Muslim dan
muslimat yang budiman
Assalamualaikum
Warahmatullahi Wabarakatuh,
Syukur ke
hadrat Allah SWT yang mencurahkan nikmat keimanan, rahmat dan rezeki yang
melimpah-ruah kepada kita. Selawat dan salam ke atas junjungan Rasulullah SAW
yang telah meninggalkan kepada kita contoh tauladan yang mulia, untuk mencapai
kejayaan yang hakiki.
Kini bulan
Zulhijjah telah tiba, jester peluang untuk kita mendekatkan diri kepada Allah
SWT melalui ibadah korban. Alhamdulillah, saban tahun peluang ini sentiasa
dinanti dan direbut oleh mereka yang berkemamouan. Namun saban tahun juga kita
dapat melihat daging-daging korban berlebihan di tempat-tempat tertentu, malah
ada juga diagihkan kepada mereka yang tidak begitu memerlukan bantuan. Sedangkan
mereka yang benar-benar memerlukan masih tidak dapat mengecapi daging korban
sebagaimana sepatutnya.
Menyedari senario
ini, HALUAN sekali lagi akan menganjurkan “Program Ibadah Korban Aidil Adha
1432H” sebagai inisiatif untuk menggalakkan umat Islam menunaikan ibadah
korban di tempat mereka yang lebih memerlukan bantuan, samaada kerana masalah
ekonomi, bencana alam, peperangan, penindasan dan seumpamanya.
Untuk tujuan
ini, HALUAN mengenalpasti gologan berikut sebagai sasaran program ibadah korban
bagi tahun 1432H :
- Perkampungan orang asli Semenanjung Malaysia, bagi meraikan saudara-saudara baru.
- Perkampungan Islam miskin di Semenanjung Malaysia dan Malaysia Timur.
- Perkampungan Islam di Kemboja.
- Sri Langka, India, Bangladesh, Thailand, Vietnam dan Loas.
- Pelarian dan mangsa-mangsa kebuluran Somalia.
Semoga Allah
menerima amal kebaikan kita semua. Dengan melaksanakan ibadah korban di
tempat-tempat yang lebih memerlukan insya-Allah kita mendapat ganjaran yang
berlipat ganda di samping turut menyumbang untuk menyelesaikan permasalahan
umat Islam di tempat-tempat tersebut. Allah berfirman dalam surah Al-Hajj, ayat
ke 37 yang bermaksud :
“Daging dan
darah binatang korban atau hadiah tidak sekali-kali sampai kepada Allah, tetapi
yang sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas berdasarkan takwa dari kamu”.
Diriwayatkan
oleh Tarmizi bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud, “Tiada
dibuat oleh anak adam pada Aidil Adha akan sesuatu amal yang lebih disukai
Allah SWT daripada menumpahkan darah (menyembelih korban). Bahawa korban itu datang
pada hari kiamat dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kukunya. Sesungguhnya
darah korban itu mengambil tempat yang mulia di sisi Allah sebelum darah itu
tumpah ke bumi, maka hendaklah kamu buat korban itu dengan hati yang bersih.”
No comments:
Post a Comment