Satu satunya Kerabat Di-Raja yang sering saya ketemu di Kinokuniya KLCC, gedung buku yang termahsyur bagi para pencinta buku adalah Duli Yang Teramat Mulia, Raja Muda Perak Darul Ridzuan, Raja Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Muhibbuddin D.K., D.K.II (Selangor), D.K.S.A, S.P.C.M, S.P.T.S, S.P.M.P. (Perlis), Ph.D (Harvard).
Duli Tuanku Raja Nazrin memang rajin membaca buku dan sering saya lihat di Kinokuniya, sedang membelek buku buku yang menarik perhatian Tuanku.
Sebenarnya saya ternampak seorang lelaki ni membawa sebuah bakul yang penuh dengan buku buku. Saya sudah hendak mengusik lelaki itu mengendong sebegitu banyak buku buku bila saya terpandang Duli Tuanku Raja Nazrin dihadapan rak buku. Makanya terus saya memberi salam dan menyapa Tuanku.
Seperti kelazimannya Duli Tuanku terus membalas salam dari saya dan kami berjabat tangan dengan mesra.
Duli Tuanku Raja Muda Kesultanan Perak Darul Ridzuan adalah di antara Kerabat Di-Raja Kesultanan kesultanan Melayu di Semenanjung Tanah Melayu ini yang dihormati dan disegani ramai.
Pandangan Duli Tuanku Raja Nazrin Shah sering mendapat perhatian media dan di ambil kira oleh Kerajaan Malaysia.
Saya menghulurkan sekeping kad nama saya dan memperkenalkan diri kepada Tuanku sebagai blogger Mahaguru58. Tuanku bertanya pada saya akan apakah isu isu yang selalu saya tulis? Saya memaklumkan pada Tuanku bahawa saya memilih untuk menulis tentang soal soal berkaitan agama dan hal ehwal semasa.
Saya turut memaklumkan kepada Duli Tuanku akan persahabatan saya dengan adinda Tuanku, Yang Amat Mulia Raja Dato' Seri Ashman Shah semasa saya didalam pergerakan tariqah dahulu.
Saya mengkhabarkan pada Tuanku akan hasrat saya untuk mengutarakan usul agar Kesultanan Melayu Melaka diujudkan semula dan adinda Tuanku YAM Raja Dato' Seri Ashman Shah menjadi calon Sultan Melaka yang baru kerna Kesultanan Melayu Perak Darul Ridzuan adalah satu satunya Kesultanan Melayu yang mempunyai susur galur keturunan dari Sultan Melaka yang terakhir!
Tahu apa reaksi spontan Tuanku?
Tuanku ketawa sambil berkata " Don't create trouble!"
Kami sama sama ketawa dan kemudian saya memohon izin Tuanku untuk bergambar bersama?
Tuanku memperkenankan dan gambar di atas adalah salah satu gambar yang di ambil oleh pengiring baginda.
Saya percaya Duli Tuanku Raja Nazrin Shah akan menjadi seorang Sultan yang baik serta bijaksana bagi memimpin dan menerajui Kesultanan Melayu Perak Darul Ridzuan bila sampai saat dan ketika baginda berbuat demikian bagi menggantikan ayahanda Tuanku Duli Yang Maha Mulia Sultan Azlan Muhibbudin Shah nanti.
Semoga Allah Azza Wa Jalla memberkati dan mencurahkan Taufik dan HidayahNya keatas Duli Yang Teramat Mulia Raja Nazrin Shah sekeluarga.

Amin Ya Rabbal Alamin.
Selamat berpuasa Tuanku!
Selamat menyambut Aidilfitri bersama kerabat Tuanku.
Selamat Hari Raya Aidil Fitri Minal Aidil Wal Faidzin.
No comments:
Post a Comment