" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Tuesday, October 11, 2011

Gelabah tolak hudud

Oleh Tarmizi Md Jam

Banyak orang takut Negara Islam. Sama ada ia ditakut-takutkan atau memang betul betul takut. Seperti mereka takutkan hudud, beghttp://www.ataphijau.com/wp-content/uploads/2009/03/allah3.jpgitu jugalah mereka takut mendengar Negara Islam.

PEMIMPIN Umno semacam gembira dengan ledakan isu hudud ini. Tak ramai generasi kini yang tahu apakah sikap Umno terhadap undang-undang Allah itu. Mereka juga tak pernah membaca komen-komen sinis pemimpin atasan Umno terhadap hudud.

Dari perspektif Islam menjadi kewajipan seluruh umat Islam yang diberikan kuasa oleh Allah SWT untuk melaksanakan hukum Allah di muka bumi ini. Ia tidak terkecuali di Malaysia. Umno sebagai pemain kuasa sejak merdeka, sepatutnya melangsungkan agenda pelaksanaan hukum hudud.

Umno sendiri yang mengaku sebagai parti Islam dan pemimpinnya juga beragama Islam, sudah sewajarnya Allah didahulukan daripada sistem lain yang tiada kaitan dengan Islam.

Malangnya, serambi kuasa yang dipegang lebih 54 tahun tidak digunakan. Umno memiliki kebebasan penuh daripada tanggungjawab untuk melaksanakan hukum Allah.

Kenapa harus berlepas diri dan berdolak-dalik? Jika DAP dan pemimpinnya takut dengan hukum hudud, ia amat mudah difahami. Begitu juga MCA, MIC atau Gerakan. Mereka tidak memahami Islam, apatah lagi mempelajari undangundang Islam yang terangkum di dalamnya hudud.

Umno sama dengan DAP, MCA dan Gerakan menolak hudud, dengan enggan melaksanakannya. Banyak orang takut Negara Islam. Sama ada ia ditakuttakutkan atau memang betulbetul takut. Seperti mereka takutkan hudud, begitu jugalah mereka takut mendengar Negara Islam.

Orang takut kepada Negara Islam ini sama macam orang takut “hantu”. Orang yang takut kepada hantu itu, tidak tahu pun bagaimana rupa hantu tetapi cukup takut dengan hantu. Hudud pun begitu juga.

Mereka takut kepada hudud tanpa alasan yang kukuh. Kenapa takut hudud, tidak tahu. Mereka takut kepada perkara yang mereka sendiripun tidak tahu.

Perdana Menteri, awal-awal lagi menyiapkan alasan hudud tidak akan dilaksanakan di negara ini kerana realiti keseimbangan jumlah masyarakatnya tidak mengizinkan hudud dikuatkuasakan.

“Undang-undang hudud, tidak akan laksanakan di Malaysia ini tetapi kita terima ini adalah undang-undang Tuhan dan sebagai sebuah parti yang terdiri daripada orang Islam, kita terima hakikat ini tetapi jika ia hendak dilaksanakan ia mesti berpaksikan kepada realiti,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival 1Malaysia di Tanjung Tualang dekat Batu Gajah, baru-baru ini.

Bercakap kepada wartawan pada 20 April 1992 dahulu, Najib Tun Razak berkata, kerajaan Kelantan harus dipertanggungjawab jika berlaku huru-hara, ketidakstabilan politik, perpecahan di kalangan umat Islam dan kegelisahanrakyat apabila hukum hudud dilaksanakan di negeri itu.

“Rakyat harus menyoal perlaksaaan hukum itu menguntungkan atau menyebabkan perpecahan pertentangan dan ketidakstabilan politik. Tidak semua negara Islam mengamalkan hukum hudud, bahkan ada negara Islam lebih makmur tanpa hukum itu,” tegas Najib.

Sehingga kini Umno belum mengeluarkan kenyataan rasmi berkenaan pendirian parti itu menyokong hasrat Kelantan untuk melaksanakan hudud.

Umno sepatutnya sudah lama mengeluarkan arahan kepada wakil rakyatnya yang beragama Islam agar menyokong usaha Kerajaan Kelantan ini dan Terengganu suatu ketika dahulu untuk laksanakan hudud, jika benar mereka tidak menolak hudud.

Hanya Pemuda Umno yang melanggar arus. Ketuanya, Khairy Jamaluddin mahu agar Kelantan diberikan peluang untuk melaksanakan hudud seperti yang telah dibentangkan hampir 20 tahun yang lampau.

Kenyataan Khairy tersebut dilaporkan di dalam akhbar Mingguan Malaysia, hari ini 25 September 2011 di halaman 11.

Apakah sikap Pemuda dan Badan Perhubungan Umno Kelantan apabila Khairy menegaskan perkara ini? Mungkinkah ia akan memerangkap Umno Kelantan dan membunuh cita-cita parti itu untuk menumbangkan PAS di negeri tersebut?

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz menegaskan hudud adalah undangundang Allah dan sebagai parti pemerintah, PAS hanya menjalankan kewajipan sekadar menyenaraikannya dalam dalam senarai undang-undang Kelantan.

Sejak awal 1990-an, Kerajaan Kelantan pimpinan PAS berusaha untuk melaksanakan undangundang itu tetapi tersekat berikutan amaran dan halangan Kerajaan Pusat, khususnya pada 1994.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111