" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Monday, April 18, 2011

Tiada sedikit pun rasa kalah di Muara Tuang!


Tidak (sik ada, kata orang Sarawak) rasa sedikit pun kecewa di Muara Tuang, malah saya rasa cukup-cukup gembira, dan bersyukur ke hadrat Allah SWT dengan keputusan pilihanraya negeri Sarawak di DUN Muara Tuang.

(Gambar - Empat pahlawan Iban yang membawa kami menjelajahi 7 buah rumah panjang Sli (3 dari kiri), Langgi (4 dari kiri) Munan (tengah antara saya dan Ariffin) dan Emppawi (bertopi menunjukkan isyarat bagus sambali duduk dihadapan)

1. Apa tidaknya! Seluruh kontingen PAS Terengganu kira-kira 100 orang yang bertugas sejak hari pertama kempen pada 6hb April, telah berjaya meningkatkan 100% undi kepada PAS dan Pakatan Rakyat berbanding keputusan pilihanraya sebelum ini. Dalam pilihanraya negeri sarawak ke-9 tahun 2006, calon PKR mendapat 1,536 undi, kali ini calon PAS menokok sehingga 3,196

2. Muara Tuang adalah 'lubuk BN'. Undi pos tentera dan lain-lain sahaja sudah berjumlah 3,734. Cengkaman calon PBB Ali Mahmud adalah juga cengkaman abangnya Taib Mahmud. Tidak kelihatan pun para petugas PBB berkempen, kerana Ali menguasai segala-galanya. sosial, ekonomi dan politik. Dari lembaga-lembaga masyarakat sehingga kepada pengankutan feri dan bas sekolah, semuanya dalam tangan Ali.

3. Walaupun diugut dan nyawanya diancam, calon PAS Noraniani Hamzah terus membawa amanah parrti untuk meningkatkan syiar Islam di Kota Samarahan. Siapalah Kak Ani berbanding dengan Ali Taib! Saya amat kagum dengan dengan kekentalan calon Kak Ani yang tidak mengalah!. Dengan bantuannya saya bersama jentera PAS Terengganu, baik muslimin dan muslimin telah dapat mejelajah ke semua peti-peti undi yang telah diamanahkan kepada PAS negeri Terengganu.

3. Dari peti undi Melayu di Merdang, menaiki perahu ke Pulau Binyu, sehinggalah ke kawasan Dayak Bidayuh di Peti Undi Quop, membawa kepada tujuh rumah panjang di peti undi Semarang dan kampung Iban yang jauh di pedalaman, Seganam; semuanya saya jejaki bersama petugas PAS yang turut bersemangat. Tidak lain tujuannya mahu memperkenalkan PAS kepada rakyat Sarawak.

4. Saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada Abadulrahman di Kampung Bukit Berangan, Andrew dan Pak Ghali di Kampung Sebayor, Munan anak Sigan, Empawi anak Adang, Langgi dan Sli dari Kampung Merang Baru dan Merang Lama yang banyak membantu meningkat kefahaman rakyat dan kebencian terhadap kemungkaran Taib Mahmud. Saya mendoakan mereka akan terus istiqamah dalam perjuangan!

5. Saya juga mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua pimpinan PAS, baik peringkat negeri dan Pusat, para petugas PAS, penyokong dan pendokong dan semua pihak yang telah memberikan sumbangan, masa, tenaga dan wang ringgit dalam menghadapi BN dalam pilihanraya negeri Sarawak. Khususnya buat mereka dari DUN Chukai, Negeri Terengganu dan Malaysia amnya.

6. Segala usaha yang telah kita lakukan teah membuka lembaran baru dalam senario dan lanskap politik negara; SARAWAK BUKAN LAGI DEPOSIT TETAP BN!.

catatan : hj Hanafiah Mat

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111