" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Thursday, May 19, 2011

Jangan Melayu takat sembang deras macam Ibrahim Ali

Di bawah artikel bertajuk "Pakatan faults BN for subsidy ‘opium’ addiction", terdapat komen yang menarik hati saya. Bagai biasa, saya tak edit sikit pun:
Before they get a job , the students are already indebt ... Moreover , they are indebt to pay lousy studies that even cannot give them the BASICS knowledge of their job ..
Jika dakwaan di atas benar, berapa banyak pelajar dan ibu bapa yang tahu?

Sebenarnya, saya dah lama dengar perkara macam tu. Pernah seorang ahli korporat mendakwa kepada saya bahawa institusi pengajian tinggi awam negara ini hanya melahirkan jaguh kampung. Tak menepati international accreditation, dia mendakwa. Aku mana tau. Masuk universiti pun tak pernah.

Kalau tak benar, tak pa. Kalau benar, lagu mana?

Saya juga pernah mendengar cerita seorang tokoh besar kewartawanan yang merungut bahawa graduan Mass Communication sekarang begitu teruk jika dibandingkan dengan graduan kursus berkenaan pada tahun 70an dan 80an dahulu. Bagai biasa, mana aku tau. Saya bukan pengarang akhbar atau majalah.

Adakah kisah IPTA di Malaysia macam kisah sukan di negara ini juga? Stadium hebat-hebat seperti di Bukit Jalil dan Shah Alam. Tapi, ahli sukan tak ada.

Sampai bilakah IPTA di negara ini akan dibebaskan dari kongkongan professor kangkung?

Teringat pula kisah MSC. Ramai orang salahkan Tun Abdullah Ahmad Badawi bila MSC tak berjaya. Memang la, bila pakar IT sebut fasal "leap to the moon", dia kata Malaysia pun akan ada angkasawan. Tapi, MSC pun macam kisah stadium hebat ahli sukan tak ada jugak.

Tu belum lagi cerita guru-guru kelas tambahan merungut budak-budak sekolah (Melayu la!) nak buat bahagi pun tak tau walaupun dah darjah empat. Semua nak salahkan guru? Hello, satu kelas kadang-kadang dekat empat puluh orang.

Saya tidaklah mendalami sepenuhnya masalah orang-orang Melayu. Yang sah, saya tetap merasai dua senjata utama kekuatan orang Melayu masih lagi tumpul. Dua senjata itu ialah pertama, keimanan yang tinggi kepada Allah s.w.t. dan kedua, ilmu serta kemahiran yang tinggi.

Tanpa dua senjata itu, setakat boleh kecek belawok, setakat boleh sembang deras macam Datuk Ibrahim Ali dan Utusan Malaysia ja la.

Saya malas nak cakap fasal kerajaan, orang-orang politik (semua parti) dan oportunis-oportunis yang sentiasa mencari kesempatan untuk memperbodoh-bodohkan Melayu. Saya hanya berharap yang membaca posting ini dapat memberitahu anak-anak mereka bahawa musuh terbesar kita ialah kelaku jahat tidak beriman kepada Allah dan kejahilan. Anak-anak kita mesti tahu dua musuh terbesar mereka.

Saya tak la nak cadang kepada orang lain, tetapi kepada anak-anak saya, saya tambah satu lagi musuh terbesar, iaitu Umno (kalau pandai baca Orang Putih, baca di sini fasal Umno).

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111