" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Sunday, August 21, 2011

Politik negara makin kotor

PAS menyifatkan keadaan politik negara semakin kotor dengan tindakan pemimpin Umno dan BN mempergunakan penjawat awam bagi mempertahankan kuasanya. Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata PAS tetap mempertahankan cara perjuangan melalui demokrasi dan pilihan raya.M enurutnya, penjawat awam seperti pasukan keselamatan telah disalahgunakan oleh pemerintah Umno dan BN untuk melawan PAS.

“Kita memilih cara perjuangan kita dengan cara demokrasi. Walaupun ahli PAS selalu dihadapkan dengan tindakan fizikal seperti di tahun 60-an, kita dihadapkan dengan Pasukan Tahan Lasak.

“Tetapi pimpinan kita tetap tidak mengubah cara perjuangan iaitu tetap dengan demokrasi dan pilihan raya.

“Politik negara kita makin hari makin kotor, makin hari makin kotor. Sekarang pemerintah hadapkan penjawat awam (polis) melawan kita.

“Ini kita yakin, kita tidak akan terjebak dan kita akan terus melawan musuh politik kita iaitu lawan kita adalah pemerintah Umno-BN,” tegasnya ketika berucap merasmikan majlis Pelancaran Operasi Tawan Besut (OTB) 4+1 di Dewan Haji Salleh, Alor Lintah, Jertih, baru-baru ini.

Justeru katanya, PAS tetap tegas tidak mengubah cara perjuangan bagi menentang Umno-BN selain dari pendekatan demokrasi dan pilihan raya.

“Kita tidak ubah cara kita tetap kita lawan Umno dan BN. Itu lawan politik kita. Walaupun penjawat awam digunakan, kita akan hadap perkara itu secara individu atau secara parti tetapi hadap kita dengan Umno-BN,” jelasnya.

Mohamad yang cedera dilutut akibat rempuhan kereta polis bagi menghalang himpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) tetap bersemangat.

Katanya, pasukan keselamatan telah didoktrinkan bahawa penganjuran Bersih 2.0 bertujuan menjatuhkan kerajaan Melayu.

Sebab itu, kata beliau pihak polis yang mengejar peserta himpunan Bersih 2.0 memaki hamun dengan ungkapan ‘barua’ Hindu kerana mahu menjatuhkan kerajaan Melayu.

“Kita lihat bagaimana menjelang Bersih 2.0 dan saya yakin pasukan keselamatan didoktrin bahawa mereka yang keluar sertai Bersih 2.0 ini adalah hendak menjatuhkan kerajaan Melayu.

“Sebab itu, bila polis kejar peserta Bersih 2.0 dia (polis) maki kamu kononnya jadi “barua Hindu,” mahu menjatuhkan kerajaan Melayu, bodoh dan sebagainya,” ujar Mohamad Sabu.

Ertinya, kata beliau pasukan keselamatan yang sepatut menjaga keselamatan rakyat telah disalahgunakan untuk menjaga Umno.

Menurutnya, di Asia Tenggara ini hanya dua buah negara sahaja lagi yang pasukan keselamatan digunakan untuk menjaga parti pemerintah iaitu Myanmar dan Malaysia.

Hadir sama pada majlis tersebut Timbalan Pengerusi Cabang PKR Besut, Ariffin Abas, Pengerusi DAP Terengganu, Ng Chai Hing dan Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP), Dr Bala Chandran.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111