" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Friday, April 15, 2011

Ceramah Nik Aziz, Anwar dan Guan Eng dibanjiri 10,000 rakyat Sarawak!

Oleh Wan Nordin

BATU KAWA : Boleh dikatakan sejarah berlaku dalam pilihan raya di Sarawak dimana kira-kira 10,000 penyokong membanjiri perkarangan sebuah restoran dekat Jambatan Batu Kawa bagi menyambut dan mendengar ceramah umum membabitkan tiga pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat 10 April lalu.

Tiga pimpinan itu ialah, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat; Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng bersama calon Dun Batu Kawa, Christina Chew.

Sejak jam 7 malam lagi, jalan Kuching-Batu Kawa sesak teruk, umpama ada 'konsert besar' membabitkan artis ternama seperti Siti Nurhaliza Tarudin.

Kehadiran 10,000 penyokong nyata bukan satu perkara biasa di sini, seperti kata Guan Eng, Tuan Guru Nik Aziz dan Anwar dalam ceramah mereka.

Mereka yakin, kali ini rakyat akan menyatakan perubahan untuk tidak lagi memangkah dan memberi kepercayaan kepada sebuah rejim yang korup yang berpuluh tahun lamanya menindas rakyat.

Kehadiran Nik Aziz selaku 'tokoh agamawan' nyata mengundang sambutan hangat di kalangan masyarakat Cina Sarawak, ramai yang mahu menghampirinya, mahu mendapatkan tandatangannya.

Ramai juga yang menjerit, "hidup Tok Guru' dan apabila sahaja beliau menaiki pentas, seluruh hadiri bersorak, dan bertepuk tangan.Aura Tok Guru bukan sahaja memukau masyarakat Melayu-Islam, malah Cina, Iban dan sebagainya di Sarawak.

Seorang rakan media menyatakan, jika begini sambutan yang dipamerkan masyarakat Sarawak, beliau yakin akan berlaku kejutan.

Ceramah Tok Guru, walaupun tidak sampai lima minit, namun sempat beliau mengutarakan soal keadilan dalam Islam, malah beliau menyeru pengundi memberikan undi kepada Pakatan Rakyat.

"Kalau di situ DAP bertanding, kita berikan undi kepada DAP, kalau di situ PAS bertanding, kita berikan undi kepada PAS, dan jika di situ PKR bertanding, kita berikan kepada calon kita PKR, kita semua dalam Pakatan Rakyat," katanya.

Di awal ceramahnya, Tok Guru seperti biasa tidak kekok untuk menyampaikan tazkirahnya walaupun dihadapan penyokong bukan Islam.Tazkirahnya kali ini menceritakan soal kejadian manusia, pelbagai kaum dan agama, namun Islam sendiri katanya tidak menindas mana-mana pengikut agama lain.

Menyentuh isu rasuah, beliau berkata Islam menolak rasuah, namun hari ini ramai dikalangan Melayu-Islam yang ditahan termasuk pekerja Kastam.

'Kenapan mereka rasuah, sebab mereka bukan ambil Islam, mereka ini ambil nasionalisme (dasar Umno-BN)," katanya.

Terdahulu, Anwar dalam ceramahnya menyeru agar rakyat Sarawak melakarkan perubahan bagi menumbangkan kerajaan yang telah lama mengamalkan dasar kronisme, mengaut kekayaan melampau dan tidak memberikan hak kepada rakyat.

Dalam isu tanah contohnya, rakyat tidak mendapat pembelaan langsung, malah rampasan tanah kerap berlaku, kata beliau.

"Kita kena ubah, agar rakyat mendapat pembelaan," ujarnya.

Sementara itu, Guan Eng pula dengan sinis mahu rakyat berjaga-jaga dengan 'buaya kaki dua' (pemimpin BN di Sarawak) yang mengaut kekayaan Sarawak tetapi rakyat semakin miskin.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111