DCM pernah menyiarkan artikel yang memaparkan isu dan isi yang sama. Tetapi tidak mengapalah, saya siarkan sekali lagi artikel yang cukup baik untuk bacaan lelaki yang sudah berkahwin.
Artikel yang disiarkan oleh ANI ini memerihalkan kajian terbaharu yang dilakukan oleh sekumpulan pengkaji Itali. Menurut kajian itu, keaktifan lelaki melakukan seks adalah kunci kepada hayat yang panjang. Namun, syaratnya lelaki itu hendaklah setia kepada pasangannya.
Menurut pengkaji, kehidupan seks yang aktif memberikan kesan kepada kesihatan sistem kardiovaskular lelaki. Dengan kata lain, lelaki yang aktif melakukan hubungan seks akan kurang menghadapi masalah kardiovaskular yang menjadi antara pembunuh utama di dunia.
Apakah bukti daripada kajian itu yang mendakwa lelaki yang aktif melakukan seks dan setia kepada pasangannya tidak akan berhadapan masalah kardiovaskular yang boleh mengancam nyawa? Emmanuele Jannini, koodinator kajian berkata, "Peningkatan aktiviti seksual akan meningkat pengeluaran testoran yang bertindak mengurangkan depresi. Peningkatan prestasi kardiovaskular pula akan meningkatkan metabolisme yang akan memberikan kesan kepada kesihatan."
Kajian itu juga mendapati lelaki yang tidak setia kepada pasangan masing-masing mengalami prestasi kardiovaskular yang rendah kerana mereka (lelaki) berhadapan dengan tekanan kerana berlaku curang terhadap pasangan masing-masing.

P/s: Salah satu hikmah Allah mengharamkan zina dan menggalakan perkahwinan. Tidak perlulah saya menjelaskan hal ini. Sudah terang dan jelas.
No comments:
Post a Comment