Suasana inilah yang dilihat oleh pihak luar sebenarnya keringanan Umno meninggikan martabad Islam di mata bukan Islam. Walaupun menutup aurat perkara yang kecil tidak mampu dipertegaskan oleh Umno, bagaimana dengan agenda besar Islam yang lain akan dipastikan ianya berjaya kepada seluruh umat Islam tercapai.
Kami amat kesal usaha Umno meninggikan syiar Islam di dalam negara kita. Bagi kami apa yang berlaku, Umno perlu bertanggungjawab sepenuhnya kerana kekuasaan institusi Islam yang memakin hari, semakin dicabar oleh pihak luar yang langsung tidak diendahkan oleh Umno sebagai parti tulang belakang Barisan Nasional (BN) yang kini masih memerintah Malaysia.
Banyak perkara yang berkaitan isu Islam yang dibiarkan oleh Umno tanpa membela atau menegaskan sepertimana yang jelas di dalam Perlembagaan Negara. Jesteru, kami merasakan kemelut yang berlaku kini semuanya akan diletakkan ‘dibawah karpet’ sahaja tanpa berlaku apa-apa penyelesaian selepas ini.
Pendedahan rasmi oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri sebelum ini bahawa jumlah permohonan keluar Agama di Mahkamah Syariah sebanyak 863 kes sudah cukup membuktikan ketidak seriusan kerajaan menangani isu murtad dan kegagalan Umno untuk menjaga kedaulatan dan ketuanan agama Islam itu sendiri.
Kami akan mempertahankan Perlembagaan Negara terutamanya Artikel 114 dan juga berharap dapat mempertahankan isu murtad ini, Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) amnya perlulah juga mengikut peraturan dan prosedur dalam penguatkuasaanya berdasarkan Undang-Undang Negara.
RAJA AHMAD AL-HISS Naib Ketua,
Dewan Pemuda PAS Malaysia.
No comments:
Post a Comment