" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Sunday, August 21, 2011

Apabila pencuri meneriak:“pencuri, pencuri!”

DENGAN nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Bersyukur ke hadrat Yang Maha Kuasa kerana masih diberi-Nya kesempatan pada bulan penuh barakah ini untuk terus berbakti kepada-Nya termasuklah menitipkan sedikit sebanyak teguran dan nasihat.

Ya nasihat itu bukan untuk pembaca saja malah untuk kami sendiri yang sebagai manusia tentunya banyak kesalahan dan dosa. Hanya kepada-Nya kita memohon keampunan dan diterima ibadat kita yang tersangat sedikit itu, insya-Allah.

Dalam menjalani ibadah Ramadan ini, kita perhatikan masih ramai anak-anak gadis (wanita) kita sekalipun mengenakan tudung tetapi mendedahkan sebahagian aurat mereka seperti leher, lengan dan kaki.Sebahagian lagi suka mengenakan pakaian ketat termasuklah jeans sendat yang dipadankan dengan baju-T singkat.

Tentunya mereka tidak mematuhi kehendak Islam sepenuhnya dalam bab menutup aurat sekalipun bertudung kerana Allah SWT melalui Surah Al-Azhab ayat 59 yang bermaksud: “Hai Nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: ‘Hendaklah mereka menghulurkan tudung ke seluruh tubuh mereka, supaya mereka lebih mudah dikenali orang, kerana itu mereka tidak diganggu…’”

Muslimat diminta menutup aurat sepenuhnya tetapi sesetengah orang bijak pandai hari ini termasuk aktivis wanita menempelaknya dengan mendakwa perempuan yang berpakaian sedemikian juga tidak terlepas daripada tindakan jahat lelaki dan buktinya sejumlah wanita berjilbab juga dirogol. Jadi soal pakaian bukan penyebab jenayah seksual, dakwa mereka.

Di sini kita ingin tegaskan cara berpakaian dan penampil an wanita merangsang seksual lelaki. Ini adalah lumrah, bohonglah namanya jika lelaki normal tidak terangsang dengan pembawaan seseorang wanita. Namun penampilan seksi seorang wanita tidak mudah mengundang dia dirogol kerana dia berada di khalayak ramai.

Seorang perogol akan hanya bertindak jika terbuka kesempatan bagi mereka; penjahat ini tidak peduli sama ada mangsanya berpakaian seksi atau bertudung litup; yang penting mereka fikir mereka dalam keadaan selamat ketika melakukannya. Itulah sebabnya, perogol bertindak apabila bakal mangsa bersendirian termasuklah dalam bas, di lorong gelap dan di rumah sendiri.

Selain perogol, pencuri juga akan memikirkan diri mereka selamat sebelum melakukan kejahatannya. Tidak ada pencuri yang mencuri di khalayak ramai. Tetapi jika dia sudah hampir tertangkap dan dikejar orang, pencuri juga akan mencari helah dengan menjerit “pencuri…pencuri” dengan harapan orang lain pula akan dikejar.

Hampir semua kejahatan dilakukan seseorang atau sesuatu pihak itu ketika orang lain tidak sedar kerana penjahat pun tahu memikirkan keselamatan diri. Hanya sedikit orang berani melakukan kejahatan di depan orang ramai seperti merompak dan mengamuk.

Jadi, berdasarkan hujah ini, kita mahu tergelak apabila seorang pemimpin tertinggi dengan lantang antara lain berkata: “Kita, kalau mahulah memanipulasi keputusan pilihan raya, tidak susah. Di Kelantan, suatu ketika dulu, PAS memerintah dengan kelebihan hanya tiga undi. Kita tidak bercakap mengenai 30, 300 atau 3,000 undi, hanya tiga undi saja. Kita tidak buat kerja itu.”

Untuk menilai dakwaannya itu, fikir-fikirkanlah kerana perogol tidak merogol di tempat orang ramai, pencuri tidak mencuri di tempat terbuka, perasuah tidak melakukannya secara terbuka manakala pemakan rasuah pun tahu meninjau-ninjau dulu sama ada mereka selamat atau tidak. Semuanya takut melakukannya kerana ia akan dilihat orang bukan takutkan Yang Maha Kuasa.

Perogol tidak merogol sekalipun di depannya ada gadis seksi paling cun, dia tetap ‘bersabar’ menunggu peluang. Kalau tidak ada peluang, bakal mangsa dibiarkan pergi sekalipun dia begitu ‘bergetah’ (ganjaran lumayan jika kejahatan berhasil) dengan air liur perogol sudah melelehi di pipi, mangsa lain akan didapati; tunggulah bila mereka lalai nanti. Kata pepatah Melayu, orang yang sudah berak di tepi jalan, mana mahu mengaku; malah pencuri yang sedang dikejar orang pun pandai melolong, “pencuri…pencuri!”

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111