" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Tuesday, May 3, 2011

DNA Dan Sumpah Dilakukan Kerana Skrip Sudah Lari

Oleh ramziredang

"Jika anda mengikuti acara sumpah dari tv malaysiakini, cuba ulang beberapakali pada minit ke 7:02 dan 7:37,yang pasti Datuk T tidak pandaipun bismillah. Jelas sekali dia membaca bismillah yang salah,..bismila ni rahman ni rahim, bukan bismillahirrohmanirrohim. Sangat menarik bila seorang pembaca bukan Islam mengulas dalam malaysiakini: jika seseorang menggunakan isu agama sebagai senjata politik, hendaklah dia seorang yang cara hidupnya kuat dan taat dalam agama. Datuk T ni,bismillah pun salah dan acara sumpah ini dilakukan, kerana ramai rakyat malaysia tidak percaya dengan fitnah ini.

Ternyata sehingga sekarang perjalanan skrip video ini semakin cacamarba, sudah kelam kabut, para pelakon yang sudah menerima bayaran lakonan tidak lagi mampu mengikut skrip yang disediakan, sekejab begitu sekejab begini.

Lokasi kejadian.

Dulu pada awal sidang akhbar Datuk T cakap lokasi berlaku disebuah hotel terkemuka di ibu negara. Tetapi sehari dua baru baru ini polis menyatakan 'telah mengenal pasti kondo tempat berlakunya adegan itu.

Mungkin jika diteruskan dengan skrip 'hotel', amatlah sukar untuk mencari ruang lingkup yang sama seperti yang dipaparkan dalam video tersebut, takkanlah ada pihak hotel kena ubah suai bentuk bilik pulak. Kalau dikatakan kondo, bolehlah panggil pihak yang boleh ubah suai bilik, supaya nampak sama dengan dalam video.

DNA

Kenapa pulak tak pasal pasal Datuk T kena serah DNA? Apakah boleh kesan DNA seseorang dari dalam video? Atau kerana jam yang diserahkan? Kalau jam tentulah ada DNA dia sebab dia yang duk pegang.

Sebenarnya DNA yang ditimbulkan oleh Datuk T hanyalah semata mata hendak menjadikan isu kononnya kalau berani Anwar serahkanlah DNA. Atau mungkin mereka sangat sangat berkehendakkan DNA Anwar untuk satu tujuan yang lain kelak. Atau mungkin akan ada satu lagi siri tuduhan yang akan melibatkan DNA?

Acara Sumpah

Ini lagi satu skrip yang tunggang langgang. Binatang apa pulak yang tak pasal pasal Datuk T pulak yang kena bersumpah? Kan video sudah serah kepada polis? Dan polis pula sudah 'hampir kepada siasatan akhir' berulang ulangkali, kira ok la tu. Tak faham faham ke. Tunggu je la polis hantar kepada peguam negara, peguam negara hantar balik kepada polis, polis hantar balik kepada peguam negara, peguam negara hantar balik kepada polis,peguam negara polis,polis peguam negara ....uawwaaghhh....zzzzzz

Aku kalau bab bersumpah ni, jangankan datuk T kata itu anwar, yang dia mengaku dia dalam video tu pun aku tak percaya. Sebabnya orang yang kedua tu sangat buncit. Kalau kata syuib atau rahim tamby aku percaya. Sebab keduanya sama sama buncit. Samada siapa yang beraksi siapa yang ambik gambar aku tak tau, tapi yang pasti dua dua lelaki dalam video itu sangat buncit. Buncitnya itu sesuai dengan orang yang kaki arak.

Ke masjid dengan kawalan ketat pihak polis

Eeee kalau orang kata ada kaitan, tak mengakuuu. Tapi pergi ke masjid siap ada kawal lagi. Malah dengar khabar siap pakai baju kalis peluru lagi. Beli kat chow kit ke baju tu? Ke pinjam dari mana? Tentu takda kaitan kan?

Kebocoran di Internet

Polis pura pura kelam kabut bila ada tayangan video seks tersebut di internet. Terutamanya ditayangkan di laman blog pencacai UMNO. Mereka sangka dengan tersiarnya video ini rakyat semakin percaya, rupa rupanya rakyat semakin jelas itu bukan Anwar.

