" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Tuesday, April 19, 2011

Skuad Hobin Jang Hobin gagal cari sentuhan kemenangan


SKUAD Hobin Jang Hobin masih gagal mencari sentuhan kemenangan dalam saingan Liga Super musim ini, walaupun sudah beraksi dalam lima perlawanan di bawah Ketua Jurulatih baru, Mohd Azraai Khor Abdullah.

Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS), Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, Skuad Rusa mempunyai ramai pemain berbakat dan berpengalaman, namun prestasi pasukan tidak seperti diharapkan.

“Saya akan memanggil beberapa pemain senior dan junior untuk mengetahui apa yang sebenarnya berlaku dalam pasukan.

“Boleh jadi ada sesuatu yang tidak kena sesama mereka tetapi saya tidak pasti apa puncanya,” katanya pada sidang media selepas melancarkan Program Pembangunan Bola Sepak Yayasan Negeri Sembilan dengan kerjasama PBNS dan Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan di Kompleks Sukan Paroi di sini, semalam.

Menurut beliau, keputusan perlawanan Liga Super sejak akhir-akhir ini tidak menggambarkan potensi sebenar pasukan di atas kertas.

Kata Mohamad, ramai peminat menganggap PBNS tersilap langkah apabila mengambil muka baru dan melepaskan pemain lama yang tamat kontrak.

“Kita mengambil bakat baru atas dasar rekod mereka yang lebih baik daripada pemain lama.

“Selain itu, ada juga pemain lama yang tidak mahu menyambung kontrak walaupun PBNS masih berminat mengekalkan khidmat mereka,” katanya.

Bagaimanapun, tidak mustahil pasukan Negeri Sembilan akan bangkit semula dan semua pemain diminta memperbaiki prestasi dalam semua perlawanan akan datang.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111