Oleh Musli Oli
Robert Kuok Hock Nien, orang paling kaya di Malaysia dan yang ke 33 terkaya di dunia. Majalah Forbes pada Mei 2011 menganggar nilai kekayaannya pada US12.5 bilion.
Apakah hubungan kekayaan dan politik di Malaysia?
Sejarah awal, keluarga Kuok memang rapat dengan golongan aristocrat dan bangsawan Melayu di negeri Johor. Bapa Robert Kuok, kerap bermain mah jong dengan Dato Onn Jaafar, presiden pertama parti UMNO.
Robert Kuok dilahirkan di Johor Baharu pada 6 Oktober 1923. Dia membesar dan bersekolah bersama-sama dengan anak Onn Jaafar, Tun Hussien Onn yang kemudiannya menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ketiga.
Semasa di Raffles College atau Raffles Institution, Robert Kuok mengenali Tun Razak yang kemudiannya menjadi Perdana Menteri Malaysia yang kedua. Di Raffles College, Kuok juga rapat dengan bakal Perdana Menteri Singapura, Harry Lee Kuan Yew. Tidak syak lagi, Robert Kuok tidak menjadi seorang jutawan semata-mata kerana nasib atau kebetulan. Sebaliknya kerana hubungannya dengan orang yang berkuasa.
Kuok lahir dan membesar bersama-sama mereka. Dia kenal orang yang berkuasa dan lebih mengetahui latar belakang mereka dan lebih memahami politik Malaysia dan Singapura.
Sebagai seorang yang bijak, Robert Kuok tidak pernah menjadi alat orang politik. Sebaliknya dia adalah master kepada orang politik. Walaupun seketika terdapat konflik antara Tun Mahathir dan Lee Kuan Yew, Robert Kuok tidak pernah memihak sehingga menjejaskan kepentingan pelaburannya di Singapura dan kedudukan perniagaan monopoli komoditinya di Malaysia.
Kuok mengawal 80% perniagaan gula di Malaysia disamping lain-lain komoditi termasuk kelapa sawit.
Sejarah Ananda Krisnan lebih menarik. Ananda adalah kawan rapat dan rakan perniagaan Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah sejak tahun 60an dan 70an. Dia dikatakan orang yang menjadi penasihat kepada Ku Li sehingga tertubuhnya Petronas dan pemilikan kerajaan keatas perniagaan bijih timah.
Bila Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri pada 1981, Krishnan terus mendapat tempat istimewa dengan dilantik sebagai pengarah Bank Negara pada 1982 dan pengarah Petronas pada 1984.
Walaupun berlaku krisis politik antara Dr Mahahtir dan Ku Li, Krishnan tetap rapat dengan kedua-dua mereka. Krishnan tetap mempastikan kebajikan keluarga dan anak-anak mereka dijaga dengan baik, jika bercuti keluar negara. Dia menyediakan hotel, penginapan dan menanggung semua perbelanjaan.
Ahli perniagaan dan jutawan lain yang rapat dengan Ku Li seperti Khoo Kay Peng yang terlalu menyebelahi Ku Li menerima padah setelah Ku Li tewas dalam pemilihan presiden UMNO 1987.
Seperti Robert Kuok, Krishnan tidak ada kepentingan politik sebaliknya menjadikan orang politik mempunyai kepentingan dengan mereka. Mereka menggunakan kuasa yang ada pada orang politik untuk menjadikan kehidupan orang politik lebih selesa. Dalam masa yang sama mereka mencipta kekayaan.
No comments:
Post a Comment