Oleh Saiful Bahri
Semasa lawatan PM ke Terengganu sejak semalam, beberapa siri program diat ur.  Masa yang penting untuk lawatan PM bersama rakyat terpaksa dihabiskan  kepada pimpinan UMNO di perhimpunan tertutup bersama semua ADUN, Ahli  Parlimen serta pimpinan UMNO-BN Terengganu. Untuk apa? Macam biasalah.  Cuba gosok-gosokkan dan bagi ubat penawar untuk membetulkan tulang  terseliuh kepimpinan UMNO-BN.
ur.  Masa yang penting untuk lawatan PM bersama rakyat terpaksa dihabiskan  kepada pimpinan UMNO di perhimpunan tertutup bersama semua ADUN, Ahli  Parlimen serta pimpinan UMNO-BN Terengganu. Untuk apa? Macam biasalah.  Cuba gosok-gosokkan dan bagi ubat penawar untuk membetulkan tulang  terseliuh kepimpinan UMNO-BN.
Walaupun  dah acap-kali diwar-warkan bahawa Umno Terengganu sudah selesai, tetapi  nampaknya penyelesaian terbaik sebagaimana dicadangkan penulis sebelum  ini adalah biarkanlah Umno-BN kalah dahulu dalam PRU-13 ni. Barulah UMNO  boleh bersatu kembali.
Sebelum UMNO Terengganu buat retreat  dalam mempersiapkan diri menghadapi pilihanraya umum, Team Idris Jusoh  telah mendahului retreat tersebut untuk mengukuhkan dan memastikan  cengkaman politik beliau. Dengar khabar jauh sekali retreat kali ini  sehingga ke UK bersama 46 orang regu beliau. Apapun semoga ada nasib  menyebelahi Datuk Idris Jusoh.
Umno nampaknya terpaksa memulakan  gerak kerja mempertahan kekuasaan mereka setelah dilihat kebangkitan PGU  (PAS Ganti UMNO) tajaan PR yang bersama rakyat, nampaknya kuat bangkit  untuk membuat perubahan kali ini. Kebangkitan segenap lapisan rakyat  khususnya generasi pemuda menyebabkan UMNO terpaksa menurunkan PM dan  Rosmah bagi mempertahankan Terengganu.
Walaupun persiapan  sambutan nampaknya hebat kerana suntikan dan duit-duit mula berguguran  bersama turunnya PM. Tetapi hakikatnya adakah Najib akan menjawab  persoalan-persoalan yang ditimbulkan oleh rakyat. Rakyat hari ini lebih  cerdik dan lebih celik. Propaganda dan fitnah tidak akan Berjaya menipu  semua rakyat Terengganu. Rakyat Terengganu telah beberapa kali membuat  perubahan kepimpinan antara Pas dan Umno.
2 penggal kini Umno  menerajui Terengganu. Isu rasuah, pembolotan khazanah rakyat, kroni,  penindasan dan kezaliman sentiasa dibacakan oleh rakyat. Rakyat hanya  diperbodh dan digula-gulakan dengan dana khas, dana remaja, wang ehsan  dan sebagainya. Ingatlah sebelum tahun 1999 Datuk Wan mokhtar selaku MB  ketika itu lebih banyak kebendaan yang diberikan tetapi rakyat memilih  Pas menerajui pemerintahan. Tahukah  Najib apa bicara rakyat disebalik program turun padang beliau. Tahukah  najib persoalan besar yang dipersoalkan kepada beliau? Mereka dok ingat  Najib akan mengumumkan kepada rakyat tetapi mereka hampa… Apa jadi  dengan royalti rakyat Terengganu. Cek kosong yang diberi kepada MB  Terengganu semasa Prk Kuala Terengganu adalah cek tipu. Sudahkah  dikembalikan??? Mana janji bahawa royalti akan dipulangkan ke  Terengganu. Sampai bila Najib nak menipu Datuk Mat Said. Sampai bila  Najib nak membohongi rakyat Terengganu? Adakah pemimpin Terengganu  sanggup untuk terus mengkhianati rakyat mereka sendiri? Adakah Umno  Pusat melakukan diskriminasi dan kezaliman terhadap rakyat Terengganu  yang mengundi Umno sama seperti ditahan royalti kepada negeri Kelantan  akibat rakyatnya mengundi Pas. Habis apa beza Umno memerintah Terengganu  dengan Pas memerintah Kelantan. Kalau macam tu lebih baik rakyat  mengundi Pas. Rakyat akan mendapat manfaat dari kedua kerajaan.
Tahukah  Najib apa bicara rakyat disebalik program turun padang beliau. Tahukah  najib persoalan besar yang dipersoalkan kepada beliau? Mereka dok ingat  Najib akan mengumumkan kepada rakyat tetapi mereka hampa… Apa jadi  dengan royalti rakyat Terengganu. Cek kosong yang diberi kepada MB  Terengganu semasa Prk Kuala Terengganu adalah cek tipu. Sudahkah  dikembalikan??? Mana janji bahawa royalti akan dipulangkan ke  Terengganu. Sampai bila Najib nak menipu Datuk Mat Said. Sampai bila  Najib nak membohongi rakyat Terengganu? Adakah pemimpin Terengganu  sanggup untuk terus mengkhianati rakyat mereka sendiri? Adakah Umno  Pusat melakukan diskriminasi dan kezaliman terhadap rakyat Terengganu  yang mengundi Umno sama seperti ditahan royalti kepada negeri Kelantan  akibat rakyatnya mengundi Pas. Habis apa beza Umno memerintah Terengganu  dengan Pas memerintah Kelantan. Kalau macam tu lebih baik rakyat  mengundi Pas. Rakyat akan mendapat manfaat dari kedua kerajaan.
Bagaimana  kalau PR menguasai Putrajaya? Mampukah projek ubi gadong Mat Said  menjadi pemangkin kewangan dan bajet Terengganu. Tentu Idris Jusoh dan  Najib tersenyum menyaksikan kebijaksanaan MB Terengganu mengurus  kerajaan negeri. Apapun terimakasih atas kunjungan PM ke wilayah  Pesuruhjaya Pas Negeri Terengganu. Nampaknya Umno-BN tidak yakin untuk  mempertahankan Terengganu. Dan pastinya rakyat Terengganu akan  mengulangi keputusan PRK Kuala Terengganu nanti, insyaAllah. PGU akan  menjadi realiti.
 sila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274
sila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

 
 


 
 
No comments:
Post a Comment