" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Monday, May 9, 2011

Rakyat semakin benci politik lucah

OLEH ABD SHUKUR HARUN

Belum pernah dalam sepanjang sejarah tanah air, politik paling kotor -fitnah, lucah dan jijik - melanda negara. Ini sebuah phenomena paling malang dengan menimpakan kerosakan paling parah kepada minda rakyat, malah sangat memalukan umat Islam


Bayangkan murid sekolah, remaja lelaki dan perempuan terdedah kepada media yang mendedahkan perihal pelbagai kelucahan yang dipaparkan dengan ‘amat berani’ untuk tatapan dan tontonan. Seolah-olah tidak ada apa lagi yang boleh disembunyikan. Ini adalah gambaran kerosakan sebuah masyarakat, hilangnya maruah dan harga diri. Tidak ada orang yang bersetuju dengan kegiatan mungkar ini kecuali petualang politik yang rendah moralnya.

Orang-orang politik sekular, yang tidak prihatin dengan persoalan dosa dan pahala, dengan putar belit dan manipulasi politik mereka, sedang "merosakkan’ minda rakyat dengan mendedahkan bahan lucah dengan begitu berani, seolah-olah negara ini tidak ada undang-undang yang mesti dipatuhi. Sementara hukum agama dan etika moral universal dilimparkan ketepi oleh pendukung politik sekular.

Itu belum lagi isu rasuah yang terus menerjah masyarakat, dilakukan secara besar-besaran dengan pelbagai cara. Ikan-ikan besar yang ‘bijak’ melepaskan diri dari tangkapan masih berkeliaran dan masih mampu tersenyum lebar, malah tertawa atas kejayaan mereka menyembunyikan perbuatan mereka.

Negara luar, baik jiran mahupun serantau sedang mentertawakan, malah merasa pelik dengan politik jahat yang berlaku di negara ini, sebuah negara yang mendukung Persidangan Negara Islam (OIC), pada ketika seruan rhetoric ‘supaya kita mencontohi kepimpinan Nabi Muhamad s.a.w.’ bertalu-talu dan nyaring diteriakkan dalam perarakan dan sambutan Maulidul Rasul di sana sini setiap tahun.

Para pemikir, golongan agamawan dan rahyat prihatin selama ini telah mengadakan konvensyen, seminar dan pelbagai wacana membincangkan mengenai tasaruur Islam yang syumul, namun dalam masa yang sama video lucah – sedang ‘mengamuk’ untuk mencari mangsanya.

Pada ketika pelbagai seminar rancak membincangkan gejala sosial, zina, khalwat, kelahiran anak luar nikah dan pelbagai lagi, kegiatan politik mungkar bermaharajalela, seolah-olah ‘mentertawakan’ kegiatan seminar dan perbincangan seumpama itu. Pada hal, seminar seumpama itu, yang diinisiatifkan oleh golongan prihatin adalah sangat penting.

Pada pendapat saya, kejijikan yang berlaku dalam dunia politik sekarang adalah puncak kejahatan yang sedang membakar masyarakat. Tidak mudah untuk membaikinya.

Ini belum lagi dengan kemungkaran yang lain – rasuah dan penipuan, manipulasi politk - yang berkembang serentak seperti tidak terlawal menjadikan wajah politik Malaysia paling buruk dan menjijikkan.

Dalam hal ini, sudah ramai para mufti dan tokoh agama yang bersuara mengenai kejijikan dunia politik ini dan ini adalah sesuatu yang baik. Mereka menyatakan kebimbangan yang amat sangat mengenai perkembanhan politik kotor ini, terutama mengenai video lucah dan politik fitnah. Namun disebabkan mereka tiada kuasa, maka kritikan dan tantangan mereka itu terbang bersama angin lalu saja, justru para pemain politik kotor ini tidak takut kepada sesiapapun di dunia ini.

Dalam keadaan begini, saya yakin semakin ramai tokoh agama - baik yang berkedudukan tinggi dalam pelbagai institusi pengajian tinggi, mahupun para ustaz yang mengajar di masjid dan surau serta madrasah seluruh negara – yang dengan nyaring menentang kegiatan politk lucah dan fitnah ini. Mereka bercakap mengenai politik jijik ini di pelbagai pertemuan, kuliah dan sebagainya.

Kesannya adalah positif, di mana semakin ramai pendengar yang menentang kegiatan politik kotor ini. Bagaimanapun, masih ada tokoh agama yang bergelar ulama ‘membisukan’ diri dari menyatakan tentanghan terhadap politik fitnah yang amat kotor ini atas pelbagai sebab yang sudah dikjetahui.

Diharapkan para ustaz yang masih ‘membisu’ ini supaya berani bersuara menentang kemungkaran politik ini baik dari golongan manapun yang melakukannya. Jangan ada yang berfikir untuk ‘mencari jalan selamat’ saja dalam menyampaikan kuliah, lalu membisukan diri dan enggan bercakap mencegah kemungkaran. Ini adalah kewajipan mereka untuk mencegah politik jahat.

Perlu diingat, seluruh ajaran Islam yang dipancarkan di dalam al-Quran dan hadis sentiasa menggandingkan dua perkara – amar makruf, nahi mungkar – menyeru yang baik, mencegah yang mungkar. Al-Quran tidak pernah memisahkan dua perkara ini. Maknanya, adalah menjadi kewajipan umat supaya melakukan kerja baik dan dalam masa yang sama mencegah kemungkatran.

Tayangan video lucah, fitnah, rasuah, penyelewengan dan penipuan adalah gejala mungkar yang nyata. Oleh itu kegiatan mungkar ini mesti dicegah hingga ke akar umbinya, dalam masa yang sama kegiatan amar makruf mesti sama beriringan.

Pada pendapat saya, kini ada perubahan pemikiran yang amat ketara dalam masyarakat, apabila kegitan fitnah ini berleluasa disiarkan di dalam pelbagai media dan percakapan orang politik sekular. Iaitu masyarakat semakin tidak berminat membeli akhbar dan enggan menonton TV yang menyiarkan hal-hal yang lucah ini.

Di dalam perbualan sehari-hari, di mana-manapun, ramai yang mengecam pendedahan video lucah dan kemungkaran yang lain. Bahkan ada para ibu bapa yang mengajak anak-anak mereka supaya menjauhkan diri dari membaca dan menonton berita yang menyiarkan perlakuan kemungkaran ini.

Sementara itu pelbagai ruang dalam internet –wabe-site, blog, twitter dan facebook - sudah tersiar pelbagai ulasan dan pendangan yang menentang gejala paling buruk ini.

Semuanya ini menunjukkan bahawa kesedaran masyarakat semakin meningkat bahawa mereka benci kepada kemungkaran ini. Orang-orang politik sekular yang tidak pedulikan persoalan dosa pahala perlu memahami kehendak masyarakat ini, supaya mereka menghentikan politik fitnah dan seumpamanya. Di samping itu berusaha membersihkan negara dari rasuah, penipuan, penyelewengan, manipulasi dan seumpamanya.

Sementara itu badan-badan Islam, khususnya badan dakwah, sewajarnya meningkatkan lagi usaha menentang kejahatan politik mungkar ini..

Gejala politik jahat ini sangat merbahaya kepada masyarakat kerana ia memusnahkan harapan masa depan generasi sekarang dan akan datang yang ingin menikmati suatu kehidupan bermoral, yang patuh kepada tuntutan agama. Oleh itu, golongan prihatin mestilah berusaha mencegah politik tanpa moral seumpama ini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111