ALOR SETAR: Empat remaja, termasuk dua daripadanya akan menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) terpaksa bermalam di lokap selepas dicekup berkhalwat dalam sebuah bilik hotel murah di Kuah, Langkawi, awal pagi kelmarin.
Tindakan berani dua remaja lelaki berusia 15 tahun itu membawa pasangan mereka yang setahun lebih tua menyewa di hotel itu dengan alasan hanya untuk bersahur sebenarnya membongkar kegiatan maksiat mereka.
Dua remaja lelaki itu adalah pelajar sebuah sekolah menengah di Kuah, Langkawi, manakala pasangan mereka pula tidak bersekolah.
Pegawai Penyiasat Pejabat Agama Daerah Langkawi, Muhammad Hidayat Halim, berkata dalam serbuan jam 3.45 pagi kelmarin, sepasukan anggotanya membuat pemeriksaan di hotel itu selepas mendapat maklumat awam.
Katanya, pasangan remaja itu agak berani kerana sanggup menyewa hotel yang hanya bersebelahan dengan pejabat agama daerah.
Beliau berkata, ketika anggota penguat kuasa mengetuk pintu dan memberi salam berulang kali seorang remaja perempuan yang hanya memakai tuala dalam keadaan panik dan takut membuka pintu.
"Pemeriksaan menemui pasangannya yang hanya berseluar pendek dan pemeriksaan lanjut menemui seluar dalam mereka di tepi katil. Kedua-dua remaja itu mengaku baru selesai melakukan hubungan seks," katanya.
Muhammad Hidayat berkata, hasil pemeriksaan turut menemui sepasang lagi kekasih berpakaian lengkap dan dipercayai baru bangun tidur terkejut melihat kehadiran anggota penguat kuasa berada di bilik berkenaan.
Ketika disoal siasat kedua-dua remaja perempuan itu mengaku bekerja di sebuah kafe di Langkawi dan baru berkenalan dengan pelajar lelaki terbabit.
"Mereka yang berasal dari Langkawi, mengaku menyewa hotel semata-mata untuk melakukan hubungan seks," katanya.
Kes itu disiasat mengikut Seksyen 9(1) dan (2) Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kedah 1988 kerana berkurung sehingga mendatangkan syak kepada orang ramai dan sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM2,000 atau setahun penjara atau kedua-duanya sekali. sumber

No comments:
Post a Comment