Secara sinis beliau menyebut “dahulu sebut milion (juta) kini bilion-bilion (ratusan juta),” katanya semasa berucap di majlis penubuhan Angkatan Amanah Merdeka (AMANAH).
AMANAH ialah sebuah NGO yang ditubuhkan dan dipengerusikan oleh ahli Parlimen Gua Musang, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah serta dianggotai oleh bekasbekas menteri kanan kerajaan BN.
Beliau juga menyebut beberapa projek pembangunan sekitar Lembang Kelang terutama di Sungai Buloh yang melibatkan pemberian tender secara rundingan terus bernilai RM37 bilion pada asalnya.
Namun, kemudiannya boleh menjadi sehingga RM50 bilion ataupun RM70 bilion suatu hari nanti apabila projek ini mahu dimulakan, katanya.
Isu ini sengaja diutarakan Kadir dalam menggambarkan kerajaan yang menerajui negara hari ini semakin tidak mementingkan kebajikan rakyat.
“Jika kita boleh jimatkan RM20 bilion, RM10 bilion secara buat tender terbuka, ini boleh menjimatkan dan boleh kita buat rumah percuma untuk rakyat yang susah,” katanya lagi.
Beliau kesal, mutakhir ini rasuah semakin membarah dalam negara, malah kerajaan yang memimpin gagal mengatasinya.
Meneruskan ucapannya, Kadir yang pernah berkhidmat dizaman Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi menyatakan rasa bimbangnya dengan kemerosotan ekonomi, sosial dan perpaduan yang berlaku di negara ini.
Beliau kesal, kerajaan yang menerajui negara hari ini gagal memikul amanah kemerdekaan yang dicetuskan Tunku Abdul Rahman Putra bagi memastikan negara terus berdaya saing.
Beliau juga bimbang, jika keadaan ini berterusan, negara semakin diambang kehancuran.
Kadir mahu rakyat melakukan perubahan segera bagi menyelamatkan negara daripada pihak yang hanya memikirkan kepentingan diri yang kini tidak lagi menghayati amanah kemerdekaan.
“Kadang-kadang kita begitu yakin, sombong, kita boleh buat salah di tengah terang,” katanya lagi. “Jadi kami disini kjami rasa ini kena berubah dan bawa balik ke pangkal jalan,” katanya.
Dalam ucapannya juga, Kadir ada menyentuh isu perjalanan pilihan raya di negara ini yang tidak lagi dijalankan dengan aspirasi yang diterapkan oleh Tunku Abdul Rahman.
Ujar beliau, ada pandangan menyatakan Berish 2.0 dan disokong oleh parti-parti politik yang mendapat sokongan 48 peratus menyatakan pilihan raya di Malaysia tidak bersih.
Malah Kadir melihat, adanya cadangan agara Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempunyai wakil parti pembangkang dan pilih sistem pilihan raya yang bersih dan telus, ini satu idea yang bagus.
“Kalau benar bersih dan telus (pilihan raya di Malaysia) jangan takut jika wakil pembangkang menyertai SPR.
SPR kena terima cabaran ini dan pinda perlembagaan, biarkan pilihan raya bersih
...................
IKLAN TEKS HANYA RM40 SEBULAN - TAWARAN HEBAT DENGAN HIT ALEXA +- 600 KEDUDUKAN DALAM RANKING MALAYSIA
- "Blog Umum, Tutorial Blog, Tutorial Photoshop dan Perkhidmatan Membina Blog/Banner - WakJeng"
- Hanya part time dirumah Luangkan masa 1-2 jam secara online mampu jana 4-5k seminggu.
- Berikhtiar Rawat Masalah Dengan Produk BioAsli InsyaAllah Berhasil
- Terbaru.. Ketahui Teknik Mudah Untuk Melindungi 100% Pendapatan Anda di sini.
- "KURANGKAN BAYARAN BULANAN KAD KREDIT MELALUI \'EASY PAYMENT PLAN - jimatkan cash anda setiap bulan"
- Mahu jadi suami dambaan isteri? Nikmati kepuasan dan kenikmatan sebenar. Halal, berkesan dan terbukti kemampuannya!
No comments:
Post a Comment