" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Tuesday, October 11, 2011

MP Pakatan Selamatkan RM30 Juta Wang Rakyat

Oleh Mohd Sayuti Omar

AKHIRNYA Putrajaya terpaksa menarik balik cadangan untuk menyemak semula kemudahttp://aws.mynewshub.my/wp-content/uploads/2011/10/bajet-copy-565x376.jpghan untuk Ali Parlimen seperti mana diumumkan oleh Menteri Kewangan dalam Bajet 2012 yang dibentangkan pada Jumaat lalu. Perkara itu diumumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nazri Aziz hari ini.

Kata Nazri beliau telah menarik balik cadangan itu selepas mendapati ahli Parlimen pembangkang tidak bersetuju dengan cadangan untuk menyemak kemudahan untuk ahli Parlimen itu. Cadangan itu katanya membabitkan peruntukan sebanyak RM30 juta.

Nasib baik juga ahli Parlimen pembangkang membuat bising kononnya tidak bersetujuan dengan cadangan berkenaan. Syabas kepada ahli Parlimen pembangkang, penolakan itu menunjukkan mereka tidak pelahap untuk menambahkan kemudahan untuk diri sendiri dan berpadan dengan apa yang ada.

Peruntukan itu mebabitkan RM30 juta ringgit. Dengan perkiraan mudah seorang ahli perlimen akan mendapat RM135,000 seorang di mana dengan wang itu membolehkan mereka mendapat sebuah kereta Honda Civi 1.8 untuk diberikan kepada anak gadis atau kekasih atau isteri muda yang berbaju hijau.

Penolakan ahli Pembangkang itu menjelaskan akan keikhlasan mereka. Apa yang mereka perjuangkan bukan untuk diri sendiri tetapi untuk rakyat. Inilah perbezaan sikap di antara ahli parlimen pembangkang dengan ahli pembangkang UBN yang selamanya ketidakcukupan wang.

Sekiranya Menteri Kewangan atau Nazri bermurah hati untuk membantu ahli Parlimen bukan menambahkan kemudahaan saraan hidup tetapi berikan hak kepada mereka untuk sama mengagihkan wang kepada rakyat yang diperuntukan RM1 juta untuk satu parlimen. Selama ini peruntukan diberikan kepada ahli parlimen UBN saja, manakala ahli parlimen Pakatan Rakyat dikecualikan.

Rasanya kalau menteri kewangan mencadangkan mekanisme itu ahli parlimen pembangkang - tidak termasuk enam orang ahli parlimen hantu, tentu akan bersetuju kerana ia melibatkan kepentingan rakyat.

Dengan tindakan Nazri itu - menarik balik peruntukan bererti semakan untuk saraan tambahan ahli parlimen tidak akan jadi kenyataan ini menyebabkan ahli parlimen UBN yang tidak kecukupan wang termasuk enam orang hantu juga akan kebuluran. Sekali lagi tahniah dan syabas kepada ahli parlimen pembangkang - Pakatan Rakyat yang tidak mengutamakan perut tetapi lebih melihat masalah rakyat

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111