Awang Selamat: BN jangan ‘terlalu pemurah’ layan masyarakat Cina
Akhbar milik Umno, parti teras Barisan Nasional (BN), hari ini menggesa perikatan itu supaya tidak terlalu “pemurah” dalam melayan kedudukan masyarakat Cina dalam Kabinet negeri yang bakal dibentuk ekoran keputusan pilihan raya Sarawak semalam.
Mingguan Malaysia, yang diterbitkan oleh Kumpulan Utusan berkata majoriti pengundi Cina memihak kepada kempen Pakatan Rakyat yang membawa seruan “mengubah kerajaan negeri” sedangkan masyarakat Bumiputera tetap teguh bersama BN.
BN Sarawak pimpinan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud memperoleh 55 kerusi manakala Pakatan Rakyat pula 15 dan Bebas satu.
Pada pilihan raya negeri 2006, BN Sarawak memperoleh 62 kerusi dan ia meningkat kepada 63 kemudian.
Walaupun BN memperoleh majoriti lebih dua pertiga tetapi mengalami penurunan kerusi kali ini. Begitu juga undi popular diperoleh BN semalam berbanding lima tahun lalu.
“Keputusan tersebut mempunyai makna yang perlu diterjemahkan oleh kerajaan negeri pimpinan Abdul Taib Mahmud.
“Awang berharap Taib akan menubuhkan Kabinet dengan mengambil kira realiti daripada peti undi. Ternyata, rata-rata pengundi Cina menolak BN dan menyokong DAP,” kata Awang Selamat dalam ruangannya di Mingguan Malaysia hari ini.
Dalam ruangannya, Awang Selamat juga berkata kerajaan negeri BN tidak lagi boleh bersikap terlalu pemurah untuk memberikan tempat kepada perwakilan kaum itu.
Katanya, Kabinet Sarawak mesti reflektif kepada keputusan dan sikap pengundi dan mesej yang jelas perlu disampaikan. Awang Selamat juga mahu Taib yang juga Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) sewajarnya perlu lebih memberi penghargaan kepada golongan yang menyokong beliau dan kerajaan BN.
Kata Awang Selamat, banyak pengajaran perlu diambil oleh BN selepas ini termasuk dalam persiapan menghadapi pilihan raya umum ke-13.
“Sekali lagi, sikap pengundi Cina semakin jelas terus menolak BN. Awang percaya, sentimen pengundi Cina di Semenanjung juga masih sama.
“Hakikatnya, selepas menguasai ekonomi negara sebegitu lama, masyarakat Cina mahukan pengaruh dan kuasa politik yang dominan,” katanya lagi.
Akhbar itu juga mahu BN tidak mengharapkan sesuatu yang samar, malah mungkin boleh memakan diri.
Sebaliknya kata Awang Selamat, BN perlu merangka strategi baru tanpa mengharapkan pengundi Cina akan kembali menyokong parti itu.
“Itu risiko besar maknanya. Usahlah dirayu dan dipenuhi segala permintaan jika akhirnya sokongan tetap kepada DAP.
“Biarlah sokongan itu secara natural datang sendiri. Jika pun pengundi Cina terus menolak BN, janganlah bimbang, akan ada jalan keluarnya,” katanya lagi.
Tulisan Awang Selamat pergi ke depan satu langkah dengan berkata, keputusan pilihan raya Sarawak kemungkinan besar boleh berulang pada pilihan raya umum.
Oleh itu katanya, BN mampu memerintah tanpa sokongan kaum Cina walaupun senario itu mahu dielakkan.
“Yang penting ialah memperkasakan lagi golongan pengundi yang menjadi penyokong setia. Jangan yang dikejar tidak dapat, yang dikendung keciciran.
“Dengan sokongan bumiputera, Melayu, kaum India dan etnik lain, yang kian meningkat, potensi BN untuk menang tetap besar,” katanya lagi.
Awang Selamat berkata lagi jika ada pertambahan peratusan kecil pengundi Cina, itu bonus dan semua pihak perlu bersedia dengan realiti baru.
“Keyakinan ke arah itu mesti bermula dari sekarang,” katanya lagi. -TMI

Realiti baruAWANG bersyukur Barisan Nasional (BN) dapat mengekalkan kuasa memerintah Sarawak pada pilihan raya negeri itu semalam.
Walaupun ia merupakan pilihan raya paling mencabar, majoriti rakyat Sarawak memberikan mandat kepada BN. Segala kebimbangan kononnya akan berlaku tsunami sebagaimana yang digembar-gemburkan oleh pembangkang, tidak menjadi kenyataan. Walaupun BN memperoleh 55 kerusi berbanding 63 pada 2006 tetapi kemenangan dua pertiga itu amat signifikan.
