" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Monday, September 19, 2011

Kapal selam tak boleh menyelam tapi kapal biasa pulak yang tenggelam

Bernama melaporkan:
KUALA LUMPUR: Sebuah kapal peronda Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) "KD PARI" separa tenggelam apabila bilik jentera utamanya bocor dinaiki air selepas salah satu daripada 'shaft'nya tertanggal.

Kejadian itu berlaku pada jam 2.53 petang Khamis lalu, semasa kapal itu baru saja keluar dari Pulau Layang-Layang untuk melakukan rondaan di perairan Gugusan Semarang Peninjau di perairan Sabah.

Bagaimanapun, kesemua sembilan pegawai dan 27 anak kapal jenis "Fast Attack Craft-Gun" itu terselamat.

Pegawai Perhubungan Awam Markas TLDM, Lt Kdr Masliza Maaris, dalam kenyataan di sini hari ini berkata, tindakan pantas serta kecekapan Pegawai Memerintah dan anak kapal itu bagaimanapun berjaya merapatkan kapal itu di jeti Pulau Layang-layang.

"Selepas merapat, kapal itu berada dalam keadaan separa tenggelam akibat dari kadar kemasukan air yang lebih deras berbanding dengan keupayaan mengeluarkan air dari kapal, walaupun dengan menggunakan beberapa buah pam mudah
alih," katanya.

Mazliza berkata, bagaimanapun dengan bantuan penyelam TLDM, KD PARI kapal itu berjaya diapungkan semula dengan menggunakan 'lifting bag'.

Beliau berkata, siasatan lanjut akan dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian. KD PARI yang ditauliahkan pada 23 Mac 1977 mempunyai kelajuan 32 knots. - BERNAMA
Sebelum ni kita dikejutkan dengan cerita kapal selam yang kita beli berjuta-juta tapi tak boleh tenggelam, kali ni dilaporkan kapal biasa pulak yang tenggelam.

Aku malas nak komen apa-apa cuma nak salin tampal dari blog Manjongmari. Manjongmari tentu lebih arif pasai dia pencen Navy.
gua x mau cakap panjang lebar la.. adalah satu yang x masuk akal bila sebuah kapal TLDM yang baru selesai refit (pembaikan) pada tahun 2009 dgn kos lebih kurang RM 12 juta boleh tenggelam kat jeti. mana CO ALD 2?
Mana CO DSA?
mana CO FSD?
Mana Panglima Sistem?
Mana KP Mat?
Mana KP Jutra?
Mana AKS LOG?
Mana PTL?

kenapa isu ni x boleh dihebahkan? sensitif sangat ke? kos pembaikan kapal di limbungan ditanggung oleh cukai yang dibayar oleh rakyat. jadi apa-apa yang terjadi kepada aset yang dibayar oleh rakyat, rakyat kena tau. konsep operasi x penting yang penting adakah aset yang ada digunapakai dengan baik dan selamat. kita x nafikan pengorbanan anggota dan warga kapal yang dok tengah laut masa orang lain cuti tapi keselamatan mereka dan kapal mereka harus diutamakan. ni bukan cerita kapal baru atau kapal lama. ni cerita kapal rosak yang dipaksa belayar sebab ada orang tak mau bersoal jawab dengan pihak yng lebih tinggi. ni la akibatnya. nyawa budak-budak kat kapal tu jadi taruhan. kalau kat US panglima di dah berenti dah bukan CO kapal tu. sapa yang nak cabar masuk balik gua rasa dia yang x tau status navy skrg ni. - Manjongmari
Sebelum tu Manjong mari ada komen, kalau nak baca boleh baca kat sini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111