" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Monday, April 18, 2011

Gajah sesat 'naik minyak'


ROMPIN – Sekumpulan enam gajah liar dari Hutan Sementok, Kedaik, dipercayai sesat selama tiga hari di kebun sawit Orang Asli Kedaik Asal di sini, menyebabkan tanaman sawit yang baru diusahakan penduduk kampung itu musnah teruk.

Pemilik kebun, Amran Boji, 42, dilaporkan mengalami kerugian ribuan ringgit selepas kebunnya diceroboh gajah liar mengakibatkan tanaman sawitnya musnah termasuk anak pokok yang baru ditanam dua minggu lalu.

Kumpulan gajah itu dipercayai tersesat ketika keluar mencari makanan pagi Jumaat lalu menyebabkan ia menjadikan anak pokok sawit di situ sebagai makanan.

Kehadiran kawanan gajah itu bukan sahaja menyebabkan tanaman musnah malah membimbangkan penduduk apatah lagi apabila ada yang mendakwa dikejar haiwan terbabit ketika melalui kawasan kebun berkenaan.

Penduduk yang meminta bantuan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) bagaimanapun kecewa apabila pihak berkenaan dikatakan gagal mengusir binatang itu dengan segera.

Seorang penduduk, Ramli Ason, 48, berkata, dia menyedari kehadiran gajah itu pada jam 4 petang Jumaat lalu ketika pergi ke kebunnya untuk melakukan kerja-kerja pembersihan kebun.

Katanya, dia terkejut apabila melihat sekumpulan enam gajah sedang melanyak tanaman sawit di kebun berhampiran.

Seorang lagi penduduk, Mohd Nasir Harun, 40, berkata, petang Jumaat lalu, dia hampir menjadi korban apabila seekor gajah mengejarnya ketika dia keluar menoreh getah.

Bagaimanapun Mohd Nasir yang hanya berada lima meter dari tempat gajah itu bernasib baik apabila dia sempat melarikan diri ke semak berdekatan sebelum keluar dari situ.SH.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111