" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Tuesday, September 13, 2011

Parti Komunis China Tetap Merbahaya

Oleh Ustaz Idris Ahmad

Apakah Parti Komunis China tidak merbahaya kerana Umno mengadakan hubungan langshttp://2.bp.blogspot.com/-mYkaaSjkmC8/TmmCaV7OKoI/AAAAAAAAEvo/oHgCxXb9abE/s320/umno+komunis+2.JPGung, walaupun ia tetap komunis? Datuk Seri Najib Tun Razak yang cuba hendak menghalalkan tindakan Umno, dengan mengatakan “kita baik dengan negara komunis sekarang kerana mereka telah tinggalkan ideologi lama mereka”

Jika hubungan antara kerajaan Malaysia dengan Kerajaan China tidak mengapa, masalahnya Umno mengadakan hubungan dengan Parti Komunis China pada 5 Oktober 2010.

Malahan hendak menghantar generasi muda Umno dari kalangan Putera dan Puteri Umno untuk belajar dengan Parti Komunis China. Ini dinyatakan dengan rasmi oleh Tengku Adnan Mansur selaku Setiausaha Agung Umno.

Bukankah tindakan ini merbahaya kepada generasi muda Umno? Apakah modal lapok perkauman dan bangsa sudah tidak relevan sehingga hendak pergi mengemis dengan Parti Komunis China untuk mendapat idea baru dalam Umno. Rakyat mesti memandang ini adalah perkara yang merbahaya kepada negara jika perkara ini berterusan terutama kepada generasi muda, kerana Umno hendak hantar orang muda pergi belajar dengan parti komunis China.

Parti Islam SeMalaysia istiqamah daripada dulu sampai sekarang menolak fahaman komunis. Sedangkan di dalam Umno pernah berlaku penangkapan “tiga Abdul” kerana menjadi tali barut komunis Russia (KGB). Setakat hari ini tidak ada ucapan pemimpin Pas yang menyokong komunis dan ditangkap menjadi tali barut komunis walaupun pemimpin Umno pernah menuduh Pas lebih merbahaya daripada komunis.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111