" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Monday, August 22, 2011

Al Quran di Malaysia hanya sekadar dimusabaqah

KOTA BHARU, : Setiap kali tiba 17 Ramadan umat Islam di seluruh dunia diingatkan peristiwa Nuzul al Quran, turunnya kitab suci kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

Tidak terkecuali juga di Malaysia, malah dijadikan cuti umum di kebanyakan negeri.Biar pun lebih 1400 tahun al Quran diturunkan sebagai panduan bagi kehidupan manusia, malangnya di negara kita ia hanya sekadar dimusabaqahkan saban tahun.

“Musabaqah yang dianjurkan kerajaan sekadar untuk berlagu sahaja. Musabaqah hendak amalkan ajaran al Quran tidak ada,” kata pendakwah terkenal, Datuk Zawawi Yusof.

Menurutnya kesilapan yang berlaku itu berterusan sehingga ke hari ini.

Berlainan di Kelantan apabila kerajaan negeri bersungguh-sungguh mahu amalkan ajaran yang terkandung dalam al Quran.

Berbicara pada program Nuzul al Quran anjuran kerajaan negeri di Qaryah Ramadan baru-baru ini katanya juga, umat Islam sekarang lebih suka berbicara perkara-perkara yang kecil seperti memperdengarkan bacaan al Quran melalui pembesar suara sebelum solat Subuh.

“Sedangkan tuntutan yang lebih besar iaitu kewajiban melaksanakan Hudud dibiarkan. Sikap umat Islam sekarang perkara yang betul tidak dibuat secara betul-betul.

”Sebaliknya perkara tidak betul dibuat secara betul-betul (bersungguh-sungguh). Contohnya banyak berlaku dalam masyarakat sekarang,” ujarnya.

Hujah kepentingan penghayatan al Quran dalam kehidupan manusia dipertegaskan lagi Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat, Nik Abduh Nik Abdul Aziz dengan mengatakan al Quran bukan sekadar untuk dibaca, sebaliknya diamalkan dalam kehidupan manusia.

”Manakala bagi mereka yang membaca al Quran hendaklah meningkatkan lagi darjah dengan belajar memahami dan mengamalkan segala ajaran yang terkandung dalam al Quran,” katanya.

Sementara itu pada program pengkisahan Badar Qubra di lokasi sama malam tadi Speekar Dewan Undangan Negeri Kelantan, Datuk Nasuruddin Daud berkata, mereka yang melawan perjuangan Islam melakukan pelbagai cara dan muslihat.

”Kalau kita baca sirah di mana tentera kafir Quraisy menggunakan khidmat penyanyi-penyanyi wanita bagi membangkitkan semangat perajurit ketika berperang dengan tentera Islam di Badar.

”Maka tidak hairanlah apa yag berlaku pada zaman Abu Jahal turut berulang sekarang apabila artis wanita digunakan bagi mengganggu ceramah-ceramah PAS,” katanya.

Hadir sama pada program berkenaan Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam, Fauzi Mat dan wakil Palestin, Dr Asyraf Abu Mahadi

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111