Oleh SAFAR JUMAAT
Maklumlah, Abd Aziz adalah bekas Timbalan Menteri Besar Pahang – orang Pahang yang satu negeri dengan negeri Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak
Apa perlunya Abd Aziz mengeluarkan kenyataan itu? Kenyataan yang menyentuh, antara Ustaz Nasharuddin Mat Isa dengan Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man – tetapi tidak menyentuh langsung satu lagi nama, Mohamad Sabu.
Abd Aziz dipetik sebagai berkata; Nasharuddin ok, Tuan Ibrahim pun ok. Apa tujuan beliau? Atau, adakah beliau sudah diberikan tugas untuk memantau pertandingan bagi jawatan nombor dua dalam PAS ini?
Jika jawapannya ya, untuk apa? Dan jika jawapannya, tidak, mengapa beliau sibuk-sibuk menyentuh tentang kedua-dua calon dari tiga yang bertanding kali ini? Adakah apa-apa muslihat?
Semua perkembangan ini, perwakilan PAS kena halusi. Maknanya, muktamar kali ini menarik perhatian mereka yang sudah pencen dan kalangan yang berpengaruh dalam Umno.
Ingat, apa ikrar Abd Aziz sebaik sahaja disahkan sebagai Presiden Mubarak, 7 Mei 2011 yang lalu di Kota Kinabalu? Mubarak berjanji akan membantu Barisan Nasional (BN) mengekalkan kuasa dengan apa cara sekali pun.
Maknanya, mereka ini masih perkakas kepada BN dan mungkin mereka juga menaruh harapan untuk kembali aktif di dalam politik. Barangkali, mereka bimbang nama mereka dilupakan terus oleh pucuk pimpinan.
Di kalangan Pemuda Umno juga turut meninjau-ninjau apa yang berlaku dalam pertandingan kali ini. Begitu juga Wanita dan mereka yang berjawatan dalam kerajaan. Masing-masing berhujah, peri pentingnya sipolan-sipolan menang jawatan-jawatan tertentu, termasuk Timbalan Presiden.
Barangkali, hati kecil Presiden Umno, ada tokoh-tokoh tertentu yang diharapkannya menang. Begitu juga dengan Timbalan Presiden Umno, kalau boleh, mereka mahu tokoh yang dipilih nanti tidak terus memusuhi Umno kerana Umno mengharapkan sokongan PAS di saat-saat parti ini dalam kepayahan sekarang.
Kepada orang-orang Umno, jika PAS dapat dipisahkan dari DAP, nescaya KeADILan akan menjadi lemah. Begitu juga DAP, jika terpisah dari PAS, tiada Melayu yang mahu simpati kepada DAP.
Inilah usaha Umno sebenarnya. Api-apikan hubungan PAS dan DAP, dengan tujuan membunuh terus pengaruh KeADILan. Bagi Umno, KeADILan adalah jambatan yang menjadi penghubung kepada PAS dan DAP.
Dulu, Umno yakin PAS dengan DAP tidak akan boleh duduk semeja. Umno juga yakin, PAS boleh berbaik dengan KeADILan tetapi mana mungkin PAS boleh berbaik dengan DAP.
Sampai kini, Umno pening kepala, apabila bendera PAS, DAP dan KeADILan boleh diletakkan sekali dan boleh disatukan pada satu tiang. Formula apa yang KeADILan pakai hingga boleh menemukan PAS dan DAP menyebabkan ramai kepimpinan Umno demam tak kebah.
Kadang-kadang tidur malam mereka terganggu dengan semua perkembangan ini. Ketika mereka menuduh DAP amalkan rasis yang keterlaluan, Umno sendiri terus memberitahu penyokongnya DAP adalah sebuah parti perkauman yang tidak boleh menerima Melayu.
Malangnya, PAS dan DAP tidak termakan dengan cerita dan dakwaan Umno itu. Umno makin pening dan perwakilan PAS yang datang bermuktamar kenalah mencari jalan bagaimana hubungan yang sudah terjalin ini, boleh dieratkan lagi dan terus merapatkan saf.
Biarlah DAP dengan matlamatnya kerana matlamat itu tidak boleh menyebabkan PAS meninggalkan DAP. DAP juga kenalah membenarkan PAS meneruskan matlamatnya kerana matlamat PAS tidak pernah menyebabkan ada orang DAP yang terkorban.
Apa yang berlaku, seperti catatan sejarah, jika Umno kalah, mereka mencari korban. Jika mereka kalah, mereka mahu mencari kemenangan dengan ikut pintu belakang.
Misalannya, Perak. Apa yang berlaku di Perak dua tahun yang lalu kerana Umno tidak puashati dengan kekalahan mereka. Itulah sebabnya mereka tidak berani mengadakan pilihan raya semula, kerana mereka tahu rakyat tidak akan menyokong mereka.
Itulah sebabnya, dalam Muktamar PAS ke-57 kali ini, semua perwakilan kenalah bersatu hati, mencari formula menyimpul mati ikatan KeADILan-PAS-DAP supaya pihak yang satu lagi, gila talak.
Selagi Umno tidak dapat memecahkan pautan antara PAS-DAP-KeADILan, rasanya mustahil Parlimen akan dibubarkan. Beberapa Ahli MT Umno sendiri bersungut kerana mereka ‘seperti tak dapat nak bercakap’ dalam mesyuarat.
Maknanya, ada yang tidak mereka persetujui tetapi mereka tidak mempunyai cukup kekuatan untuk meluahkannya.
Masing-masing terasa bahawa Presiden Umno, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak sudah terlalu yakin dengan 1Malaysia – tetapi sejauh mana rakyat menerima slogan itu, tiada siapa yang tahu.
"Kita menjual dan kita nampak rakyat suka dengan barang yang kita jual tetapi kita tidak tahu apakah rakyat akan membeli barang jualan kita ini apabila sampai masanya (pilihan raya) nanti," kata salah seorang anggota MT yang ditemui.
Namun, menurutnya, siapalah kita untuk menyampaikan rasa kurang keyakinan ini kepada Presiden Umno yang juga Perdana Menteri?
Perwakilan PAS perlu pertahankan Buku Jingga yang diperkenalkan – kerana kerajaan jelas tidak terkejar dengan Buku Jingga yang menyentuh kepentingan keseluruhan rakyat, termasuk golongan guru yang ketinggalan daripada pengumuman kenaikan pangkat baru-baru ini.
Lebih menyakitkan, apabila kerajaan gagal untuk membendung kenaikan harga barang-barang keperluan termasuk gula.
Walaupun kerajaan nampaknya mahu mempertahankan kenaikan harga minyak Ron95, tetapi tiada seorang pun yang yakin, ia akan dikekalkan dengan harga sedemikian.
Inilah peluang yang paling baik perlu perwakilan muktamar gunakan untuk berhujah secara positif apakah persiapan Pakatan Rakyat untuk mengambil alih Putrajaya.mempertahankan kenaikan harga minyak Ron95, tetapi tiada seorang pun yang yakin, ia akan dikekalkan dengan harga sedemikian.
No comments:
Post a Comment