Awang mengucapkan tahniah kepada rakyat Sarawak kerana tidak terjebak dengan sentimen liar, manipulasi dan putar belit pemimpin pembangkang tertentu terutama Anwar Ibrahim.
Kempen untuk mengubah kerajaan negeri nampaknya hanya disambut oleh majoriti pengundi Cina. Masyarakat bumiputera tetap teguh bersama BN.
Keputusan tersebut mempunyai makna yang perlu diterjemahkan oleh kerajaan negeri pimpinan Abdul Taib Mahmud. Awang berharap Taib akan menubuhkan Kabinet dengan mengambil kira realiti daripada peti undi. Ternyata, rata-rata pengundi Cina menolak BN dan menyokong DAP. Maka kerajaan negeri BN tidak lagi boleh bersikap terlalu pemurah untuk memberikan tempat kepada perwakilan kaum itu. Kabinet Sarawak mesti reflektif kepada keputusan dan sikap pengundi. Mesej yang jelas perlu disampaikan. Taib sewajarnya perlu lebih memberi penghargaan kepada golongan yang menyokong beliau dan kerajaan BN.
Dalam pilihan raya kali ini, suka atau tidak, penghargaan atas kemenangan BN harus diberi kepada Taib selaku Pengarah pilihan raya BN Sarawak dan para pemimpin BN negeri itu. Tetapi penghargaan lebih istimewa adalah kepada Perdana Menteri, Mohd. Najib Tun Razak dan timbalannya, Muhyiddin Yassin yang bekerja keras mendampingi rakyat Sarawak sejak beberapa bulan lalu. Kehadiran Najib dalam kempen banyak membantu. Awang sendiri melihat kegigihan beliau dan menyaksikan kunjungan beliau ke merata tempat, mendapat sambutan hebat daripada rakyat. Komitmen yang tinggi turut diperlihatkan oleh seluruh jentera BN sama ada dari pusat mahu pun negeri.
Namun banyak pengajaran yang perlu diambil oleh BN selepas ini termasuk dalam persiapan menghadapi pilihan raya umum nanti. Sekali lagi, sikap pengundi Cina semakin jelas terus menolak BN. Awang percaya, sentimen pengundi Cina di Semenanjung juga masih sama. Hakikatnya, selepas menguasai ekonomi negara sebegitu lama, masyarakat Cina mahukan pengaruh dan kuasa politik yang dominan. Kepada BN, janganlah diharapkan sesuatu yang samar malah mungkin boleh memakan diri. BN perlu merangka strategi baru tanpa mengharapkan pengundi Cina akan kembali menyokong parti itu. Itu risiko besar maknanya. Usahlah dirayu dan dipenuhi segala permintaan jika akhirnya sokongan tetap kepada DAP. Biarlah sokongan itu secara natural datang sendiri. Jika pun pengundi Cina terus menolak BN, janganlah bimbang, akan ada jalan keluarnya.
Keputusan pilihan raya Sarawak kemungkinan besar boleh berulang pada pilihan raya umum. BN mampu memerintah tanpa sokongan kaum Cina, walaupun senario itu mahu dielakkan. Yang penting ialah memperkasakan lagi golongan pengundi yang menjadi penyokong setia. Jangan yang dikejar tidak dapat, yang dikendung keciciran. Dengan sokongan bumiputera, Melayu, kaum India dan etnik lain, yang kian meningkat, potensi BN untuk menang tetap besar.
Jika ada penambahan peratusan kecil pengundi Cina, itu bonus. Semua pihak perlu bersedia dengan realiti baru. Keyakinan ke arah itu mesti bermula dari sekarang. Awang sudah lama bersedia. -UM
Ulasan GB
Demikian mentaliti golongan assabiyah Melayu yang kecewa masyarakat kaum Cina terutama di bandar sudah tidak lagi menyokong BN, baik di Sarawak, maupun di Semenanjung.
Si Awang Selamat mahu sebolehnya semua orang boleh diperbodohkan sepertimana akhbarnya, Utusan, memperbodohkan orang Melayu selama ini.
Kerana demikianlah perjuangan UMNO... perjuangan yang berasaskan assabiyah yang telah dikuburkan oleh Rasulullah s.a.w. tetapi dipikul bangkai itu oleh UMNO. Menjadikan perkauman sempit sebagai modal untuk meraih sokongan bangsa apabila sudah tersepit.
Ini bukan kali pertama. Sudah berkali-kali Utusan menyiarkan rencana/tulisan yang berbau perkauman yang mengancam keselamatan negara tetapi pihak keselamatan tidak berbuat apa-apa kerana ia datang dari media UMNO.
Perjuangan yang berteraskan assabiyah perkauman sudah semakin tidak relevan. Kekalahan MCA, MIC, PPP, SUPP, SNAP menjelaskan fakta tersebut. Giliran UMNO bakal tiba.

No comments:
Post a Comment