" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Tuesday, April 19, 2011

Polis tangkap segera Dato' T, apa tunggu lagi..

Harap polis berkas segera Eskay yang mengaku bertanggungjawab

Ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah berkata beliau yang bertanggungjawab mempertontonkan video seks yang menayangkan lelaki yang didakwa melanggan pelacur asing mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau memberitahu, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari agung Perkasa Datuk Shuiab Lazim tidak terlibat dalam keputusannya mempertontonkan kepada wakil media terpilih 21 Mac lalu.

“Saya bertanggungjawab dan memikul tanggungjawab penuh (ke atas tindakan) mempertontonkan (rakaman video seks).
Mengapa saya memilih untuk menayangkan? Saya akan jelaskan di mahkamah," katanya.

Rakaman 21 minit itu dipertontonkan oleh “Datuk T” pada 21 Mac lalu, dan dua hari kemudian Shazryl dan Abdul Rahim bersama Shuiab mengaku bertanggungjawab atas pendedahan video itu.

Laporan media semalam memetik Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata siasatan rakaman video aksi seks itu mengikut Akta Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengedar bahan lucah telah siap.

Acryl berkata, laporan lengkap siasatan itu akan diserah kepada Pejabat Peguam Negara pada bila-bila masa dari sekarang untuk tindakan selanjutnya.

“Bagi pihak kami (polis), siasatan telah lengkap dari setiap sudut menjurus kepada Seksyen 292 Akta Kanun Keseksaan (kerana kesalahan mengedar bahan lucah),” kata beliau.

Oleh itu kata beliau, terpulang kepada Peguam Negara untuk mengambil sebarang tindakan susulan terhadap kes ini dan sekiranya ada mana-mana perkara yang perlu disiasat semula atas arahan Peguam Negara, “kita akan siasatlah.”

Shazryl juga berkata, suruhanjaya diraja bagi menyiasat klip video seks juga diperlukan memandangkan pelaku aksi seks belum dikenal pasti.

“Kami akan lihat dahulu apa yang polis hendak katakan. Kami hendak tahu siapa pelakunya. Kami mahu polis mengenal pasti dan mengesahkan pelaku dan kemudian kami akan memutuskan apa yang kami hendak lalukan.

“Ia bergantung... saya akan biarkan kepada publik untuk putuskan jika mereka mahukan suruhanjaya diraja atau tidak. Ia adalah kepentingan awam,” katanya.

Nampak gaya, dia pulak lebih kuah dari sudu.. mengarahkan polis.. meminta orang ramai tentukan keputusan. Polis kata jam Omega tu tak penting, dia pulak kata penting dalam kes itu. Haru dah mamat ni.

Dipetik daripada Anuar Hashim
SHarian

1 comment:

  1. Tak boleh Bro... tak boleh tangkap ikut undang2... lu bukan tak tau kat m'sia kena tunggui wahyu dari kepala2 syaitan dan iblis baru boleh bertindak... kalau tak masauk gua bro... kena tukar 24 jam kat ulu berang nanti... kat m'sia undang2 bole buang dalam longkang...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111