Roketkini melaporkan:
KUALA LUMPUR, 25 OGOS – Keajaiban dalam daftar pemilih undi semakin menjadi-jadi dengan penemuan 21 orang pengundi berlainan kaum tinggal di sebuah kedai, seorang askar dengan dua isteri yang nama mereka sama, seorang askar berumur 111 tahun yang masih lagi berkhidmat dalam tentera dan seorang wanita yang lahir dua kali pada abad yang lepas.
Keganjilan yang bersifat penyelewengan dan penipuan ini telah didedahkan oleh Ketua Pemuda DAP Kebangsaan Anthony Loke dalam satu sidang akhbar di sini hari ini.
Menurutnya, satu lagi keganjilan yang ditemui ialah nama seorang pengundi di kem tentera Jalan Rasah, iaitu Nor Hisham bin Md Darus dengan kad pengenalan tentera T1091492.
“Apa yang pelik di sini ialah Nor Hisham ini mempunyai seorang isteri bernama Khadijah Binti Husin yang mempunyai dua kad pengenalan, iaitu 79022011518 dan 700220115182.
“Adakah Nor Hisham ini mempunyai dua isteri dengan nama yang sama dan ejaan nama yang sama?” katanya.
Loke yang juga Ahli Parlimen Rasah berkata, ini adalah tidak mungkin kerana Khadijah membuat pendaftaran baru sementara Khadijah ‘yang kedua’ baru sahaja mendaftar sebagai pengundi.
Dalam masa sama juga, beliau mempertikaikan bagaimana seorang anggota tentera bernama Hisni Bin Isnain yang bernombor tentera T1102918 dan lahir pada 24 Julai 1900, masih berkhidmat di kem tentera Sunggala, Bagan Pinang.
“Hebat sekali anggota tentera kita. Sudah berumur lebih 100 tahun pun masih berkhidmat,” ujarnya. - Roketkini.
Kalau nak beraksi macam 'ai anjing Umno' pun agak-agak la sama. Kalau dah sampai macam ni punya menipu memang tak heran langsung SPR tak MENDAPAT KEPERCAYAAN AWAM.
Tak logik langsung seorang askar yang lahir tahun 1900 masih lagi berkhidmat.
Aku yakin kalau SPR menjawab isu ni, SPR akan kata semua maklumat tu depa dapat dari pihak tentera. Jadinya teringin aku nak dengar komen dari Panglima Angkatan Tentera isu ni pulak.
Sebelum ni bila bekas tentera dedahkan yang depa tolong pangkah banyak kertas undi sampai lenguh tangan dalam sidang media bersama Dewan Pemuda PAS, Jeneral ni kata tindakan Dewan Pemuda tu sebagai pengkhianat. Sungguh-sungguh Jeneral tu nafi kata tak berlaku macam tu.
Teruk sangat la Angkatan Tentera Malaysia kalau benda penting macam maklumat anggota tentera pun tak tepat.
Memang tepat sangat la tuntutan BERSIH 2.0 supaya mereformasikan undi pos. Reformasi tu mestilah termasuk cara penyediaan senarai daftar pengundi pos yang lebih telus dan bersih.
Masalahnya, takkan kita nak percaya SPR yang nak buat sendiri reformasi tu sedangkan SPR sendiri pun tak boleh percaya...

No comments:
Post a Comment