" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Wednesday, May 18, 2011

Tuduhan Mengaibkan Anwar Pemimpin UMNO sudah tiada hati perut

Oleh anak_muara

"Tuduhan salah laku seks yang mengaibkan maruah Anwar dan seisi keluarga selama 13 tahun seperti isu liwat dan terbaru rakaman video seks berada pada tahap yang tidak terkawal lagi.Semua media cetak dan elektonik yang pro kerajaan berterusan tanpa henti 24 jam mengaib dan manjatuhkan maruah Anwar seisi keluarga pada peringkat yang serendah-rendahnya.

Tindakan tersebut dihalalkan begitu sahaja tanpa langsung menghiraukan larangan Agama Islam bahawa mengaibkan maruah seseorang individu adalah mat berdosa besar.

Amat malang sekali golongan alim ulama dan mufti yang cerdik pandai agama seperti terdiam atau mendiamkan diri dengan tindak tanduk pihak pemerintah mengaibkan serta menzalimi Anwar dengan pelbagai tuduhan keji siang malam tanpa henti. Bertambah malang lagi yang melakukan kerja-kerja yang amat bertentangan dengan Islam ini adalah dilakukan oleh tangan-tangan orang Melayu yang sememangnya Islam.Perbuatan terkutuk ini telah merosakkan imej Islam di mata orang bukan Islam.

Agenda utama pihak kerajaan sekarang melalui berbagai institusi yang dikuasa mereka adalah menyerang Anwar secara habis-habisan dengan pelbagai dakyah dan tuduhan keji dan merbahaya.Terbaru difahamkan CD rakaman video seks yang pelakunya mirip Anwar telah disebarkan secara meluas sekali dan paling mendukacitakan masjid iaitu rumah Allah s=telah menjadi sasaran tempat pengedaran CD seks tersebut.Sehingga ke hari ini tidak penegahan tegas dan keras oleh para ulama dan mufti.

Para pemimpin UMNO-BN dengan rasa angkuh dan tanpa segan silu terus mendakwa dan yakin bahawa segala tuduhan salah laku seks terhadap Anwar adalah benar belaka dan begitu dengan tuduhan terbaru rakaman video seks dengan mendakwa mereka yakin pelakunya adalah Anwar.Demi semata-mata mahu menjaga kedudukan jawatan dan pangkat maka mereka sanggup dan merelakan segala penganiayaan dan kezaliman ke atas Anwar yang dulunya adalah sahabat dalam UMNO yang juga bekas bos mereka semasa Anwar menyandang jawatan timbalan presiden UMNO dan timbalan perdana menteri.Sikap mengampu pemimpin atasan dalam menjaga kedudukan dalam parti dan kerajaan membuatkan mereka berubah sikap kepada kebencian yang begitu melampau terhadap Anwar.

Segala kenangan persahabatan akrab para pemimpin UMNO semasa Anwar dalam parti dinyahkan begitu sahaja dek kerana kebencian berlainan fahaman politik terhadap Anwar.Hanya kerana dendam politik yang tidak terkawal terhadap Anwar maka segala tuduhan dan penganiayaan terhadap bekas bos mereka dianggap halal dan dibenarkan demi kepentingan perjuangan parti.Amat jelas persahabatan dalam UMNO hanya bersandarkan kedudukan pangkat,kuasa dan juga jawatan.3 perkara tersebut menjadi ukuran dalam UMNO dalam bersahabat.Mungkin Anwar telah memperolehi pengajaran yang bermakna terhadap apa yang sedang menimpa beliau selama 13 tahun ini dalam menilai erti persahabatan dalam UMNO.

Tidak ada seorangpun pemimpin UMNO yang melahirkan walaupun hanya sedikit perasaan belas dan simpati terhadap penganiyaan terhadap Anwar yang dizalimi dan diaibkan selama 13 tahun tanpa henti.Malah mereka terus menghalakan serangan dan pelbagai tuduhan terhadap bekas bos mereka. Sikap nilai kemanusiaan dan timbang rasa langsung sudah tiada dalam diri para pemimpin UMNO terhadap apa yang berlaku ke atas Anwar dan keluarga. Adalah jelas bahawa semua pemimpin UMNO sudah hilang nilai pertimbangan dan tiada hati perut lagi.Yang ada adalah sikap perasaan tamak dan pentingkan diri sendiri terhadap kuasan dan kedudukan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111