Maka terus kekalkah, Tan Sri Abdul Taib Mahmud sebagai Ketua Menteri Sarawak setelah dengan pantas beliau mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sarawak, sebaik diumum BN menang.
Desas-desus pengundurannya menjadi noktah.
Desas-desus pengundurannya menjadi noktah.
Maka Tipahpun Tertipu lagi...
Tercatatlah sekurang-kurangnya dalam buku Guinness Book of Malaysian Record, Taib adalah Ketua Menteri terlama dalam sejarah negara.

Hanya 45 minit selepas BN Sarawak diumumkan memperoleh majoriti dua pertiga kerusi DUN (pada kira-kira 9.45 malam), Taib terus mengatur majlis mengangkat sumpah.
Sekaligus menamatkan isu pengundurannya.
Taib, 75, menyandang jawatan itu sejak 1981 dan genap 30 tahun 26 Mac lepas.
Beliau mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng.
Majlis angkat sumpah dengan pantas ini mengejutkan ramai, kerana kedudukan Taib sebagai Ketua Menteri telah menjadi isu besar pada pilihanraya ini. Selain itu juga Najib juga kerapkali menyebut mengenai isu peralihan kuasa Ketua Menteri daripada Taib.
Lantaran itulah, DS Anwar Ibrahim telah menggesa agar diumumkan tarikh pengunduran Taib dan nama pengantinya. Namun hal itu didiamkan oleh Najib. Maka apa yang dilakukan Taib nampak tiada terhalang.

Ketua Penerangan Pas Pulau Pinang Zulkiply Ishak berkata, Najib telah dimainkan oleh Taib dengan mengangkat sumpah lebih awal sebelum Najib mengumumkannya.
Kesimpulannya, kata beliau Taib berjaya mempermainkan sentimen rakyat Sarawak yang tidak mahukan beliau (Taib) lagi, selain merencatkan rancangan Najib dan kesemua pemimpin BN.
No comments:
Post a Comment