" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Friday, August 5, 2011

Jika DAP berkata, “UMNO jangan makan najis...”

Oleh: ZULKIFLI YAHAYA

Setelah UMNO merasakan mereka berjaya membina pershttp://ismakedah.net/wp-content/themes/sportpress/scripts/timthumb.php?src=http://ismakedah.net/wp-content/uploads/2011/07/DS-Azizan-Kedah.jpg&w=185&h=140&zc=1epsi orang Melayu bahawa DAP adalah anti Melayu dan Islam, maka DAP dijadikan ‘hantu’ untuk menakut-nakutkan orang Melayu. Bagi UMNO, apa saja yang datang dari DAP semua jahat belaka dan mesti dilawan habis-habisan.

Penulis ketawa sendirian apabila membaca sebuah laman blog ‘Kedah La’ yang sinis membidas sikap UMNO, berikut antara petikannya:

“UMNO marah tindakan PAS (isu benar pusat hiburan buka untuk Non Muslim dan dilarang untuk Muslim), bukan kerana langkah tersebut tidak betul tapi kerana di antara yang tidak bersetuju arahan awal (tutup terus untuk semua di bulan Ramadhan) ialah DAP.

“Kita lihat di Melaka, DAP membantah pusat hiburan dibuka selepas pukul 12 malam maka sebagai menyanggah bantahan DAP kerajaan BN melanjutkan sehingga pukul 3.00 pagi. Jadi bukan persoalan sesuatu isu itu baik untuk rakyat atau tidak; yang penting bagi UMNO ialah menyanggah apa saja pendirian DAP.

“Cuba bayangkan kalau selepas ini DAP keluar kenyataan ‘Wahai orang UMNO, jangan makan najis..' aku yakin kat Malaysia ni tak perlu buat logi pembentung najis lagi.. orang UMNO akan selesaikan!’

Penulis menghuraikan isu pusat hiburan di Kedah pada keluaran sebelum ini, menjelaskan segala kekeliruan. Banyak persoalan yang diajukan kepada UMNO tidak mampu dijawab, antaranya mengapa selepas BN mewartakan enakmen pada 12 Februari 1998 sehingga tumbang kerajaan pada 8 Mac 2008, tidak ada satu hari pun dalam bulan Ramadhan BN mampu laksanakan. Jawapan tidak diterima tiba-tiba serangan terhadap kerajaan negeri yang datang. Namun serangannya hanya bertumpu pada satu isu saja, ‘PAS ikut telunjuk DAP’, kerana itu saja ‘ratib’ yang mampu dibuat setelah UMNO diasak ke dinding.

Antara yang mengkritik ialah bekas Menteri Besar Tan Sri Sanusi Junid yang sekian lama hilang dari radar politik Malaysia. “Adakah PAS pusat akan membatalkan keputusan kerajaan negeri yang begitu baik dan Islamik jika Karpal tidak menggertak? Sudah tentu tidak,” ujar Sanusi senada macam pemfitnah yang lain menjadikan DAP sebagai penyebab. Walhal yang paling kuat menentang enakmen tersebut dikenakan terhadap non Muslim ialah MCA dan gerakan. Ketua Pemuda Gerakan, Tan Ken Liang ugut akan mengambil tindakan mahkamah terhadap kerajaan negeri.

Sanusi sewaktu jadi Menteri Besar adalah juga ADUN Kuah yang di dalam kawasannya terdapat bermacam-macam jenis pusat hiburan dan jualan arak secara terbuka. Antara kandungan Enakmen Pusat-pusat Hiburan yang dirapikan pada 1997 ialah tidak membenarkan ia dibuka pada malam Jumaat. Ia berjaya dilaksanakan di seluruh negeri sehingga kini, kecuali Langkawi yang tidak mampu dilaksanakan sejak Sanusi mula menjadi ADUN Kuah sehingga kini. Dia hanya pandai cakap berdegar-degar mengkritik kerajaan negeri setelah hilang kuasa.

Sanusi bercakap mengenai keperluan PAS memberi kursus kepada DAP berhubung perlunya menutup pusat hiburan tetapi seorang bekas Exco di zaman Sanusi yang memegang potfolio agama, kini adalah pengusaha pusat hiburan di zaman PAS menerajui kerajaan. Mungkin Sanusi terlepas pandang untuk mentarbiyahnya dulu.

Seorang lagi pengkritik sepenuh masa PAS yang sentiasa menunggu peluang untuk berpencak membelasah PAS ialah Dr. Ridhuan Tee Abdullah. Baginya hiburan yang melampau adalah ditegah oleh semua agama. Memang betul, tapi apakah hiburan melampau yang diberi lessen di Kedah? “Jika hiburan melampau (termasuk arak, judi dan zina yang terdapat dalam premis hiburan) itu dibolehkan, selepas ini suruh anak kita berhibur puas-puas hingga ke pagi,” kata Ridhuan.

Hiburan yang disenaraikan di bawah enakmen pusat hiburan di Kedah ialah karaoke, pentomin, panggung wayang, laser disc, MTV, persembahan pentas, sarkas, pancaragam dengan penyanyi, bowling, snuker, billiard, bar, simulator, disko dan pub. Arak, judi dan zina tidak tersenarai di bawah enakmen pusat hiburan yang diberi lessen. Ridhuan sudah merapu.

Soalnya apakah bagi masyarakat bukan Muslim mereka boleh menerima dengan mudah segala yang tersenarai di atas sebagai satu ‘kesalahan besar’ misalnya bukan Muslim tidak boleh memasuki premis karaoke, sarkas, pancaragam dan wayang gambar; walhal hiburan seperti itu telah masuk ke setiap rumah orang Islam sendiripun (melalui peti tv) tanpa sebarang peraturan menghalangnya. Mengapa Kementerian Penerangan di bawah kekuasaan UMNO pusat tidak menghalang terus hiburan dalam tv sepanjang Ramadhan?

Ridhuan mengaitkan penarikan balik larangan hiburan untuk bukan Muslim sebagai talam dua muka. Bagaimana pula dengan tiada larangan langsung untuk Muslim (sekalipun) pergi berkunjung ke pusat hiburan di bulan Ramadhan di semua negeri yang dikuasai UMNO/BN? Yang ini berapa muka pula talam mereka?

Di saat UMNO dan seluruh media talibarut mereka mengecam PAS Kedah kerana menarik balik larangan pusat hiburan untuk bukan Muslim, tiba-tiba MCA di Kelantan menyaman kerajaan negeri kerana mengharamkan judi. Nah, apa sudah jadi, bukan DAP yang mempertahankan mungkar tetapi parti komponen BN! Mengapa UMNO tidak bantah tindakan biadap abang kandung kesayangan mereka itu? Di Kedah, UMNO kutuk PAS kerana benarkan bukan Muslim berkaraoke tapi di Kelantan mereka tersengih-sengih macam kambing lihat MCA bantah kerajaan PAS larang rakyatnya berjudi. Ridhuan tentu boleh jawab, jenis ini talam berapa muka?

Cuba UMNO tenangkan fikiran dan mencari halatuju dalam tindakan; mereka sebenarnya menentang kemungkaran atau menentang DAP?

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111