Malah laman web pro PR pula memaparkan 'frame capture' satu persatu gambaran jelas yang ianya bukan Anwar. Jika diteliti betul betul tidak ada satupun wajah lelaki yang boleh dilihat dengan terang dan jelas. Tetapi wajah perempuan sangat terang dan jelas, Malah saya lihat wajahnya seperti seorang amah yang 'itu itu itu'

Mufti Pakai Ilmu Ghaib

Bila timbul isu isu UMNO mempromosi satu kesesatan dalam agama, mulalah mufti menggunakan limu ghaib. Mereka jadi hilang sekelip mata dan tak dapat dikesan

Isu sumpah bukan sahaja membuat rakyat jadi kelam kabut dengan hukum agama Islam tetapi juga menimbulkan rasa resah tentang bakal runtuhnya kesucian agama Islam. Pada saat saat begini orang yang selayaknya muncul adalah mufti dan ulama tetapi ternyata mereka sedang pergi berenang di pulau pulau, makan angin sambil menjamu mata melihat minah saleh berbikini.

Sebenarnya mufti ini bukan tidak bersuara. Ada mereka bersuara. Tetapi oleh kerana sekian lama mufti dan ulama ini telah meruntuhkan nilai moral yang ada pada diri mereka, maka kata kata mereka tidak akan dipandang bila masa tidak diperlukan.

Oleh kerana mufti ini menjual agama untuk cari sesuap nasi, maka orang yang akan menggunakan kata kata agama yang dikeluarkan oleh mufti ini juga akan menggunakannya untuk mencari sesuap nasi. Jika kata kata mufti ini akan menyebabkan gaji wartawan dipotong, jangan haraplah wajah mufti ini akan muncul di dada akhbar atau TV. "Mufti kena releks dulu", kata wartawan. "Nanti kalau ada isu undi PAS masuk syurga ke, kami akan keluarkan wajah kamu di TV dan jangan lupa, nanti tukang solek kami yang perempuan akan solek kamu sebelum muncul di tv OK?"

Masa Siasatan Dan Rentetan Isu Sangat Panjang

Aneh, kerana isu ini berlarutan sekian lama. Ini mungkin kerana ingin 'membina persepsi'. Kerana itu, berkaitan dengan membina persepsi ini, maka adanya taklimat dan brain wash di majlis majlis yang lain terhadap rakyat.

UMNO mungkin akan merasa dengan berlarutannya isu ini maka rakyat akan menolak Anwar. Tidak. Biarkanlah ia semakin berlarutan kerana pada saat ini pun orang orang UMNO sendiri sudah muak mendengarnya.

Guru guru sekolah sempat bergurau sambil menyindir...suruhlah cik abg awak tu tanya anwar, petua apa yang anwar pakai hingga dalam masa sehari perut yang boroi jadi kempis, rambut yang jarang jadi lebat..patutlah aksi powerrrrr....tak padan umur enam puluh.

Adakah gurauan di atas memihak kepada UMNO? Kalau ya, teruskanlah heret isu ini semakin panjang.

Malah pemimpin UMNO sendiri pun tidak mampu menerima isu ini. Antaranya Tengku Razaleigh dan Khir Toyo. Cuba bayangkan Khir toyo yang kaki rasuah baham duit juta jutapun tak percaya isu ni. Mereka berdua menjangkakan isu video seks ini akan mempercepatkan ranapnya UMNO. Itu baru mereka berdua, masih ramai lagi pemimpin lain yang menolak video ini

Satu lagi peristiwa aneh dan bakal menggemparkan ialah ahli parlimen kapar menerima kiriman video asli dari thailand. Tentu saya pengirimnya ada sesuatu yang ingin didedahkan. Tidak mustahil pemimpin pemimpin lain dari kalangan PR akan menerimanya. Adalah dipercayai video tersebut sangat terang dan jelas wajah pelakonnya. Ini bakal melemparkan isu fitnah ini terus kembali ke muka pemimpin UMNO.

Percayalah, yang benar akan berdiri dan yang batil akan runtuh. Cuma masanya belum sampai

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111