" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Saturday, August 27, 2011

Fuziah Salleh Tuntut Permohonan Maaf Dari TV3.


KUANTAN, 26 Ogos - Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Saleh (foto) menuntut permohonan maaf dari TV3, wartawannya dan seorang ahli politik yang didakwa memburukkannya dalam siaran berita berhubung pusat pemprosesan nadir bumi Lynas Advanced Material Plant (LAMP) di Gebeng, Kuantan. Peguam Fuziah menghantar tiga notis tuntutan itu semalam dengan menamakan wartawan alam sekitar Karam Singh Walia dan TV3 sebagai responden pertama dan kedua, sementara dua lagi surat dialamatkan kepada Ketua MCA Kuantan Dato' Ti Lian Ker.

Dalam surat yang dialamatkan kepada Karam dan TV3, Fuziah mahu penarikan balik dibuat terhadap beberapa siri siaran berita itu yang disiarkan antara 28 Jun dan 30 Jun serta pada 24 Ogos lalu, yang mana beliau mendakwa ia "tidak benar dan kandungannya dilihat untuk memburukkan" Fuziah. Beliau yang juga Naib Presiden PKR menuntut TV3 agar tidak berterusan menyiarkan siaran berita itu pada masa akan datang dan membuat permohonan maaf berdasarkan syarat yang telah disahkan oleh peguamnya. Dalam kes Ti pula, Fuziah menuntut kepada bekas ADUN itu menyiarkan penarikan balik dan permohonan maaf terhadap kenyataan yang disiarkan syarikat televisyen swasta itu. Dalam siaran berita itu, Ti didakwa memetik Fuziah sebagai berkata "pegawai-pegawai kita, pakar-pakar Melayu, pakar-pakar rakyat Malaysia semua tak boleh dipercayai”. Dakwaan Fuziah terhadap Ti dinyatakan dalam dua notis tuntutan yang berasingan, yang merujuk kepada dua insiden yang berasingan masing-masing pada 30 Jun dan 24 Ogos apabila TV3 menyiarkan siri laporan beritanya berhubung plan yang bernilai RM700 juta itu. Ketiga-tiga notis tersebut turut meminta jaminan bahawa tidak ada lagi pengulangan dakwaan demikian terhadap Fuziah Salleh dan menuntut kerugian serta tanggung kos guaman.


Antara beberapa pemimpin Pakatan Rakyat yang turut hadir ke sidang
media FuziahSalelh di Putra Balok Kuantan pada jam 11.00 pagi tadi.

[Dalam sidang media yang diadakan di Putra Balok jam 11.00 pagi tadi kelihatan semua pemimpin Pakatan Rakyat hadir memberikan sokongan. Antara mereka ialah Ustaz Yusof Embong (Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang & YDP PAS Paya Besar), Andansura Rabu (Naib Ketua PAS Indera Mahkota & Pengerusi Badan Bertindak Anti Rare Earth), Vincent Jiam (NGO Save Malaysia Stop Lynas), Razali Alias (Ketua Penerangan PKR Pahang), Ustaz Suhaimi Md Saad (Ketua Penerangan PAS Pahang), Ustaz Nasrun Amir (YDP PAS Indera Mahkota), Lee Chean Chung (Pemangku Ketua Cabang PKR Indera Mahkota), Siew Fook Chan (Timbalan Ketua PKR Kuantan), Mr.Sim, Hatta (PKR), Mr.Micheal & Mr.Tan (DAP) serta dua wakil dari Australia Mr.Ryan Gray (Perth) dan Azlan Adnan (Green Party)].

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111