" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Tuesday, July 2, 2013

Memahami petisyen pilihan raya



“PEMBAHARUAN menyeluruh kepada sistem dan undang-undang pilihan raya.” Itulah antara saranan yang sering disuarakan oleh mantan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman. Terakhir saya mendengar saranan tersebut daripada beliau ialah semasa berlangsungnya suatu forum yang diadakan di Kota Bharu pada 19 Januari 2013 yang lalu.

Ramai yang menyebut, apa lagi tak puashati? Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang telah Pakatan Rakyat menang. Menjadi omong-omongan juga, “kalau tak puashati juga, bawalah ke mahkamah." Nah, ungkapan inilah yang menjadi fokus saya dalam penulisan ini.

Perlu kita ketahui, antara undang-undang yang disandarkan dalam petisyen pilihan raya termasuklah peruntukan-peruntukan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, (Akta 5). Pada kelazimannya, beberapa seksyen diguna termasuklah seksyen 35 dan seksyen 32.

Seksyen 35 memberi kuasa kepada mahkamah untuk membuat pengisytiharan bahawa pilihan raya terbabit tidak sah atau kemenangan sepatutnya berpihak kepada calon yang mengemukakan petisyen tersebut.

Sementara itu seksyen 32 antara lainnya memperuntukkan kemenangan calon dalam pilihan raya tersebut boleh diisytiharkan tidak sah bilamana adanya berlaku pemberian rasuah, ugutan atau perbuatan melanggar undang-undang berkaitan pilihan raya.

Pemberian rasuah, ugutan dan tindakan melanggar undang-undang terssebut perlulah pula begitu sekali menyentuh keputusan pilihan raya.

Mahkamah Persekutuan pada tahun 2005 iaitu dalam kes Datuk Ismail Bin Kamus lawan Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Zainal Abidin Bin Azim & Ors telah mengesahkan pemakaian prinsip-prinsip yang dinyatakan di atas.

Kes ini melibatkan pertikaian di kawasan pilihan raya N17 Gombak Setia pada tahun 2004. Pilihan raya umum 2004 mencatatkan sejarah tersendiri bilamana waktu pengundian dilanjutkan hingga awal malam kerana berlaku kecelaruan berkaitan lokaliti pengundian.

Apa yang lebih penting, sidang tiga hakim Mahkamah Persekutuan dalam penghakimannya telah memberi dua petunjuk utama. Pertamanya suatu perbuatan itu mestilah perbuatan salah sama ada rasuah, ugutan atau tindakan melanggari undang-undang pilihan raya. Keduanya tindakan salah itu disebutkan “begitu sekali menjejaskan keputusan pilihan raya”.

Untuk menunjukkan telah berlaku perbuatan salah,  tidaklah sukar. mudah untuk kita buktikan telah berlaku rasuah, ugutan atau sebarang perbuatan melanggari undang-undang pilihan raya.

Apa yang menjadi halangan hingga saja undang-undang kesalahan pilihan raya dilihat tidak relevan adalah syarat kedua iaitu perbuatan salah itu begitu sekali menjejaskan keputusan pilihan raya terbabit.

Adalah amat subjektif bagi menentukan setiap amalan rasuah atau perbuatan melanggar undang-undang pilihan raya itu begitu sekali menyentuh keputusan pilihan raya.

Dengan undang-undang yang ada, mahkamah boleh saja memutuskan bahawa belian undi yang berlaku biarpun menyalahi undang-undang, ianya tidaklah menjejaskan keputusan pilihan raya.

Justeru apa yang perlu orang awam ketahui, gagalnya mana-mana petisyen sebelum ini bukan bermakna tiada perlanggaran atau tiada rasuah dan belian undi. Di sinilah saya meyakini apa yang disebut dalam kajian jurispruden. Sebagai insan, hakim-hakim tetap akan dilingkungi oleh nilai-nilai setempat.

Siapa yang boleh nafikan betapa tebaran wang ringgit begitu berleluasa dalam PRU 13 lalu? Bagi kawasan-kawasan tertentu, pembelian undi oleh calon yang bertanding pada hari terakhir mencecah ribuan ringgit untuk seorang pengundi.

Semakin kuat seseorang itu dilihat condong menyokong parti Pakatan Rakyat, semakin tinggilah imbuhan yang diberikan sebagai balasan kepada penerima imbuhan itu akan mengundi Barisan Nasional. Nyata apa yang dilakukan oleh calon-calon Barisan Nasional itu Berjaya apabila agihan rasuah dilakukan secara teratur tanpa bocor ke dalam poket-poket broker politik.

Dalam suasana inilah, kita perlu tegas dengan nilai bahawa rasuah itulah yang mempengaruhi keputusan pengundian. Bilamana rakyat meyakini dan berpegang kepada nilai tersebut, bahawa rasuah pilihan raya itulah yang menentukan kemenangan, itulah yang perlu dinyatakan secara jelas agar mesej tersebut menghinggapi ruang dan suasana dalam perbicaraan petisyen kelak.

Harus diingat, tanpa kesedaran rakyat kepada tuntutan pembaharuan sistem dan undang-undang pilihan raya, selama itulah kita akan menyaksikan Barisan Nasional terus kekal di tampuk pemerintahan seperti hari ini. – 23 Sya’ban 1434H.


*Penulis adalah seorang pengamal undang-undang.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111