" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Saturday, October 1, 2011

Ayuh bersama Md Sabu 6 Oktober di Rembau

Solidariti Anak Muda Malaysia memandang serius politik ganas yang dimainkan oleh Umno. Dalam isu serangan dan fitnah terhadap Hj Mohammad Sabu, Timbalan Presiden PAS, sudahlah beliau diserang menggunakan media arus perdana dan penyelewengan laporan oleh Utusan Malaysia sehingga memaksa beliau melakukan saman ke atas Utusan Malaysia, tidak cukup dengan itu Umno menyerang beliau secara fizikal juga.

Bermula dengan ugutan untuk yang dihantar kepada anak beliau, membawa kepada kejadian membaling bom botol ke rumahnya hinggalah seraangan ala gangster oleh Umno ke lokasi ceramah beliau di Seremban baru ini menyebabkan sekurang - kurangnya dua orang cedera dibaling batu oleh penyerang yang datang dengan lebih 100 orang.

Ini sememang taktik jahat mereka. Untuk rekod, sebelum ini rumah che'GuBard juga sebelum ini pernah dibaling dengan bom petrol selepas beliau melancarkan buku Disebalik Mesteri Pembunuhan Altantuya di Indonesia dalam satu majlis diskusi di universiti tempatan disana. Dan sehingga kini tiada tangkapan dilakukan.

Di atas ialah antara gambar yang dirakam di malam serangan gangster lebih 100 orang yang mengganas di malam ceramah Hj Mohammad Sabu di Seremban baru - baru ini. Dengan jelas dari gambar tersebut wajah-wajah Pemuda Umno dikenal pasti.

Antara yang dikenal pasti ialah Along MT yang dikenal pasti melalui laman Facebook beliau klik sini

dan seorang lagi ialah Arafat yang juga dikenal pasti melalui laman Facebook beliau klik sini. Mereka ini dikenal pasti pimpinan pemuda Umno kerana pernah muncul membuat laporan polis atas nama pemuda Umno.

Mujur malam tersebut para hadirin yang diserang dapat dikawal dari bertindak balas. Lihat klip youtube di malam kejadian klik sini.

Apa pun bagus tindakan pemuda Umno ini ia menunjukkan sikap sebenar mereka dan menambah kebencian orang ramai terhadap mereka. Sikap politik Samseng ini makin melampau bila Perkasa NS dengan angkuh memberi amaran agar Hj Mohammad Sabu tidak masuk ke bumi N.Sembilan.

Parti Keadilan Rakyat Rembau memandang serius permbangan politik ganas yang amat membayahakan ini. Polis digesa bertindak secara profesional.

Dalam perkembangan lanjutan , Parti Keadilan rakyat Rembau berkerjasama dengan PAS Rembau akan mengadakan Ceramah Perdana Isu Semasa yang akan menampilkan Hj Mohammad Sabu, YB Taufek, che'GuBard, Dr. Rosli Yaakop dan Ust Norazman. Ceramah ini bertujuan memberi penerangan isu semasa yang dimana media perdana sedang mengelirukan rakyat.

Seluruh rakyat dijemput untuk hadir bersama dalam Majlis yang akan diadakan pada 6 Oktober 2011, jam 9.00 malam di Kg. Bintongan Rembau. (Sebarang pertanyaan sila hubungi 0123696474)


Kami percaya dan yakin dengan persiapan keselamatan dan sokongan kecekapan PDRM khususnya IPD Rembau sebarang kejadian tidak diingini akan dielakkan. Kami masih percaya Umno Rembau dibawah pimpinan Menteri Besar Negeri Sembilan masih berfikiran waras tidak seperti Umno Seremban yang bertindak diluar ketamadunan norma politik nilai.

Baik Umno atau mana - mana organisasi mewakili Umno seperti Perkasa dijemput untuk hadir dan duduk dengan baik dalam majlis ini. Jika ada perlu sebarang dialog atau pertanyaan untuk penjelasan ia boleh dilakukan dengan lebih bijaksana.


Kenyataan Media ;
Norazizi A.Aziz
Setiausaha
PKR Rembau
1 Oktober 2011
email: az_zieziepkr@yahoo.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111