupan yang lebih baik, rezeki kita tak akan berkurangan, malah bertambah. Jangan juga kata bila kita dah memilih untuk menjadi lebih baik tak akan ada tawaran berlakon lagi. Sebaliknya tawaran itu datang mencurah-curah.

"Malah saya sendiri pula yang terpaksa menolaknya (kerana tidak sesuai)," jelas beliau sambil mengakui tidak mengalami sebarang tekanan dari sebarang pihak ekoran perubahan hidupnya sekarang.H/Daily

1 comment:

  1. Apa nak heran 10 artis nak ikut bob Lokman? Nak terus angkat jadi idola?

    Saya cuma hairan dgn kebanyakan artis yg suka berkemban & terdedah hampir melondehkan puting tanpa punya rasa takut dgn yg Maha Pencipta. Lupakah mereka siapa kita?

    Hairan saya kerana mereka tu semuanya muslim mnegaku islam. Kalau kita kata kapiaq depa marah.

    Jadi apa heranya kalau org tak kira siapalah artis ke Chin peng ke kalu nak kembali kpd Allah itu adalah fitrah kita sbgai manusia.
    Kewajipan kita sebagai hamba Allah adalah untuk taat. Fullstop. Tidak ada sbb manusia & jin di jadikan Allah adalah semata2 utk taat kpdNya!!!

    Tak ke kita hairan bila pndang langit yg terbentang luas tanpa tiang yg menyokong? Yg ni dpn mata tak pulak kita dpt merasakan kehebatan kebesaran bahkan kehadiran Nya.

    Tak ke kita hairan dgn kebesaran Allah? Kalau kita dpt menghayati betapa kebesaran kekuasaan Allah yg sebegini hebat kenapa nak hairan dgn artis2 tuh? Ada yg bergelumang dgn najis dadah, berperangai tak senonoh. Memang patut pun mereka kembali menghayati & mengikut Bb Lokman yg dah dapat hidayah. Kalu tak kembali kpd ajaran Allah nak kembali kemana atas dunia ni?

    Bersyukur sajalah bila saudara2 kita yg berusaha utk kembali taat kpdNya.

    Catatlah peristiwa or berita yg lebih berfaedah menambahkan pengetahuan umat.

    Bila bab artis je nak jadi tajuk besar. Hampeh. Mcmlah artis yg bagi kita rezqi.

    Tak gitu opahnya?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111